CORETAN TERBARU NADH

Behave!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa yang aku nak taip hari ni berkaitan dengan personaliti, gaya hidup dan cara kita membawa diri untuk masuk sesuatu kelompok. Bukan kita, mungkin lebih menjurus kepada aku.

Sebenarnya aku dah perasan lama perangai aku memang agak kebudak-budakan sikit. Biasalah orang kata itu yang memeriahkan suasana. Kalau semua nak jadi serius, siapa nak jadi sengal? Iya tak? Tapi tak semua orang boleh terima cara kita. Lagi-lagi perempuan. Cuba kalau tak sopan sikit mesti kena sound baik punya. BEHAVE!

Aku selalu kena dengan adik angkat aku. Walaupun budak tu baru 16 tapi dia pulak lagi matang dari aku. Nak tak nak kenalah dengar cakap dia. Tapi kejap jelah behave lepas tu menggila balik. Aku tahu aku kena kurangkan kegiatan ketidakmatangan aku ni. Kang orang cop aku gedik, gila dan sebagainya.

Apapun aku nak berubah menjadi lebih matang. Gila-gila bila perlu. Jangan terlalu teruja sehingga lupa daratan. Jangan gila gamba. Eh apa kaitan? Nanti ada orang cop aku gila gambar. Ramai rupanya tak suka kat aku ni. Tak sangka. Yang penting aku ada moto baru, Kurangkan kesengalan tingkatkan kematangan. Amboi!

16 comments:

Unknown said...

matang tu subjektif.tapi setengah dari usia muda dah nampak kematangan. Kebudak-budakan tak salah. kematangan tu cuma satu isyarat yg kita makin membesar.

Unknown said...

percayalah, tia juga seorang yang gila-gila :D

cik ketenangan said...

haha...samalah kita,saya pun tak matang gak..tp ngan sepupu ngan adik-beradik jelah..kalau dok ngan diaorang saya lah budak yang paling tak matured :D

maszull said...

assalamualaikum iffah...lama tak singgah sini harap iffah sihat yer....

p/s suka ngan ayat yg bawah sekali tu..hehehee

Encik H said...

ehem2..behave iffah!!

so mana gambarnya?

a said...

gtau sape yg cakap ko mcm tuh ipah?? meh nak sekeh.. senghal tuh la wat aku rindu..ehh~ best la ade motor...leh rempit oi~

Unknown said...

iffah behave behave ekekeke >..<

aamalinaazman said...

Amboiii
Bole turunkan ilmu skit kat saye
Kikiki
Sy perlujan moto awak tu cikgu ipah
Kikikiki

Unknown said...

Fuyoooo....
Selamat jadi matang.

Kita behave sesame ea...

Zehan Ilyana said...

okay, i behave. #eh
hehehe

zila@akulovetravel said...

Boleh jer gila2..tapi dengan orang yang patut la..kalau dengan org yg tak patut..buat malu jer..hahaha

Unknown said...

sempat lagi tu bagitau dia ada moto baru..hahaha

Nong Andy said...

Apa pun kita tak boleh lari dari diri sendiri... kalau dah sengal... nak berlagak matang pun susah hehe..

Aimacomel said...

xpe iffah kalau dah tu memang diri kita =) aku pun umur dah 26 tapi hahahaha langsung tak matang.

kay_are said...

bese r tu.. ade yang ske, ade yang tak ske.. lumrah kan.. tak boleh nak puaskan hati sume pihak.

Kira Sakura said...

janji kita selesa dengan diri kita sendiri. kalau dah rasa kita normal tapi org lain tetap tak suka tetap tak boleh buat ape.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers