CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman 3

Assalamualaikum anak-anak..
Hari ni mak nak share satu lagi resepi..alah mudah sangat...budak kecikpun boleh...
yang da besar jangan tercabar...cepat-cepat masuk dapur sekarang...hehe resepinya ialah JELI KELAPA...


Kalau orang melaka memang dah biasa pergi bazaar or pasar malam dan dengar 'JELI KELAPA PANDAN SEJUKKAN BADAN' hehe...buat apa bazirkan duit...mari kita masak sementara cuti sekolah nikan...kenapa tajuk dibawah dipilih? lu pikiaq sendirik k...


~~~JELI KELAPA INSTANT~~~


Bahan-bahannya ialah:::


Satu paket serbuk jeli kelapa (rujuk gambar1)
Kelapa muda (tak kiralah madu ke pandan)

isi dan air kelapanya sekali
Air 2 Liter...boleh sukat pakai botol mineral besar
(kalau nak lebih lembut jelinya boleh tambah sedikit air lebih kurang 500ML lagi...bergantung pada air kelapa banyak ke sikit)

Gula 200 gram..kalau nak lebih ok juga..manis gitu


Cara membuatnya:::

1.Panaskan air.
2.Letakkan air kelapa sekali dengan gula.
3.Apabila mendidih, barulah masukkan serbuk jeli satu paket.
4.Kacau perlahan. bila sudah larut tutup api dan sejukkan sebentar.
5.Sediakan bekas seperti di bawah atau bekas yang lain mengikut kesesuaian dan juga citarasa anda.

6. Masukkan isi kelapa muda ke dalam bekas.
7. Baharulah masukkan jeli tadi.
 Hasilnya begini:::

pesanan penaja:::Boleh dibuat ole2 masa kenduri atau jamuan seperti ini...


Okey, bukan susahpun kan? bolehlah anak-anak cuba ye...mak bukan pandai pun masak...mak hentam je..janji sedap kan...akhir kata dari mak masaklah untuk diri jika malas masak untuk orang lain...hehe


Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers