CORETAN TERBARU NADH

Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mohon mengklik ini banner untuk menjoin dan berpeluang mendapat wang tunaiiiiii!
Jawapan tekaan : RM 57.15
Tunggu dulu!

Marilah meneka bersama. Mana boleh aku sorang je pening meneka berapa jumlah syiling di atas ni! Apa tunggu lagi. Ikut je syarat mudah kat bawah ni. Lai lai kumpul duit raya =)

Contest ini akan tamat pada 5 Ogos 2013 Jam 11.59 Malam

Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Untuk kesekian kalinya aku join contest, bukan untuk menang tapi sebab aku orang yang pentingkan persahabatan yang baru terjalin, maka aku joinkan diri. Kalau nak join marilah, lagi ramai lagi bagus. Tak salah tolong kawan-kawan kan? Sesiapa yang berminat untuk join atau ingin tahu maklumat tentang contest ini boleh klik banner atau url di bawahnya.
http://www.mksyahir.com/2012/12/contest-ada-apa-dengan-blog-mksyahir.html
Okey mulakan misi dengan Bismillah, semoga yang dikritik atau dipuji terima dengan hati terbuka. Jangan tiba-tiba jauh hati dengan aku pulak kan? Aku puji melambung dulu boleh?

Pertama sekali, mestilah isi utama blog iaitu entri. Terus terang aku kata, memang masa mula baca blog dia memang jatuh cinta pada penulisan. Bukan semua orang punya bakat menulis yang mempunyai unsur jenaka, serius dalam masa yang sama. Itu kelebihan setiap entri MK Syahir. Selain itu, entrinya banyak menjurus kepada meminta dana atau sumbangan bantuan dan tak ramai blogger yang mahu buat sebab mementingkan trafik dan wang pendapatan sendiri je =)

Kedua, kekemasan blog. Blog berlatar belakangkan hitam membuatkan blog nampak kemas tapi tak kusam. Blog menarik untuk dibaca dengan tulisan yang sesuai serta pemilihan warna yang tak keterlaluan. Aku kira sesuai untuk mata rabun juga. =P

Beralih kepada kritikan, bukan untuk menjatuhkan dan mengaibkan. Tapi untuk perkongsian ilmu kita bersama. Yang pertama kelemahan yang aku dapat lihat ialah widget follower dan apesal yang terletak di atas entri yang agak mengganggu pandangan. Bila orang masuk blog, tujuan utamanya membaca entri tetapi apabila kedua widget itu kelihatan, orang akan mula mengeluh dan mencari-cari entri baru. Kalau aku, widget apesal boleh letak di bawah entry dan widget follower di sebelah kanan. Lagipun sekarang ramai beralih ke g+ dan kita kenalah seimbang dengan perubahan semasa kan?

Kesimpulannya, ada banyak yang bagus dari yang tak bagus, cuma jangan amalkan tagline "blog aku, aku punya sukalah" sebab yang membaca blog kita bukan kita seorang. Jadi fahami hati pembaca dan pikatlah mereka dengan cara yang mereka suka. 
"Hyper Contest - Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com" ini telah disponsor oleh blogger-blogger awesome broframestone.comhyebro.combabyaimacomel.blogspot.commizruha.comarjunapopkorn.blogspot.comzestpurple.blogspot.comfuh.mywww.yanty.mybelognanabyte.blogspot.comdenaihati.comkhaiartzfar.blogspot.comciktom.comphat.myqueachmad.com dan di adili oleh benashaari.com dan mksyahir.com

Perhatian: Peluang kepada pengkarya cerpen

KLIK SINI
Ada peluang baik untuk penggemar cerpen yang selalu teringin untuk mengembangkan bakat anda. Sila menyertai pertandingan menulis cerpen. Bagi aku ni peluang jarang jumpa. Dulu aku nak sangat masuk pertandingan sebegini. Sebab tu aku masuk sayembara untuk Negeri Melaka. Tapi gagal sebab saingan sengit. Tapi aku tak pernah putus asa. Sehinggalah kini. Aku menulis untuk dua blog pun masih menulis cerpen. Jadi apa tunggu lagi. Serlahkan bakat anda. Menang atau tidak tu tolak tepi. Yang penting kepuasan menulis. Mudah saja. Baca syarat di kat gambar tu.

Kalau nak tahu kebih lanjut baca kat page warnakaseh.
Nota Iffah: Teingin nak masuk tapi aku warga warnakaseh. Masih berkira-kira auwww. Jom masuk korang! Sokonglah cerpen untuk negara!
Published with Blogger-droid v1.7.4

ENDING: CERPEN BINIKU SAKAI

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Part sebelumnya di blog ini. Siapa nak join terjah sini jugak.


Aku duduk sendirian di satu sudut.
Tak boleh main sangat dengan minah ni, nanti apa lagi yang dia nak buat untuk malukan aku.
~~~~~*~~~~~
Tetiba ada seorang awek merapati aku.
Seksi bukan main lagi. 
Hampir buta mata aku melihat pananorama yang sengaja ditonjolkan. 
Air liur ku telan laju.
Dari kejauhan aku nampak puan isteri aku memandang berapi. 
Aku puas. Lantas aku mendekatkan diri dengan perempuan menggoda iman tu.

“Hai wak,”
Dia senyum je. Aku tak puas hati.
Lakonan kali ni mesti menjadi.

“Sorang je?” Aku mendekat lagi.
Mata tak lepas pandang keindahan alam yang terbentang luas.  
Naluri jantan aku membuak-buak.
Dia angguk perlahan.
Sopan sungguh. Aku makin teruja.

“Nama apa?” Dia dengan perlahan meletakkan jari di dada aku.
Ditulis hurufnya satu persatu.

‘Argh aku tergoda. Tolong!’
A.L.L.I.E.Y.S.Y.A

“Nama yang indah,” Aku mula gugup. Aromanya menusuk. Kami memang hampir.
“Abang nak service ke? Jomlah masuk bilik,”

Terus rasa pelik pergi jauh-jauh. Pondan rupanya.
Balik malam tu aku muntah darah.
Isteri aku gelak berdekah-dekah. Misi tak berjaya.
Namun, dia juga yang menjaga aku.
Kini perasaan lain pula muncul. 
Aku jatuh cinta. OH TIDAKKKKK!!!

Nota Iffah: ENDING ini direka untuk cerpen ENCIK JAD yang sengal. Salahkan dia sebab cerpen ni macam sengal je kan. Maaf aku tak berniat nak mengotorkan minda kamu semua. HAHA 

eqbalzack.com writing contest 2

Ini contest anjuran abang Eqbal Zack. Klik sini untuk keterangan lanjut.
Lecturer-Student Relationship, anything wrong?

"Zam, aku tengok kau kerja siang malam. Tak penat ke?”
“Inikan dah memang tugas aku,” Nizam ketawa kecil.
“Tapi sekarang umur kau dah patut kahwin tau tak?” Haziq memulakan leteran.
“Apa nak risau Ziq? Kau tu bini ada kat rumah tapi still datang lepak dengan aku kenapa?”
“Amboi, macam nilah kawan,”
“Jangan merajuk bro. Aku bukan bini kau, kena pujuk pulak,” Serentak ketawa. Rahsianya masih tersimpan kemas. Belum masanya untuk Haziq tahu.

“Encik Nizam, ada hal nak cakap,” Nizam terhenti.
“Apa dia?”
“Zatil…dia…”
“Cakaplah apa yang tak kena? Zatil mana?” Nizam tak sabar.
“Dia tak datang. Dia malu,”
“Kenapa nak malu? Saya ada hal. Awak jumpa saya petang nanti di cafĂ©. Saya nak sangat tahu,” Nizam berkemas dan berlalu. Syazna risau akan penerimaan lecturernya.

Sejak petang tadi dia tak keruan. Benarkah hal yang diperkatakan Syazna. Zatil perlu ditemui segera. Lalu dia mendail nombor kawan karibnya. Dia takkan benarkan pelajarnya terhukum atas sebab yang tak logik.

“Haziq, aku nak kau jadi saksi,”
“Zatil, saya tahu sebab awak tak datang. Ini bukan masalah awak sorang. Saya tak nak awak malu sebab ni,” Zatil terkaku. Dipandangnya Syazna mengharap pengertian.
“Encik Nizam, apa awak merepek ni?”
“Zatil, tak payah berlakon lagi. Kita tak salah. Mereka yang salah tanggapan. Cuti semester nanti kita nikah terus. Saya tak nak awak terus dihina disebabkan hubungan kita,” Haziq terkejut.
“Ya Haziq. Dia tunang aku. Aku rahsiakan atas permintaan dia. Tapi sebabkan hinaan rakan sekuliahnya aku tak boleh berdiam diri. Apakah salah kami bercinta?”
“Semestinya tak. Kenapa nak rahsiakan benda baik?”
“Zatil risau. Hubungan lecturer dan student macam skandal besar bunyinya,”
“Hubungan cinta antara manusia itu fitrah. Aku tak rasa salah. Kahwin cepat kalau perlu Zam!” Segalanya jelas malam itu. Nizam dan Zatil tak salah. Cinta sememangnya menyatukan sesiapa saja tak kira agama, bangsa, mahupun pangkat.

Tamat!

Nota Iffah: Susahnya nak buat cerpen bawah 300. Huarghh asyik potong dialog je ni. Harap Bro Eq terima.  Doakan aku menang ye korang! Lamanya tak join contest. Tercabar minda aku. Nak tagged Khairul Azri, anak murid aku. Sila cabar diri ye boboi!

Ps: Dia kena kreatif.

CONTEST : PUZZLE BERSAMA PUTERI KATEK 3

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

klik sini

CONTEST : PUZZLE BERSAMA PUTERI KATEK 2

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
klik sini untuk join
Okey katek. Next part. Hehe sangat teruja nak main=)

PUZZLE BERSAMA PUTERI KATEK

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
klik tamat 2 june
Cepat terjah. Katek bikin pening. Nanti kena print dulu ni. Pengsan cari. Grrrr

CONTEST TEKA UMUR SI COMEL

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
banner contest teka umur si comel
Klik untuk join
Aku nak teka. Budak ni comel. Jadi tertarik untuk menjoin. Hehe
7 bulan 10 hari. Kenapa? Anak buah den pendek gini je. Haha
tag:
dia 
Post by,
Miss Ran 

Aku ingin berubah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM





klik untuk join!

Aku ingin berubah. Mudahkan ayat itu? Tapi sejauh mana manusia yang berkata seperti itu akan berubah? Aku pernah ingin berubah. Pernah sudah berubah dan kembali seperti sediakala. Kenapa? Sebab aku tak cukup kuat untuk berubah. Karangan ini karya asal aku. Tak ada unsur plagiat. Dan 'aku' tiada kaitan dengan sesiapa. Ikuti kisah 'aku muslimah sepi'. Sekadar perkongsian rasa=)



Aku seorang muslimah sepi. Yang hanya bertemankan rakan taulan dalam dunia asrama. Muda remaja pasti inginkan keseronokan. Aku juga begitu. Siapa tak mahu berseronok? Namun, kisah seronok hanya sementara. Aku adalah muslimah yang tak pernah menanggalkan tudung buat tatapan lelaki. Sungguh bukan untuk berbangga.

Tapi keluargaku telah mendidikku dengan baik sekali. Entah mengapa. Aku berubah. Aku mula mengenakan baju yang lebih labuh. Stokin dan stongan menjadi kewajipanku. Aku gembira kerana ada teman yang menyokongku. Dialah yang menyedarkan aku apa itu aurat.

Aku suka dengan perubahanku pada zaman persekolahan. Bahkan pergi KLCC untuk keluar berjumpa rakan lelaki bersama teman juga aku tak lupa memakai stokin. Sehingga lelaki itu bertanya,"Kenapa pakai stokin hitam? Kan panas ni," Aku hanya senyum. Aku jawab,"Suka," Dalam hati tak sekelumitpun rasa malu ketika itu.

Hari demi hari aku berubah lagi. Kali ini bukan bertambah baik. Aku mula meninggalkan stokin dan stongan. Malah sudah terlupa yang aku dulunya si penjaga aurat. SPM meninggalkan aku dengan sejuta kebebasan. Aku suka dengan kehidupan baru. Aku mula mengenal dunia malam. Aku mula mengenal erti jeans.

Dulu ayahku pantang bila aku menyatakan hasrat memakai jeans. Baginya itu adalah pakaian tak elok. Sedangkan ayahku tak pakai seluar itu. Jadi kesempatan kebebasan di dunia baru aku mula memakai jeans. Tapi pilihanku yang longgar. Aku masih malu untuk tayang susuk tubuh. Bajuku mula mengecil dan perlbagai rupa dan warna.

Aku suka fesyen. Aku belajar tentang istilah skinny, low cut, bundle. Aku juga tahu tentang jenis gaya rambut seperti curl, layer. Semua aku belajar. Aku suka. Aku belajar pelbagai benda baru. Malah aku tak malu kata aku suka dengan perubahan ini. 

Sehinggalah aku jatuh cinta. Aku jatuh cinta berkali-kali. Aku lupa diri. Aku biarkan diri terjebak dengan maksiat. Masyaallah. Sehingga aku sedar yang aku insan hina. Aku tak layak ke syurga. Aku takut menghadapi neraka kelak. Aku takut di padang Masyar ibu bapaku melihat perlakuan anaknya beberapa tahun ini. Aku takut. Akhirnya aku janji pada diri yang aku ingin berubah.

Perubahan kali ini masih dalam proses. Aku masih tak tahu bila aku akan kembali seperti dahulu. Yang jelas kesal tetap ada. Andai dapat aku undurkan masa. Tapi apakan daya semua telah berlaku. Ikutkan hati mati. Aku sedar kini. Aku perlu masa untuk kembali seperti dahulu. Sekian.

PS: 'Aku' tak merujuk kepada sesiapa. Mungkin kamu pelik kenapa aku tulis cerita ini. Tapi biarlah aku saja yang simpan rahsia sebalik cerita.
Post by,
Miss Ran 

Big Giveaway Sahabat Contest by Sudirman Abdul Rahman


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
klik untuk join
Kami adalah kembar tarikh. Okey biasa je. Kembar tahun sekali. Dia lahir awal sejam dari saya. Dia kakak tak seibu tak sebapa. Muka pun lain. Haha

Kami kenal masa 3 tahun lepas. Lebih kurang bulan 7. Masa orentasi zaman tuk gajah dulu. Ice breaking membuatkan saya terjumpa dia. Kebetulan pensyarah tu kata ikut bulan kelahiran. Kami berborak-borak akhirnya kantoi kita mempunyai tarikh lahir yang sama. Ic je lain sikit. Teruja!

Comel kan si dia berbaju coklat tu=P

Kemudian kami saling tak mengenali. Kejap je ingat. Hilang entah mana. Tup-tup rakan sekelas saya roomate dengan dia. Wah kebetulan yang dasyat! Saya berkawan dengan dia hingga ke hari ni. Nak dekat 4 tahun. Tak sangka kan? Setiap tahun sambut sama-sama besday!

Sayang? Semua kawan saya sayang. Asal lebih sayang dia? Sebab saya dengan dia macam kembar. Pergi mana pun nak berdua. Dulu kami pernah jadi rommate. Lebih kurang setahun lebih. Tapi start tahun ni dah berubah. Dia pun parktikum di luar. Jarang jumpa.

Kelakar? Banyak sangat. Dia seorang yang blur dan lampi. Gelak dulu faham cerita kemudian. Haha seronok kawan dengan dia. Tak sombong. Orangnya comel. Tak macam saya. Haha tak kembar muka. Kalau kembar muka seronok jugak kan? Tapi itulah kembar saya. Semua kawan ada keistimewaannya. Kawan alam maya pun ada. Siapa? Adalah=P

ps: Jarang letak gambar sekarang.
 Post by,
Miss Ran 

PENULIS SENJA TERAKHIR

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
klik sini k
Nak kembangkan lagi bakat yang ada jadi tak ada. Tak adalah. Peluang macam nillah mampu menggilap bakat bintang sastera. Cayalah=)

cinta sangat indah
jika kau tak mengerti
usahlah kau cuba redah
cinta tersemat dalam hati

kau usahkan bertanya lagi
kerna aku tak ada kata
yang mampu aku ungkai
cinta hadir tak kira masa

bukan untuk dipersenda
bukan untuk dikhianati
cinta untuk kita rasa
lantas simpan dalam hati

cinta bukan madah pujangga
cinta bukan helah dunia
cinta dari lubuk rasa
menyemai indah ketika derita

cinta bukan puisi kosong
cinta bukan laungan semata
cinta hadir tak langsung
cinta kuasa luar biasa

cinta itu milik kita
cinta bukan pasangan saja
cinta bukan untuk jaja
cinta hadir dalam jiwa

ketika cinta sayu menyeru
angin malam sangat menderu
ketika itu hati terpilu
menanti sapaan sang bayu

bukan omongan kosong belaka
cinta indah untuk dirasa
bukan hanya dijeling mata
cinta hadir tanpa diduga

usah kau tangis akan cinta
kerna ada yang akan tiba
mengganti kasih yang hiba
semoga dirimu terimanya

cinta boleh berganti
kasih boleh dicari
impian boleh dilakari
doa sebagai pengiring diri

kau jangan terus tewas
kau jangan jadi bangga
yang elok kau tebas
kelak kau jadi mangsa

Pesanan ini bukan rekaan
rasa ini bukan mainan
entry ini bukan tiruan
buat yang dalam percintaan

Karya asal saya sendiri...banyak guna untuk masuk contest sebelum ni. jadi jangan hairan asyik ni je=)
tagged:
Post by,
Miss Ran 

Contest Seunik Namaku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku ditag. Oleh? Siapa tadi? Hehe tapi tak pe. Memandangkan aku sangat free. Jadi aku terjoin. Tapi ada part contest yang aku lemah. Suruh tepek muka sendiri. Adoi! Malu. Lama jugak tak letak gambar sendiri ni. Huhu apapun mari layan.

Klik gambar comel ini untuk join
Okey bagi sesiapa yang tak kenal aku. Inilah missran aka Iffah Afeefah binti_______. Tak perlu nama ayahlah. Aku insan biasa. Tak ada yang nak dibanggakan melainkan nama. Nama aku dah cukup membuat aku mempunyai tanggungjawab. Orang selalu cakap ada apa pada nama. Tapi tidak aku. Nama mengikut acuan Islam. Maksud pun memang sangat baik. Ia membuatkan aku makin sedar bahawa banyak benda yang aku lakukan akan membabitkan nama. Aku tak nak orang cakap harap je nama IFFAH yang bererti maruah, tapi maruah sendiri tak jaga. Siapa malu? Aku malu. Ibu Ayah aku malu. Sebab tu aku jarang beritahu semua nama sebenar. Bukan tak bangga tapi takut dengan tanggungjawab tu.

Istimewanya IFFAH AFEEFAH? Tanya sekeliling. Tiada jawapan sebab orang dah tidur. Aku pun tak rasa ada yang unik. Tapi aku rasa nama aku unik. Sebab rasa macam kembar. Iffah dan Afeefah. Hehe Twist kan aje. Ramai tegur nama aku ni. Kata tak ada nama lain ke? Takpelah. Mungkin ayah ada hasrat hati sendiri. Lagipun makna baik apa salahnya. Mujur namaku bukan FACEBOOK.

TAGGED!
Post by,
Miss Ran 

Inilah kisah sedihku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik untuk join
Kak Long
Hatiku berasa tidak senang. Ligat otakku memikirkan masalah yang bakal timbul. Hari ini hari isnin. Pagi ini kuliah sudah bermula. Namun aku tetap di hospital ini. Aku bersama ahli keluargaku tetap menjadi penunggu yang setia di luar bilik suram dan sunyi. Di hapadan pintu Unit Rawatan Rapi, aku melihat kelibat seorang pekerja hospital yang setia menjaga pintu bilik itu.
XXXXX
“Kak Long! Kak Long….”jerit hati kecilku.
“Bilalah kakakku akan sedarkan diri?” pertanyaan itu hanya tinggal pertanyaan.
Bilik itu dipandang dengan pandangan yang sarat dengan harapan yang tinggi menggunung. Suara-suara kakakku yang sedang membaca Surah Yassin jelas kedengaran. Mulutku tidak berhenti mendoakan keselamatan kakak sulungku. Sungguh aku tidak menyangka. Terlalu cepat semua ini berlaku. Aku sememangnya tidak rapat dengannya kerana perangainya yang suka menyendiri dan tidak suka berkongsi. Dia sering dipinggirkan oleh adik beradik yang lain. Sungguh aku amat menyesal.
XXXXX
Aku masih ingat ketika kakakku terlantar di wad pada hari sabtu lepas. Aku masih dapat mendengar suara kakakku seperti tersekat di kerongkongnya. Terasa amat payah apabila dia mahu mengeluarkan satu perkataan. Aku duduk di tepinya. Wajahnya yang pucat dipandang sayu. Aku tidak tegar melihat keadaannya yang lemah tidak berdaya. Aku hanya melayaninya seperti biasa. Masih belum dapat menerima hakikat bahawa kakakku sedang terlantar di katil. Mulutnya tidak berhenti menanyakan tentang adik-adiknya yang lain.
“I..pah, ni..ni ma..ana Ni..ni??” Tanya kakakku payah.
“Nini dengan Hafiz dalam perjalanan dari Baling, Kak Long.” Jawabku perlahan.
Begitulah seterusnya pertanyaannya acap kali diulangi sehingga penat aku menjawab. Keadaanya sangat lemah. Tubuh badannya langsung tidak dapat digerakkan kecuali lirikan mata dan anggukan yang lemah. Ibu bapaku menyuruh kami pulang ke rumah dahulu. Dalam hati aku mendoakan kakakku akan sembuh.
XXXXX
“Hello!” Sapaan ayahku kedengaran di corong telefon.
“Ye, ayah.kenapa telefon ni?” Tanya kakakku, Nini.
“Kak Long tenat sekarang! Bawa adik-adik datang segera ke hospital” kata ayah dengan nada yang cemas bercampur sedih. Kami bergegas ke Hospital Kajang. Dalam perjalanan kami tidak henti-henti mendoakan keselamatan Kak Long.
XXXXX
Sesampainya di sana, kelihatan katil kakaku ditutupi langsir dan kedengaran bantuan pernafasan diberikan. Aku dan yang lain terus memeluk ibu dan ayahku sambil menangis. Ibu menangis tidak henti-henti.
“Banyakkan doa untuk Kak Long. Bila-bila masa Kak Long akan pergi…” Kata ibuku lemah.
Aku seaakan tidak percaya dengan kata-kata ibuku. Kak Long akan meninggal? Kak Long tidak pernah sakit teruk sebelum ini. Mustahil sama sekali. Air mataku berlinang kembali. Saudara mara datang bagi mendoakan keselamatan Kak Long. Mereka turut membacakan Surah Yassin dan surah-surah lain.
Jantung kakakku telah berhenti berdegup selama 15 minit mengikut kata doktor.
“Kak Long sakit apa?” soalku di dalam hati.
“Kenapa badannya lebam-lebam, kaki dan tangannya bengkak??” pilu hati ini mengenangkan penderitaan Kak Long.
XXXXX
Sejam kemudian kami sekeluarga dipanggil untuk berjumpa dengan kakakku. Doktor menyuruh kami bersedia dengan segala kemungkinan. Ibu dan ayah tidak henti-henti membacakan surah-surah dan menyebut nama Tuhan yang satu di telinga kakakku. Ayah mengucapkan kalimah dua syahadat. Suasana sayu itu telah disaksikan oleh beberapa orang saudara mara termasuklah atuk dan nenekku. Masing-masing membacakan doa dan surah-surah untuk kakakku yang sedang nazak.
XXXXX
Alhamdulillah, kakakku ternyata masih dapat bertahan. Dia dapat meneruskan hidupnya hingga ke hari ini. Bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) menjadi tempat tinggal kakakku. Bertemankan jururawat-jururawat serta doctor-doktor pakar yang berwibawa. Kakakku masih dirawat. Sehingga kini masih belum mengetahui sakit sebenar yang dihidapinya melainkan kegagalan buah pinggang kakakku berfungsi.
Aku amat terkilan kerana terpaksa meninggalkan kakakku yang sedang bertarung nyawa di dalam bilik itu. Kini aku di kampusku. Di dalam kelas bahasa Melayu inilah aku mencoretkan peristiwa sedih yang menimpa kami sekeluarga. Sudah lama kakakku terlantar. Segala jenis ikhtiar telah dilakukan bagi mengubati penyakit kakakku. Namun semua hampa belaka. Aku Cuma berharap agar kakakku dapat pulang ke rumah dengan senyuman dan menyambut ramadhan bersama kami.
XXXXX
Sedihku bukan seketika. Kini tuga tahun telah berlalu. Ya lama bukan? Tapi apa yang terjadi menyesakkan dada aku. Seringkali aku menyebut "Baik kak long mati dari kak long hidup menyusahkan semua orang!" Aku tahu aku seorang adik yang kejam. Tapi ada apakah hikmah kejadian dulu, kalau kak long tak segera bertaubat? 

Aku sedih mengenangkan keadaan dia makin teruk. Bukan kesihatan tapi perangai. Tingkahlakunya. Sungguh aku benci. Solat malas. Aku penat memujuknya. Kini aku menangis dalam hati. Dugaan apakah yang perlu kami sekeluarga tanggung. Kenapa sukar manusia berubah? Termasuk diriku. 

Penaku hanya menari menulis tinta hati. Bergenang air mataku ketika ini. Aku terkenang lagu Harapan padaMU subur kembali nyanyian kumpulan Saujana. Adakah berbaki sisa untuk aku menguatkan diri menempuh dugaan mencabar. Aku sungguh lemah saat ini.
XXXXX
TAMAT!
Entry ini di copy dari blog aku sendiri. Hakcipta terpelihara.
Post by,
Miss Ran 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers