ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mesti ramai tak pernah dengan tentang kewujudan homestay Kg Beng. Sebenarnya, di Malaysia memang banyak program berkonsepkan homestay sesuai dengan Tahun Melawat Malaysia. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh google homestay di Malaysia, Banyak info terdapat di sana. Senang dan mudah!
Siapa bilang gadis nelayan tak menawan eh! |
Inilah bot yang berjasa kepada kami tiga hari semasa melalui Tasik Raban. Memang sangat takut pada awalnya. Mana taknya gelap gelita. Pakai jaket keselamatan yang basah membuatkan peluh dingin bergabung dengan air tasik. Tapi itu masa awal, esoknya aku berubah jadi nelayan. =P Sebetulnya ini adalah pengangkutan utama untuk ke kampung-kampung di Homestay Kampung Beng. Walau ada jalan darat, tapi jalannya tidak begitu selesa untuk dilalui.
Okey mohon beratur, jangan seronok sangat! |
Ini antara aktiviti yang kami lakukan di Kampung Batu Ring. Pada awalnya, aktiviti memancing telah dipilih untuk kami. Tapi dengan suka hati kami memilih untuk mendaki bukit (bukitlah sangat kan?), melalui denai-denai untuk ke air terjun. Airnya sejuk sangat. Sangat mencabar laluan ke sana hinggakan ada member tergolek. Mujur ada ramai sahabat yang prihatin, dia selamat akhirnya. (bunyi macam serius je =P)
Antara pelajar dari Indonesia |
Selamat tinggal kenangan... |
Kesimpulannya, siapa yang nak merasai kehidupan di kampung yang nyaman dan damai. Air yang sangat sejuk asli dari bukit memang menyegarkan tubuh yang letih. Bukan setakat itu, banyak aktiviti menarik yang terdapat di homestay ini. Cuma sayang sekali, aku tak sempat nak buat aktiviti di dalam kampung kerana banyak agenda di sekitarnya. Kalau nak tahu lebih lanjut klik sini.
Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi :
Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480
6 comments:
best nye kalau back to basic.
Aummm..updtaed jugak..jenuh den tunggu...ekekekekee.. dayung sampan nak p mana tuh pah?? ekekkee :P
http://www.norainyusoff.com/2014/01/majlis-perasmian-brosur-pelancongan.html
tergolek tu pelahan2 sikit cakap.. hahahahaha
bila ahkak rock jadi nelayan
torbaikkk
Gambar pertama paling cantik. Siap dgn warna awan yang fuh... memukau lah pendek cerita.
Memang nmpak best jer naik bot mcm tu... nmpak segar pemandangan ...
Nong andy
amboii update tawau pulak eeeh.. ehehehhehe
Post a Comment