CORETAN TERBARU NADH

Apa yang anda boleh buat dalam kereta sepanjang memandu?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa yang anda boleh buat dalam kereta sepanjang memandu? Ikut pengalaman dan pemerhatian aku, aku rasa banyak perkara kita boleh buat atau memang menjadi tabiat orang.

Karaoke: Menyanyi untuk hilangkan mengantuk. PPP biasa buat haha.
Makan dan minum: Ini aku. Perjalanan jauh dan tak mencabar memang mengantuk, jadi aku mesti makan masa memandu. Favorite aku lollipop. Sumbat je. Nampak macam tak matang kan? =='
Sms, chatting, calling: Ini pun selalu orang buat. Tangan mesti busy menaip mesej, buang rasa bosan masa drive. Contoh terdekat, adik lelaki aku sorang tu. *Bahaya la weh.
Korek hidung, picit jerawat dan kentut: Siapa tak pernah buat? Baik mengaku. Haha
Make up: Ini perempuan. Betulkan rambut, pakai lips stick, betulkan tudung, pakai perfume dalam kereta masa traffic light =)
Beramas mesra dalam kereta: Ini biasa. Malu tengok tapi itulah hakikat. Dalam kereta pun ada projek 18sx. Tak tahu nak kata apa dah. T.T

Apapun yang korang buat dalam kereta, pastikan mata tak lalai. Sekali terleka, selamat jalanlah kau. Aku cakap berdasarkan pengalaman =) Jangan minta pisang berbuah dua kali. Oh ya, aku dah pandai pergi Damansara, Gombak sendiri. Lepas ni tak perlu driver, aku pun mampu sebenarnya. =)

Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Untuk kesekian kalinya aku join contest, bukan untuk menang tapi sebab aku orang yang pentingkan persahabatan yang baru terjalin, maka aku joinkan diri. Kalau nak join marilah, lagi ramai lagi bagus. Tak salah tolong kawan-kawan kan? Sesiapa yang berminat untuk join atau ingin tahu maklumat tentang contest ini boleh klik banner atau url di bawahnya.
http://www.mksyahir.com/2012/12/contest-ada-apa-dengan-blog-mksyahir.html
Okey mulakan misi dengan Bismillah, semoga yang dikritik atau dipuji terima dengan hati terbuka. Jangan tiba-tiba jauh hati dengan aku pulak kan? Aku puji melambung dulu boleh?

Pertama sekali, mestilah isi utama blog iaitu entri. Terus terang aku kata, memang masa mula baca blog dia memang jatuh cinta pada penulisan. Bukan semua orang punya bakat menulis yang mempunyai unsur jenaka, serius dalam masa yang sama. Itu kelebihan setiap entri MK Syahir. Selain itu, entrinya banyak menjurus kepada meminta dana atau sumbangan bantuan dan tak ramai blogger yang mahu buat sebab mementingkan trafik dan wang pendapatan sendiri je =)

Kedua, kekemasan blog. Blog berlatar belakangkan hitam membuatkan blog nampak kemas tapi tak kusam. Blog menarik untuk dibaca dengan tulisan yang sesuai serta pemilihan warna yang tak keterlaluan. Aku kira sesuai untuk mata rabun juga. =P

Beralih kepada kritikan, bukan untuk menjatuhkan dan mengaibkan. Tapi untuk perkongsian ilmu kita bersama. Yang pertama kelemahan yang aku dapat lihat ialah widget follower dan apesal yang terletak di atas entri yang agak mengganggu pandangan. Bila orang masuk blog, tujuan utamanya membaca entri tetapi apabila kedua widget itu kelihatan, orang akan mula mengeluh dan mencari-cari entri baru. Kalau aku, widget apesal boleh letak di bawah entry dan widget follower di sebelah kanan. Lagipun sekarang ramai beralih ke g+ dan kita kenalah seimbang dengan perubahan semasa kan?

Kesimpulannya, ada banyak yang bagus dari yang tak bagus, cuma jangan amalkan tagline "blog aku, aku punya sukalah" sebab yang membaca blog kita bukan kita seorang. Jadi fahami hati pembaca dan pikatlah mereka dengan cara yang mereka suka. 
"Hyper Contest - Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com" ini telah disponsor oleh blogger-blogger awesome broframestone.comhyebro.combabyaimacomel.blogspot.commizruha.comarjunapopkorn.blogspot.comzestpurple.blogspot.comfuh.mywww.yanty.mybelognanabyte.blogspot.comdenaihati.comkhaiartzfar.blogspot.comciktom.comphat.myqueachmad.com dan di adili oleh benashaari.com dan mksyahir.com

Penulis dan sahamnya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Setiap penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti. (Ali bin Abi Tolib)"

Kata-kata ini aku petik dari cover photo Like Page Encik H owner blog Capital H. Lama dah aku terfikir pasal ni. Yalah amalan di dunia tak adalah banyak sangat. Lepas tu jadi penulis blog. Ingat mudah jadi penulis? Sign up blogger.com. Tulis entri. Siap!

Banyak benda aku fikir. Sejak setahun lepas. Waktu mula-mula aku menulis memang sangat merapu. Sampai aku pun tak sanggup nak baca semula. Tapi bila muhasabah diri semula. Baru aku sedar blog bukan untuk suka suka. Blog bukan bertemakan blog aku, aku punya sukalah. Berat tanggungjawab si penulis blog.

Dosa mengalir laju je. Gambar mendedahkan aurat? Kita pun kena. Makian carutan? Kita terkena tempias. Kata-kata sindiran atau hinaan, juga kita kena. Semuanya akan dijadikan bekalan di akhirat. Sebab tu makin lama makin matang penulisan aku. Makin berilmiah dan islamik. Bukan nak tunjukkan aku alim. Tapi nak perbaiki diri dan awasi diri supaya tak tambah dosa lagi. Cukuplah yang ada sekarang tak tertanggung T.T

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers