CORETAN TERBARU NADH

Apa gunanya sahabat?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa ertinya sahabat kalau senang sama-sama susah nak sorang-sorang? Apa gunanya sahabat kalau kita ada masalah kita tak meluahkan kepada dia? Apa perlunya sahabat kalau masalah dia masalah kita, masalah kita masalah kita? Apa kes bersahabat kalau macam tu cara kita bersahabat?

Pap!

Bunyi macam manggis jatuh atas kepala sendiri. Okey-okey macam aku tengah mengata diri aku sendiri je gayanya. Lupakan. Ini kes parok orang kata. Kes berat! Kita bersahabat mestilah niat nak hidup susah dan senang. Give and take. Berkasih sayang. Ambil berat. Tapi ada masanya kita perlu sendiri bukan?

Apatah lagi orang tu tengah ditimpa musibah, tak kiralah sakit ke sedih ke. Kita mestilah nak mendampingi dia kan. Nak kasi kasih sayang supaya dia terus kuat menghadapi ujian yang didatangkan kapadanya. Sahabat yang baik takkan pernah tinggalkan sahabatnya keseorangan. Kesepian. Kebuntuan. Dia akan sama-sama susah dan senang.

Apa guna ada sahabat kalau kita tak perlukan dia langsung? Kau kata aku sahabat tapi bila kau susah, kau nak susah sorang diri. Kau tak nak orang lain fikir masalah kau. Kau tak nak orang lain simpati. Risau pasal kau. Dan kau sedar tak yang kau dah buat sahabat kau terasa sangat tak diperlukan? Kata sahabat? Ada masa kita sendiri, aku akui. Tapi ada masa kita perlukan seseorang untuk bantu kita. Bukan berlagak kuat depan orang, dan akhirnya sendiri tumbang sampaikan tak ada orang sedar?

Selalu orang fikir, hidup jangan menyusahkan orang. Lagi-lagi sahabat. Tapi pernahkah dia terfikir yang dengan mendiamkan diri, mengasingkan diri, menjauhkan diri, menyepikan diri, membuat seolah tiada apa yang jadi benar-benar menyusahkan hati orang lain? Pernah? Tak pernah kot sebab dia fikir hidup dia menyusahkan. Dia bagitau orang nanti orang risau. Dia fikir begitu. Sedangkan sahabatnya lagi risau kalau dia memilih untuk sendiri. Diam diri. Sahabat makin susah hati. Apa guna ada sahabat kalau kita nak hidup sendiri? Apa guna???

*Terbawa-bawa emosi status bertema hari ini iaitu BFF. Boleh stalk FB aku untuk tengok status bertema berkenaan =)

20 comments:

Unknown said...

Sahabat aku mcm adik beradik jer.. aku gaduh dengan derang, aku kondem derang, aku nasihat, aku share problem (tapi ayam aku x leh share), aku nak mintak pendapat derang, kalau aku salah dia akan tegur, bukan main ikut jer apa yg aku buat... konon2 nak jaga hati.. walaupun mungkin kadang2 nasihat dia tu menjengkelkan aku, tempat aku mengadu, kira derang ni mcm diari aku ler... boleh??

aku copy paste jer komen ni dari group masih cinta.... aku malas nak tulis berkali kali.. ko hado?? ha ha ha ^_^

Penjejak Mimpi said...

Entahla.. pyh gak kalo nk ckp psl ni. Ada shbt yg suka nk share masalah dia.. ada yg tak suka tp admit sbg sahabat (mcm mana tu?). Serba salah bila ada sahabat mcm ni.
P/s aku dah give-up psl sahabat ni... :(

aDisH.sHidA said...

akak perlu kan sahabat selain daripada ahli keluarga..pernah mak akak nasihat kan akak time study..jangan wat hal dengan kawan2..nanti susah sakit demam kawan la yang dekat dengan kita..yang akan jaga kita...family jauh...

alhamdulillah..Allah berikan akak sahabat yang baik2 belaka...macam kamu...

Encik H said...

susah jugak nak komen bab2 camni..sebab org kan lain2..tak semua org ada fikiran yg sama..:D

pada aku, benda ni macam bercinta jugak..macam mana cinta tu tak perlu bersyarat, macam tu jugak la berkawan, tak perlu ada syarat..

aku setuju bila org kata, susah sama susah dan senang sama senang..in fact aku sendiri pun seboleh2 nak tolong kalau kawan2 aku susah..

but somehow, bila aku yg susah, aku taknak sape2 tau..aku taknak kongsi kat sape2..biar aku settle sendiri and tak susahkan org lain..itu aku la..

so benda ni biasanya bergantung pada keadaan..kadang2 org memang perlukan masa utk bersendiri..and kadang2 org memang perlukan kawan utk bercerita..:D

sea_lavender said...

ikhlaskan diri apabila bersahabat :) In Shaa Allah kita akan dikurniakan sahabat yg sentiasa ada tatkala susah dan senang :')

misz aisya said...

laen org laen care kot. tp mcm sy ngan kwn2, kitorg pilih tuk trs terang. ape yg suka, ape yg xsuka..kalau sentap gtau, kalau hepi gtau, kalau susah gtau..semuanya..

perlu ada give n take. dan bukan semua org boleh jd shbt kita. kdg2 chemistry tu xde mnyebabkan kita xboleh jdi sahabat yg baik utk dia. camtu gak sebaliknya. :)

laskar pelangi said...

susah gak bila berkawan ni..ada org jenis yg takleh nak kena tegur, hurmm sepatutnya kawan ni sepatutnya bersama walau susah senang.sama2 terima kebaikan dan kelemahan masing2..tu yg ssh cari kawan baik

Abil Fikri Ahmad said...

Sekarang ni saya lebih faham apa itu sahabat....atau kawan2 biasa jea..

hana hadi said...

Masa IPG hana rela diam diri drp cerita kat kwn2 ipg. Satu hari tu hana terpaksa cerita juga dan last skali ada perkara yang menykitkan hati hana..

Hana ada sorg Bff tapi jauh. kkdang hana cal dia untuk ceritakan masalah. itu pun kkdang risau menganggu dia. kalau dia xda kerja baru cerita

sedih plak masa komen entry ni.huhu nanti rajin2 lah tengok entry PERSONAL hana. pasal kisah hana tu..

boni kacak said...

hurm... sejak saya ditimpa kesusahan ni, saya dah malas nak berkawan....

MalizaMah said...

emmm... kawan yang baik tidak akn memikirkan kawanya menyusahkan. dalam ramai2 kawan.. pasti ada seorang shj yg kita boleh cerita semua, minta tlg semua. kalau ramai2 org mula mgata.. diri pun jadi tak sedap.

Musafir Jalanan said...

:( . . . . sahabat sejati sukar dijumpai, . . . tapi bila dah ade, kadang2 tak perlu berkata-kata, dia macam boleh detect dan baca masalah orang tu melalui gerak-geri dan body languange. . . lepas itu baru orang tu akan 'open' pada sahabat yg pandai detect tu, . . . mungkin begitu kot, . . . . . rasa macam kene kaunseling, sentap . . .

Anonymous said...

Mungkin benar sahabat itu tidak mahu menyusahkan. Jangan marah dia kalau dia mahu susah seorang diri. Dia bukannya bersendirian sekurang-kurangnya masih ada DIA disampingnya walau kita tidak tahu tentang masalah yang dia alami.

Mungkin sahaja sahabat itu mahu membawa diri dari kita yang tanpa kita sedari telah membuatnya berkecil hati.

Dikbee said...

ramai kawan tp bila dah kawin, semua senyap..huhu

kay_are said...

nak cari sahabat macam tu susah sangat rase nye.. yang jenis hepi2 je memang banyak.. syukur r aku ade gak kawan yang macam tu even tak ramai.. tapi at least ade kan? =)

Anonymous said...

aku rase lah..aku ade sahabat..


cikzaitul

Nong Andy said...

ala.. aku tak menyampat stalk fb ko iffah ...

sahabat ada pelbagai peringkat.. ada yg kita akan kongsi masalah kita dgnnya ada juga yg tidak..

aku rasa ko jenis yg suka/gembira dpt gembirakan org lain.. tapi tak suka org lain susah hati dgn masalah ko.. am i right? yelah tu kan.. tapi tak sedar ko dah buat mereka2 bingung dan susah hati lau mereka tau ko ada masalah tapi tak mo share.. jadi.. meh crita sikit kat aku.. :)

Aimacomel said...

Sahabat kalau mmg benar2 sahabat mesti kita camne nk mainkan peranan kita kan. 'sy ada sentiasa senang atau susah' tp tiada keterpaksaan dlm bersahabat. Cuma sahabat yg baik akan berkata benar bukan membenarkan kata2 kita je (copy paste dr blog kak mialiana.com)
Kdg2 terfikir adakah diri ni punya sahabat? Owh.. Ku ada kamu

Orkid Edyliyne said...

sahabat yang benar2 sahabat kadang memang susah nak dicari.. ^^

Kira Sakura said...

mcm terasa manggis tue jatuh atas kepala akak jugak hihihihihi :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers