CORETAN TERBARU NADH

Kerana terpaksa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ada masa kita terpaksa menjaga hati semua orang. Ada masa kita terpaksa lukakan hati sendiri. Ada masa kita gagal. Akhirnya, semua hati telah dilukai.

Kita terpaksa senyum untuk menyembunyikan kesedihan...

Kita terpaksa ketawa untuk mengembalikan keceriaan...

Kita terpaksa sabar untuk menanti sebuah senyuman...

Kita terpaksa tahan telinga untuk mendengar luahan...

Kita terpaksa berpura-pura kuat saat memberi kata semangat yang diperlukan...

Sampaikan terlalu banyak benda yang terpaksa kita lakukan untuk membahagiakan orang yang kita sayang, sampai kita rasa terlalu penat untuk semua ini. Sampaikan kita rasa letih untuk menjaga hati orang. Walaupun pada asalnya kita rela, kita ikhlas. Bila akhir, baru kita sedar yang usaha kita itu memang berjaya tapi hati kita sendiri yang terluka. 

Pelik betul sikap manusia. Ada yang tak reti jaga hati orang langsung, ada yang terlalu menjaga hati orang, ada yang selamatkan hati dia dulu, ada yang cuba jaga hati semua orang dan hatinya sekali. Macam-macam jenis manusia kan?

Ps: Kalau aku kata entry ni bukan pasal aku, korang bukan percaya. Kalau aku cakap pasal aku pun, entah korang tak percaya. Ikutlah mana yang korang nak percaya. Tapi ini betul-betul jadi kan? Siapa ada rasa begini? Autopublish...

18 comments:

reenapple said...

SElalu alami sampai aku rasa kadang-kadang pentingkan diri itu lagi baik sebenarnya.

Unknown said...

Eza rasa eza terlalu jaga hati orang. hurmm...

cimöt said...

penat gak menjaga hati org yg tak paham erti..

boni kacak said...

saya kadang2 konpius.. penat juga jaga hati orang ni kadang2.. kadang2 memang terpaksa lukakan hati orang..

Aziela said...

Bila dah berkeluarga, lagi besar cabaran untuk menyembunyikan...

ewanthology said...

kadang2 mmg perlu kena paksa diri.

Felly Sophia said...

Dalam hidup, kita memang dipaksa dan terpaksa.

kay_are said...

setuju.. memang kadang2 kita terpakse wat sume tu untuk jaga hati orang lain.. tapi memang sedih r even dah buat sume tu, ade certain yang tak hargai pun ape yang kita buat.. hmm

Kira Sakura said...

bukkkkkk!!!! rasa mcm terkena kat atas bahu sendiri

punyalah jaga hati dia kat pihak sana tapi sampai saatnya tatau dia sengaja atau tak selalu lukakan hati kita ;(

Aien Not Alien said...

kita yang paksa diri kita tuk pamerkan semua rasa ini selalunya. hidup ini banyak pilihan kan Iffah...:D

-eim- said...

slalu jumpa orang camnie...
kita plak kena sabar n jaga perasaan die sbb xnk gaduh..

Potia Casadelarossa said...

tak kisah lah iffah samaada ni entry iffah atau berkenaan org lain.. apa yg penting kdg2 kita terpaksa jadi org lain demi menjga hati org lain... hati kita siapa yg tahu wpon kita menipu diri sendiri... kdg2 kita senyum dalam tangisan bilamana melihat org yg kita syg bahgia walhal hakikatnya kita sedang merana... eh!

Nong Andy said...

buat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali..

ada sebabnya pepatah itu wujud kan?

*aku sedang dengar suara jamiel ni.. memang buat jatuh cinta hehehe...

MalizaMah said...

minggu pertama masuk sek ni ... byk benda nk buat... ada juga yg buat sbb terpaksa.. haaa

Encik H said...

life memang macam tu..kita bertindak ikut keadaan..kita react ikut situasi..kadang2 kita jaga hati org..kadang2 kita tak jaga hati org..kadang2 kita senyum, ketawa..kadang2 kita muram, berduka..

Anonymous said...

ape sekali pun yang terjadi..
jagalah hati sindri jugak..
tu yg penting..bukan nak menjadi hipokrit beb..

hana hadi said...

hana lebih suka berdiam diri. ikut lah dia nak kata apa pun janji kita tau apa yang kita buat

Musafir Jalanan said...

buat sesuatu untuk manusia memang tak berbaloi, . . .

Tapi buat sesuatu untuk manusia kerana nak mentaati Allah, . . barulah berbaloi-baloi, . .

Insya-Allah, Hati juga akan gembira sbb kita tak kisah pun kalau dia tak menghargai, sebab hanya DIA yg layak menilai kita, bukan dia(manusia itu), . . .

DIA yg paling memahami gelojak rasa di hati kita,
DIA juga yg sentiasa ada tatkala semua manusia meminggirkan kita atau meninggalkan kita, . . . .
tapi kita yg selalu lupa pada DIA, . . .
Padahal DIA yg ciptakan kita, . .
DIA yg beri kita kehidupan ini, walaupun aku tak punya apa-apa, . . . Tapi aku gembira diberi kesempatan untuk berada di dunia ini untuk berusaha, . . JANGAN GIVE UP CIK IFFAH, . . KITA MASIH ADA MASA DI DUNIA, . . SELAGI ADA NYAWA KITA BERUSAHA, . . FIGHT THE DARK NEGATIVE SIDE of our mind that want to give up. ('',)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers