CORETAN TERBARU NADH

Mukabuku bikin kontroversi

Situasi 1:
Status update
Iffah Afeefah: Tangan aku berdarah. Tolong jangan buat aku takut:-(

Sejam kemudian. Telefon Hernani aka rumet baru berbunyi.

Nani: Iffah? Ada je kat bilik. Eh memang tangan keluar darah. Tapi dia okey. Siap gelak-gelak lagi ni. Apa dia buat? Status muka buku? Jangan risau dia gembira je.

Iffah: Kenapa? Siapa call? *ketawa

Nani: Jue dengan Tehah. Risau ingat tangan kau teruk. Apa yang kau post kat mukabuku hah? *nada garang.

Seminit kemudian. Telefon berbunyi lagi.

Nani: Hello, ye Ainin. Iffah ada je kat bilik. Dia okey. Warden? Tak payah nin. Dia siap ketawa lagi ni.

Iffah: Ramai betul risaukan aku. Haha Ainin cakap apa?

Nani: Dia nak call warden suruh hantar kau pergi klinik.

Kes ditutup. Ada jugak yang tanya ikut mukabuku dan twitter. Aku terpaksa update status baru sebab Nani takut ada orang call dia lagi.

Situasi 2:
Iffah: Alamak kredit tak ada pulak. Ish. Mesej Nani topupkanlah.

Sejam kemudian selepas rawatan fisioterapi.

Iffah: Macam mana nak balik ni? Nak call orang suruh jemput pun tak boleh. Hah mukabuku!

Status update:
Dengan muka tak malu saya meminta topup dari keluarga Seri Iman. Tolong tak nak tinggal kat hospital.

Dua minit lepas tu. Ibu telefon. Aku lega.

Ibu: Kena tahan wad ke?

Iffah: Gelak* taklah. Kredit tak ada nak call orang suruh ambil bawak ke asrama.

Ibunda: Lah, takkan tak ada kedai topup. Request kredit dari ibulah macam tu.

Iffah: Tak retilah bu. Err.

Talian terputus. Kakak aku Meera pulak telefon.

Meera: Ape kehe tak ada kredit tulis kat mukabuku? Mana nombor orang tu. I tolong callkan.

Iffah: Eh tak apalah. You mana tau nak cakap apa. Nanti I cari topup kat sini.

Meera: Hospimart ada topup rasanya.

Iffah: Baiklah. I cari sekarang.

Selesai topup. Online. Opah mimito pulak komen status aku tu. Risau takut aku masuk wad. Kes ini juga selesai. Hernani rupanya tinggal handset. Sia-sia aku mesej dia. Sengal. Aku pun cerita kat dia. Dan dia suruh aku update status.membuktikan aku dah topup. Haha.

Tak sangka penangan Mukabuku sangat dasyat. Kontroversi sokmo. Mujur keluarga aku memang suka tengok mukabuku. Senang nak update cerita. Tak payah call mesej segala. Jimat kredit haha.

Ps: Dia jarang bukak mukabuku.
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 comments:

budak penjara said...

klu xde kedit sngt...meh aku share kt ko snggit..haha

sea_lavender said...

semua org risaukan kamoo iffah..
lihat dieorang syg kan kamoo..
Alhamdulillah pnyai kawan2 yg snantiasa mengambil berat pada kte..

Sunah Sakura said...

i twit je skang

maszull said...

salam iffah...senangkn ada muka buku tu x payah call terus jer tepek status kat mukabuku org semuanya tahu...:)

wanzafirah said...

haaahahahaha..

Naniey TJ said...

memng kau suka tmbulkn kntroversi..... aisshhhh... nsb baik ak mmg baik..slain jd nurse jge d lntik sbgi operator telefon

org 1 : ipah ok x?
operator : saudari apipah dlm keadaan baik, sila jgn risau. terime ksh....

hahahahaha

p/s : dia da boring ngn mukabuku...skrg sbuk b'twitter plk

aamalinaazman said...

kak ngahhhhhhh!
grrrrr
hahahaha
opah geget kak ngah ni nanti =p

Unknown said...

cinta mukebukukuku

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers