ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku nak bercerita pasal harapan. Ya, teringat lagu harapan
masa nak menaip. Bukan apa, manusia dan harapan tak dapat dipisahkan. Macam nyawa,
kalau tiada harapan. Maknanya tiadalah nyawa. Apa yang aku nak luahkan yang aku
tak suka perkara iaitu harapan dihancurkan. Serius siapa suka bila beria
mengharap akhir sekali punah begitu saja.
Macam ingat dia suka kita, kita suka dia. Rupanya dia dah
ada isteri. Contoh Beto Khusyairi. Eh, kecewa bila dapat tahu dia sudah
berpunya. Sedangkan kita punyalah berharap dialah yang akan jadi kekasih halal
kita. Tapi dah tahu sakit bila dikecewakan, kenapa masih perlu berharap?
Harapan musnah kita sengsara. Harapan tak semestinya akan
menjanjikan kebahagiaan. Jadi kenapa manusia ni degil dan teruskan juga untuk
berharap. Lebih-lebih lagi mengharap sesuatu yang tak pasti akhirnya merana
sendiri. Tapi ada juga yang pandai memberi harapan. Ayat manis bak madu. Rupanya
pahit rasanya bak hempedu.
Sakit! Ditipu. Dikhianati. Dikecewakan! Lepaskan segala
harapan yang tak pasti. Jangan terlalu mengharap bimbang sendiri yang terluka. Jangan
juga memberi harapan palsu jika tak mahu menunaikan harapan itu. Jangan buat
begitu. Hati wanita lembut, sekali dia berharap, selamanya dia akan kekal
berharap hingga satu masa dia dikecewa. Harapan akan pudar, tapi takkan pernah
hilang. Kerana susah untuk memadam rasa berharap yang amat sangat. T.T
16 comments:
Contoh yg tak tahan tu.. Hehe
amboi contoh dia..:)
Erm.. xyah lah mengharap apa2 nanti menyesal, sakit hati, sedih, marah.. bla bla bla..hehehe
kadang2 harapan tu perlu untuk bagi kita semangat...
haah jangan terlalu mengharap cuma yakinlah Allah Maha Mengetahui yg terbaik buat kita :)
tiba-tiba aku terasa nak menyanyi lagu BERHENTI BERHARAP lagu SHEILA ON7 JEW =='
ramai lelaki macama tu sebenarnya. Fakta bukan auta. Suka memberi harapan, lalu kecewakan.
hambuih2 iffah.. suka bebenor yer dgn beto. tp dia tu cool kan...
InsyaAllah, pasti ada seseorg yang terbaik & tidak akan kecewakan Iffah...
abig2 lg ngn betttttooo dia ni. haha.
org pn kecewa dgn akak sbb xnak ngaku org comel. hahaha =p
senang je.. jika harapan kita tu pudar dan samar-samar, tutup terus pintu harapan itu dan terus mencari yang seterusnya.. yang benar-benar nyata dan nampak.. :)
ada hikmah .. :)
so sebaik baiknye, jangan berharap sangat something tu happen macam kite nak, dan jangan sesekali bagi harapan dekat orang sepatutnye kan.. tapi aku pun frust beto dah kawin weh.. eh! =P
assalamualaikum iffah...harapan membuatkan kita lebih bersemangat lagi...:)
rasa sakit itu kadang-kadang bagus sebenarnye, . . . .
aku tahu sangat rasa bila mana harapan di punahkan dengan kejam....
bak kata org.. jgn terbang tinggi sangat.. nanti terhempas sakitnya tak terhingga. jgn mengharap terlalu tinggi.. kecewa-nya nanti tidak tertanggung... parah.
kita sebagai perempuan pun begitu juga.. jgn bagi harapan sgt kat lelaki kalau rasa hati belum sedia jadi isteri :) tak gitu cik De? hehe
klu tidak blh akak pinangkan beto tuk iffah :p
seyes akak pun tak suka mengharap dan selalu kata kat sesiapa jgn bagi akak harapan sebab sakitnya bila dikecewakan nanti teramat sangat
Post a Comment