CORETAN TERBARU NADH

Review NUR KASIH THE MOVIE

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

1.Title : Nur Kasih The Movie

2. Release date : 19 May 2011 (Malaysia)
3. Director : Kabir Bhatia
4. Starring :
Remy Ishak
Fizz Fairuz
Tiz Zaqyah
5. Language : Malay
6. Genre : Romance/Drama
7. Official Facebook website : Nur Kasih The Movie


Apa yang aku boleh ulas? Aku kecewa sedikit. Bukan banyak. Mungkin sebab aku terlalu mengharap untuk tengok. Pada aku cerita ni terlalu lambat jalan ceritanya. Terlalu banyak dugaan membuatkan cerita ni macam tak real. Tapi sinematografi (kalau salah betulkan) memang mantap. Suka sangat. 

Permulaan agak lambat. Banyak sangat flash back membuatkan aku dah agak apa jadi seterusnya. Yang membuatkan aku tertanya-tanya part nak habis tu. Sedih sekejap. Tapi kawan aku asyik gelakkan pelakon. Sampai emosi tak yang diingini tak dapat.

Aku tak tahu kenapa aku tak dapat hayati jalan cerita ni. Mungkin aku memang sangat harapkan lebih. Roommate aku dan kawan-kawan dia tengok jugak. Mereka nangis. Masa aku tengok tadi pawagam tak penuh pun. Tak ada pulak orang teresak-esak. 

Apa yang aku dapat dari cerita ni ialah tabah hadapi dugaan. Aku suka part adam dan ustaz tu. Memang good job. Siapa nak ajak budak-budak yang cetek agama kalau bukan kita? Takkan nak berdakwah pada ahli masjid yang ilmunya sudah banyak? Best! 

Selitkan pasal kelab malam pun best. Yang lain terlalu drama bagi aku. Aku suka juga unsur saspen yang pengarah tonjolkan. Itu jelah. Aku tak larang korang pergi. Aku bagi 3/5 bintang je. Sorry aku rasa terlalu banyak dugaan yang datang dan tak sempat feeling=(

1 comment:

shahjiehan said...

wah... layan jugak wayang.. igtkan shah je yg balun 2 2 je... hahahha... nice

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers