CORETAN TERBARU NADH

Part 1: I'm nothing without you

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Shahir terdiam. Pengakuan berani mati seorang perempuan membuatkan dia terkaku.

"Shahir, awak dengar tak apa yang saya cakap?" Adilla merenung lelaki di hadapannya. Perkenalan melalui laman sosial membawa mereka ke alam realiti.

"Ya, ya saya dengar. Erm awak serius?" Adilla tersenyum. Mengangguk perlahan.

"Serius ke?" Shahir tak berpuas hati.

"Seriuslah. Awak tak percaya saya ke?" Adilla menyedut air di depannya. Masih menanti jawapan lelaki pujaan. Sejak dulu dia menjadi pemerhati lelaki ini. Puas dia menjejak lelaki ini dari laman sosial kawannya. Rupanya lelaki itu teman kawannya sejak kecil.

"Erm bukan tak percaya. Semua ni terlalu mendadak. Awak tak rasa ke awak terlalu berterus terang?" Shahir menyusun kata.

"Maaflah. Saya tak sengaja nak buat awak terkejut macam ni. Tapi lama dah saya pendam. Saya takut saya tak mampu tanggung rasa ni," Adilla menunduk. Tiba-tiba dia malu. Dia tersedar yang lelaki itu tak sedia dengan semua ini.

"Eh bukan macam tu. Bagi saya masa untuk fikir," Shahir diam memandang perempuan berani di depannya.

"Baik, saya tunggu jawapan awak. Assalamualaikum," Adilla berjalan dengan lemah. Dia tahu lelaki itu takkan mahu dengannya. Malu sungguh cinta ditolak.

xxxxx

"Serius?" Maera terjerit.

"Yalah," 

"Kau okey ke?" Tangan Adilla ditarik. Adilla berpaling.

"Seriuslah. Aku malaslah cerita sekarang. Esok okey," Adilla menyembamkan diri ke katil. Dia penat berfikir. Penat sangat.

"Weh, Dila. Kalau kau tak okey cakap dengan aku. Aku ada. Jangan senyap macam ni," Maera memujuk. Adilla masih membatu.

"Dila, aku cakap dengan kau ni," Maera Aqila geram. Dia meninggalkan kawannya sendirian.

xxxxx

Shahir merenung jauh. Orang lalu lalang di hadapan sedikit pun tak mengganggu fikirannya yang serabut di kala ini. Dia masih terfikir tentang hal petang tadi. Gerai burger milik rakannya seakan menjadi rumah kedua.

"Weh bro, awat ni?" Iskandar menepuk belakang rakan baiknya.

"Tak ada apalah. Macam mana niaga?" Shahir memandang gerai kawannya.

 "Macam tulah bro. Kau okey tak ni? Menung jauh nampak," Ditarik kerusi dan melabuhkan punggung.

"Aku? Okey je. Masih single macam dulu," Shahir ketawa sendiri.

"Lain macam je kau ni bro. Straight ke tak ni?" Segera Iskandar menjauhkan kerusi dan ketawa. Seronok menyakat rakannya itu.

"Beb, mestilah straight. Nak tengok ke?" Keduanya ketawa.

"Dah jangan merepek. Lari rezeki aku nanti. Kau kenapa single memanjang?"

"Dah aku senang macam ni. Bebas je," 

"Kau nak bebas sampai bila? Tengok aku ni. Anak dah nak masuk dua. Perut pun maju ke depan," Shahir memandang perut kawannya. Setelah itu ketawa berdekah-dekah. Pelanggan memandang keduanya.

"Kau ni. Tak agak-agak. Kalah bini kau yang mengandung tu," Shahir menyedut air limau ais. Tekaknya dahaga.

"Serius sekarang ni memang kau tak ada hati kat mana-mana ke?" Iskandar masih tak berganjak topiknya.

"Weh, ingat kau lupa dah cerita tadi," Ketawa kecil.

"Mana boleh lupa. Kau tu nak membujang sampai tua ke?" Iskandar merenung kawannya dalam.

"Aku bukan tak nak. Tapi belum ada yang berkenan. Dulu aku nak kat si Ina. Dia kahwin dengan kau pulak," Shahir memandang bawah. Iskandar berubah riak.

"Apa? Kau nak bini aku?"

ps: Ni cerita kolaborasi bersama jiran aku iaitu Nadh. Nadh dah sambung. Klik Part 2 untuk baca sambungan=)

10 comments:

Elly Jade said...

akak terkesima...
cepatnya dpt ideaaa

fRaMe+LenSeS said...

weeeee~~~ dah ciap.. Nak smbunng. Hehee

aamalinaazman said...

hehehe
cepattt smbg!

K said...

cepat sambung, hehe XD

msredcheesecake said...

Tah, nadh cepat sambung.....Malay tak best tanak tepuk tangan...

Unknown said...

takpe la takyah sambung la..sdeih aku

eZmALiZa said...

ade cerpen laa..haha.. =D nak baca la cmni :))

Cik Pulau said...

perhhh...mantap..

nazirulhazwan~ said...

fuh, nice wooo, mcm bace novel:DD

Anonymous said...

Ι viѕіtеd several blogs еxcept thе audio fеature
for audiο songs еxiѕting at this web ρagе is in faсt ωonderful.


Here iѕ my blog: klicken Sie einfach auf die n

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers