CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Benih-benih cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dia masih menghadap laptop kesayangannya. Matanya tertancap pada skrin lama. Ayat yang sama dibaca berulang kali.


Air mata jernih diseka perlahan. Lantas tangan mengelik shut down. Perlahan dia ke ruang beradu. Seorang lelaki bernama suami sudah lama di alam mimpi. Ditariknya selimut menutupi dada dan mata terpejam. Ada sisa air mata di pipinya. Dia cuba melenakan diri namun sukar. Akhirnya, entah pukul berapa Safiyyah tertidur.

Xxxxx

“Kau tak boleh berterusan macam ni,” Amirah bentak. Dia masih geram dengan insan bernama Safiyyah yang terlalu lembut hatinya.
“Aku nak buat macam mana lagi?”
“Kau cubalah pikat suami kau tu. Takkan itupun tak reti,”
“Kau cakap senanglah. Kau kahwin atas dasar cinta. Aku ni? Kalaulah aku tahu suami aku tu ada yang punya. Takkan aku terima lamaran ni,” Safiyyah mengeluh.
“Apa kau kata? Kau nak mengalah sebelum berperang?”
“Kenapa? Salah ke seorang isteri membuat suaminya bahagia? Kalau benar Azril akan gembira bersama si dia. Aku rela. Aku rela Mira!” Amirah tergamam. Hati insan ini selembut baldu. Enggan dia meneruskan kata. Bimbang kolam air mata sahabatnya pecah pula.

Xxxxx
Abang, minyak habis. Saya keluar beli kejap ye.
SMS masuk mengganggu kosentrasinya. Azril mengelap peluh. Lama sudah dia tak bermain badminton. Letih tak terkata.

“Oi jauh menung bang?” Syahir menepuk belakang sahabatnya.
“Tak adalah. Aku letih sikit,”
“Aik lain macam je. Letih apa pulak?” Ketawa nakal menganggu jiwa lelaki Azril.
“Apa kau ni? Ke situ pulak,” Azril mengelak. Dia bimbang sebenarnya. Bimbang hatinya berubah.
“Apa pulak? Dah tak pernah-pernah kau pancit. Tahulah lama dah tinggal badminton. Tapi takkan cepat sangat letihnya. Aku baru nak panas ni,” Syahir berkobar.
“Aku nak balik awal. Kerja berlambak. Masa cuti nilah aku nak settle semua,”
“Amboi nak buat kerja ke rindu kat isteri. Apa khabar bini kau?” Syahir tetap menggangu tanpa memahami gelodak jiwanya.
“Baik kot,” Katanya sepatah.
“Kot? Kau ni apasal? Takkan pengantin baru bergaduh dah kot,”
“Taklah. Aku okey je. Jomlah last round. Aku nak balik kejap lagi,” Syahir mengalah. Mereka seakan melepaskan bebanan melalui pukulan demi pukulan. Azril puas!

Xxxxx

Hari cuti seperti biasa. Yang bezanya Safiyyah kini isteri orang. Dia sudah mengemas rumah. Niatnya mahu memasak tengahari terbantut. Gara-gara bahan memasak tiada. Rumah bujang selalunya begini. Rumah yang mereka diami milik si suami. Teringat masa mereka baru sehari bergelar suami isteri.

“Saya nak duduk rumah sendiri. Saya rimas dengan keluarga saya yang sibuk nak tengok kemesraan kita,” Safiyyah hanya menikus.
“Awak dengar tak ni?” Azril geram.
“Dengar,”
“Dah dengar tu setuju ke tak?” Keras nadanya. Seakan memaksa.
“Saya kan isteri. Seorang isteri perlu taat kepada suami. Lagipun saya akan ikut je ke mana awak pergi sampailah ikatan kita tak sah sebagai suami isteri,” Kata-kata itu seakan sejuk didengar. Namun, Azril diam seribu bahasa.

Safiyyah tersenyum mengenangkan suaminya. Bukan dia tak cinta suaminya. Sejak diijabkabul lagi dia sudah berjanji akan cuba menyemai rasa cinta untuk si dia yang bergelar suami. Lampu hijau membuatkan dia tersedar ke alam realiti semula. Lantas pedal minyak ditekan. Destinasi seterusnya ialah rumah mereka.

Xxxxx

“Lambat balik,” Teguran si suami mengejutkan Safiyyah. Mujur dia tak terlepas barang yang dibeli.
“Tak lambat pun bang. Kan saya baru je mesej abang. Masa tu saya baru nak keluar,” Safiyyah menjawab tenang.
“Banyak pulak jawabnya. Dah pergi masak. Saya lapar,” Azril berkecamuk.
“Baik bang. Abang naiklah solat dulu. Nanti dah siap saya panggil,” Lekas dia berlalu ke dapur.

Hati Azril tersentuh. Isterinya tak pernah bercakap kasar dengannya. Namun entah mengapa hatinya seakan keras untuk terima isterinya. Puas dia pujuk hati. Bukan dia suka menidakkan hak Safiyyah sebagai isteri. Dia tak mampu. Tanpa disedari air mata lelakinya jatuh menitis. Azril terus mendaki tangga. Bimbang isterinya nampak.

Xxxxx

“Waalaikumsalam mak,” Safiyyah melembutkan suara. Bimbang Azril terjaga dari lenanya.
“Aah abang tidur awal. Letih agaknya,”
“Apa? Berisi apanya? Mak ni orang baru je kahwin,” Safiyyah sedikit terasa.
“Ah tak apalah. Nanti orang kirim salamkan kat menantu mak tu,”
“Mak jangan risau sangat. Anak mak ni bahagia je,” Talian dimatikan. 

Dia terus ke katil dan cuba untuk tidur. Jiwanya rawan. Ingin saja dia menjerit kepada suaminya. Jerit mengatakan rasa hatinya sebenar. Rasa hati yang inginkan belaian seorang suami. Inginkan kasih sayang seorang lelaki yang sah untuknya. Safiyyah menangis tanpa sedar. Azril juga tersentuh. Namun, dia keraskan juga hatinya. Esakan kecil isterinya dibiarkan begitu saja.

Xxxxx

Suasana restoran begitu suram. Memang konsepnya begitu. Pokok penuh di sekeliling. Umpama makan di dalam rimba. Safiyyah menguatkan hatinya. Dia tahu perempuan di depannya mempunyai hajat besar. Hajat yang mungkin dia tak mampu penuhi.

“Safiyyah, awak tahukan kenapa kita berjumpa ni?” Athirah memulakan kata.
“Saya tahu. Saya juga tahu siapa awak Athirah,” Perempuan itu tersenyum nipis. Hati Safiyyah bagai dihiris.
“Baiklah kalau awak dah tahu. Saya tak minta lebih. Saya jadi isteri kedua pun tak apa. Itupun kalau Safiyyah sanggup bermadu,” Lembut tuturnya. 

Safiyyah terpana. Begitu tulus cinta seorang wanita. Sanggup menunggu kekasih hati walaupun sudah berstatus suami. Dia pula rasa dirinya perampas cinta antara Athirah dan Azril suaminya.

“Saya kagum dengan Athirah. Cinta Athirah buat Azril merana. Walaupun dia dengan saya tapi hatinya ada dekat awak. Saya tak mampu nak tandingi awak. Saya rasa baiklah awak tanya sendiri Azril. Kalau dia mampu kahwin dua, saya relakan. Kalau tak, saya rela undur diri,” Athirah terperanjat.
“Safiyyah, betul ke apa awak cakap ni?”
“Betul. Maaf saya ada hal lain. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum,” Segera Safiyyah berlalu dengan hati ditusuk sembilu. Pedih rasanya.

Xxxxx
Assalamualaikum abang, saya nak minta izin balik kampung seminggu. Abang buatlah keputusan cepat. Kesian Athirah menunggu.

Azril terduduk membaca sms dari isterinya. Hatinya mula berbolak balik. Sayang pada Athirah memang masih ada. Namun, hatinya mula kasih kepada Safiyyah. Dia buntu. Lantas dia memejamkan mata seketika. Kepalanya serabut dengan beribu persoalan. Adakah Safiyyah sanggup dimadukan? Adakah Safiyyah tak pernah simpan rasa sayang walau sekelumitpun. Hatinya menangis sendiri.

Seminggu tanpa Safiyyah mengajar dia erti perkahwinan. Erti kasih sayang dalam hubungan halal. Lantas dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan Athirah. Bagi memberitahu khabar tentang keputusannya.

“Assalamualaikum Irah,” Athirah menjawab salam lelaki itu. Adiknya duduk semeja.
“Adik saya, Aizad,”
“Azril,” Keduanya bersalaman.

Athirah juga tahu batas pergaulan. Sengaja dia membawa adik menemani. Selama ni mereka tak pernah bertemu berdua-duaan. Kalau bertemu mesti ada orang yang menemani. Kisah cinta kampus tak pernah lupus. Walaupun masing-masing bekerjaya. Namun, takdir tak menyebelahi cinta mereka. Azril memandang Athirah sekejap cuma.

“Athirah, saya dah buat keputusan. Harap awak boleh terima,”
“Baik saya dah sedia. Apa dia?”
“Saya akan nikahi awak. Hujung bulan ni saya hantar rombongan meminang,”
“Yeke? Alhamdulillah,” Aizad juga tersenyum.
“Ya, harap keluarga awak boleh terima saya. Saya nak tanya awak nak cincin risik dan tunang sekali ke asing-asing?” Azril malas berlapik. Dia mahu segalanya lekas selesai.
“Saya tak kisah. Janji awak sudi kahwin dengan saya,” Malu Athirah ditanya begitu.
“Kalau macam tu awak beritahulah family awak. Okey, saya balik dulu,” Azril mengangkat punggungnya.
“Kejap!” Laungan Athirah membuatkan Azril berpaling semula.
“Safiyyah macam mana?” Azril hanya melemparkan senyuman. Athirah kurang mengerti. Namun, Azril meneruskan langkah dan berlalu pergi.

Xxxxx

Barang-barangnya sudah tersimpan rapi. Safiyyah tersenyum hambar. Dia mengangkat beg menuruni tangga.
“Safiyyah awak nak ke mana?”
“Abang, kan abang nak bawak Athirah ke rumah ni. Jadi saya rasa baik saya menyewa kat tempat lain. Tak elok kalau Athirah nampak saya kat sini,”
“Safiyyah, kenapa awak baik sangat? Sampai suami awak pun awak sanggup bagi kat orang lain. Isteri apa awak ni?” Azril geram.
“Abang, saya isteri abang. Athirah pun bakal jadi isteri abang. Tapi saya rela bermadu demi kebahagiaan abang. Saya hanya nak abang bahagia,”
“Walaupun awak menderita? Abang tak nak teruskan perkahwinan ni,”
“Apa maksud abang?” Safiyyah terkejut. Adakah ini bermakna dia akan diceraikan? 
“Abang tak mampu bahagikan kasih sayang abang kepada dua wanita. Abang tak mampu nak tengok Safiyyah menderita dan Athirah terseksa. Abang dah buat keputusan!” Debar tak terkata.
“Abang, janganlah macam ni. Safiyyah tak sanggup ditinggalkan. Sejak kita bergelar suami isteri. Saya dah tanamkan benih cinta hanya untuk insan bernama Azril. Demi cinta saya yang baru mekar ni, saya relakan abang memadukan saya. Janji saya tetap bergelar isteri abang. Saya tak nak hubungan kita berakhir sampai sini saja,” Safiyyah menangis teresak-esak.
“Safiyyah, bangun. Kenapa macam ni? Kenapa awak tak berterus terang je kat saya pasal hati awak? Kenapa awak nak diamkan sampai melibatkan orang ketiga?”

Azril memeluk isterinya erat. Cintanya buat Athirah terpadam sejak pertama kali dia mendengar Safiyyah menangis. Cinta yang ada hanya untuk Safiyyah. Namun hatinya pedih melihat isterinya bagai tiada perasaan mengajak wanita lain berkongsi suami. Dia sanggup buat keputusan untuk menikahi Athirah kerana mahu memenuhi permintaan si isteri.

“Abang…”
“Ya sayang,” Azril bahagia.
“Macam mana dengan Athirah?”
“Tak apa. Abang tetap kahwin dengan dia,” Terkejut Safiyyah mendengarnya.
“Abang nak kahwin jugak?” Matanya berkaca semula.
“Aah nak kahwin dengan dia lepas isteri kesayangan abang ni tak ada kat dunia ni lagi. Itupun kalau dia nak kahwin dengan abang masa tu,” Ketawa Azril kuat. Safiyyah geram. 

Cinta buat suami yang semakin subur membuatkan dia lebih bahagia. Namun, jika ditakdirkan dia bermadu dia sanggup kerana cintanya. Kerana dia masih mengejar cinta Ilahi.

Nota Iffah: Kredit pada Encik Angah sebab ayat dalam blog dia membuatkan aku terasa nak menaip cerpen ni. Mungkin cerpen ni tak best. Apa yang aku nak sampaikan harap korang dapat. Macam Tentang Dhia pulak cerpen ni. Pengaruh TV betul hehe. Sejauh mana aku cuba untuk buat cerpen sad ending tapi tetap gagal. Tak reti T_T

Ps: Dia akan baca. Aku tahu.

10 comments:

aamalinaazman said...

begttulah cucu ku
laju tangan menaip benih2 cinta ye
hehee

besshhhh!


ingat bini ye mati tadi..kekeke..tersalah conclusion
hehehe

M e R E n G said...

best citernyer ;)
siyess tau bkn streotaip nih ehheheh

lieynanilaz said...

best!!
nasib baik happy ending...:)

Nong Andy said...

uwaaaa... apasal dia baik sgt? apasal dia sanggup bermadu... ?
uwaaa... apasal aku emosi....?

Serius! walaupun happy ending.. tapi memang buat aku emo!

*Iffah.. i love happy ending too :)

Aien Not Alien said...

memang best...


teruskan... :)

Anonymous said...

ayaa.. tetibe CK dok feeling2 lak.. haaa haaa.. haa..! pujuk CK balik hux3 :(

Faaein Talip Roy said...

best2.. tetiba rasa nak menulis cerita rekaan cam ni je.. hehehe...

QasehSuci said...

Ada skit cam cerita Tentang Dhia lah...hehhe...best2

Keep It Up!!

Kira Sakura said...

Iffah mmg ske nama syahir erk?

athirah cm mane? die dpt trima ke?

Naniey TJ said...

komen i (cewah..bajet pndai sgt)
i rasa cerpen u xlengkap. bila I baca i rasa macam ada part2 yg sepatutnya ada tapi xda. t'lalu ringkas satu babak dengan babak yg lain dan nampak jalan cerita agak bercelaru.... mksdnya ada babak yang tak berkesinambungan. cuba u buat cerpen yg satu babak tu biar sampai 2 pages A4... msti gempak...

tapi i rasa cerpen u sampailah objektifnya. bercerita mengenai poligami. tp klu sama cam tntng dhia i stju babk2 ending filem tu mmg ada iras. tapi dr awl zikir tu jns yg baik, caring n romantik. i like....

keep it up

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers