CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Hadirnya pelangi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cerpen berdasarkan gambar ini. Nong Andy cabar aku. Aku join. Korang?
10 tahun yang dulu.

“Saya sunyilah kalau awak tak ada,” Shahila merungut.
“Eh awak kan ramai kawan. Kalau saya tak ada, diorang kan ada?”
“Ala mana sama!” Shahila menguis pasir di depan rumah Midi.
“Awak, saya janji kita akan jumpa lagi,” Midi bersungguh.
“Tak payahlah pergi,”
“Mana boleh. Ayah saya kan kerja,” Midi terdengar keluhan sahabatnya.
“Shasha ingat janji saya ni,” Midi berkata lagi setelah Shahila lama membisu. 

Perpisahan itu menyedihkan. Midi hanya ada Shahila. Begitu juga Shahila. Anak orang paling kaya di pekan kecil itu. Midi terpaksa meninggalkannya. Mereka berpeluk seketika. Kanak-kanak yang kehausan kasih sayang menangis melihat sahabatnya hilang. Shahila tak sanggup hidup sendiri.

“Midi!!!!”

 Xxxxx

“Apa awak cakap?” Suasana mula menegang. Mereka berdua seakan perang dingin seketika. Nur Shahila merenung tajam. Kheef Haziq membalas pandangan wanita pujaannya.
“Saya kata jom kita kahwin,” Keluhan berat dilepaskan Shahila. Kheef tahu tunangnya pasti tak bersetuju. Dia tahu benar.
“Kheef awak ingat kahwin ni senang ke? Awak tahukan kita muda lagi?” Dengusan kasar dilepaskan seraya ayatnya tamat. Kheef memandang semula wajah kesayangannya.
“Shila, kita dah bertunang pun kan. Jadi awak tunggu apa lagi?”

Shahila membuang pandangan jauh ke KLCC nun di sana. Berat hatinya memikirkan soal kahwin. Bukan dia tak cinta pada tunangnya. Namun, banyak perkara yang menyerabutkan otaknya. Masih belum selesai masalah yang ditanggung timbul pula masalah yang lain. Apa lagi berkaitan hidup dan mati. Dia mati kutu. Dia buntu. Dia cuma mengharap tunangnya bisa memahami. Tapi malangnya tiada siapa yang mampu meredakan gelodak jiwa yang ditanggungnya. Kerisauan terhadap sesuatu tak berkesudahan. Dia diam sendiri.

Kheef mengajaknya pulang setelah lama mereka menyepi. Kheef pula kecewa dengan respon negatif dari tunangnya. Kadang terasa seperti dia yang terlalu mendesak tunangnya. Fikirannya juga berselirat.

Xxxxx

Rumahnya gelap. Shahila tahu mama dan papanya belum pulang. Dia mengeluh perlahan saat kereta Honda Civic tunangnya berlalu pergi.
“Lambat balik Ila!” Suara itu bergema. Terperanjat Shahila seketika. Papanya memandang dengan wajah bengis. Dia tahu apa nasibnya malam ini.
“Ila pergi makan dengan Kheef papa. Papa kenapa bergelap ni?” Soalnya perlahan.
“Itu tak penting. Suka hati papalah. Kau sibuk kenapa? Aku tak ada anak dara yang macam ni. Balik malam. Tak ada jam ke apa?” Suaranya lantang. Mood lelaki itu bukan dalam keadaan yang baik. Shahila tersentak. Lalu diam memilih untuk membisu saja.
“Aku tak suka. Kau dengan mama kau sama je dua kali lima. Buat rumah macam hotel. Kalau macam nilah gaya kau, baik kau putus je dengan budak tu. Dia pun sama dua kali lima. Tak boleh diharap langsung!” Bebelan itu pedih didengar.

Namun, itulah makanan telinganya hampir setiap hari. Hampir setiap hari mamanya hilang. Hampir setiap hari dia terpaksa memekakkan telinga. Hampir setiap hari tangan yang dulu sewaktu kecil mengusap kepala dan membelai bertukar menjadi tangan pendera. Shahila pasrah.

Xxxxx

Restoran itu kelihatan lengang. Matanya meliar. Tunangnya tiada di situ. Shahila jadi serba tak kena.
“Lambatnya dia ni,” Rungutnya perlahan.
“Tunggu seseorang?” Suara menegur dari belakang. Dia terus berpaling. Senyuman lelaki itu sungguh menawan. Shahila menguntum senyuman tanpa sedar.
“Aah tunggu tu..eh kawan saya,” Gagap dia menuturkan. Entah mengapa hatinya berat melafazkan perkataan tunang dari bibirnya.
“Saya dari tadi perhatikan awak. Lama sangat dia buat awak menunggu. Kalau saya jadi dia saya takkan biar orang menanti saya. By the way, orang sini ke?” Tanya lelaki itu ramah. Shahila tersenyum lagi.
“Aah lahir kat sini. Duduk menetap sini. Belajar kat sini dan kerja pun area sini,” Zaid ketawa dengan jawapan itu. Perempuan ini berbeza.
“Oh ya, saya bukan orang sini. So, memang tak arif pasal tempat ni. Tapi memang baguslah saya jumpa awak. Boleh awak bawak saya kenal tempat ni. Ye tak?” Hati Shahila bagai dipancing dengan kata-kata itu.
“Boleh jugak. Saya memang suka orang nak kenal tempat saya ni. Bukan apa, siapa lagi nak bangga dengan tempat tinggal sendiri kan?” Zaid ketawa senang.
“Okeylah cik…”
“Shahila,” Senyuman terukir lagi.
“Panggil?” Zaid mengangkat kedua-dua keningnya.
“Ikutlah. Mana awak selesa,” Mereka bertukar kad.
“Okeylah Shasha. I have to go now,” Zaid mengangkat tangan melambai. Shahila terdiam.  Kenangan lalu mengusik jiwa.
“Midi? Awak ke tu?” Tanyanya sendiri. Zaid telah lama berlalu. Yang ada Kheef tunangannya. Matanya menyala api kemarahan.
“Midi? Apa semua ni Shila?” Dia menghempas punggungnya. Api cemburu mula meresap ke jiwanya. Bukan main gembira lagi Shahila melayan lelaki lain di depannya.
“Saya tanya ni!” Shahila diam membatu.
“Shila awak jangan diam macam ni. Now tell me, siapa lelaki tu? Sebab dia ke awak tak nak kahwin dengan saya?” Suaranya dikendurkan. Bimbang orang sekeliling mendengar. Nanti kedua-duanya mendapat malu.
“Dia cuma orang luar. Dia tak tahu selok belok tempat kita ni. Tu je. Lagipun apa kaitan dia dengan isu perkahwinan kita?”
“Oh sorry sayang. Saya tersalah. Mungkin syaitan menghasut saya mengesyaki awak,” Kheef meraup wajahnya. Shahila tersenyum. Dia lega seketika.
“Eh Kheef jangan buat-buat lupa salah awak ye,” Shahila mencerunkan matanya.
“Apa salah saya? Awak ni,”
“Kenapa lambat? Sejam dah saya tunggu. Macam nak gila. Mujur ada mamat tadi. Hilang sikit bosan,” Senyuman terukir indah. Kheef diburu rasa cemburu lagi.
“Sorry, ada emergency tadi. Awak tahulah kerja saya macam mana kan?” Kheef meraih empati dari tunangnya.
“Baiklah saya maafkan. Jom order. Lapar dah ni,” Kheef tersenyum. Mujur saja tunangnya memahami. Kheef bahagia bersama Shahila. Hilang letihnya di hospital tadi. Pelbagai karenah manusia di sana. Letih melayan.

Xxxxx

“Let divorce!” Shahila tergamam. Pertengkaran kedua orang tuanya sudah memuncak.
“Papa janganlah macam ni. Kesian kat mama!” Shahila merayu. Tangisannya makin kuat tidak diendahkan. Malah sepakan diterima. Mamanya, Maria hanya terpaku di tepi tangga.
“Kau diam. Sebab tu aku tak bagi kau kahwin. Aku tak nak nasib kau macam aku. Kami tak bahagia, tapi sebab kau aku tahankan je rasa marah aku ni,” Hasyim bengis lagi.
“ Kau perempuan! Mulai hari ni kau bukan isteri aku. Aku ceraikan kau dengan talak 3. Sekarang kau berambus!!!” Papanya menjerit seakan histeria. Shahila menangis lagi. Mamanya kini bukan lagi isteri papanya. Bermakna mereka takkan tinggal bersama.
“Fine, aku suka dengan talak yang kau bagi. Memang itu aku tunggu selama ni. Kau pun jangan harap nak rujuk aku. Aku tak sudi,” Maria mengambil barangannya yang bersepah di lantai. Kakinya ditahan.
“Mama nak pergi mana? Please mama. Ila nak mama. Ila nak papa. Ila tak nak macam ni,” Shahila merayu.
“Kau diam Ila. Kau nak tinggal sini atau kau nak jadi minah sundal macam mama kau? Hei Maria, kau jangan harap satu sen pun harta aku,” Hasyim mendengus lalu menaiki tangga. Mamanya pula menghempas pintu kuat. Kini Shahila benar-benar sendirian.

Xxxxx

Bangku kosong diduduki. Shahila menangis sendiri di situ. Baginya dunia tidak adil. Mengapa kekayaan dilimpahi namun kasih sayang tak pernah diberi? Kenapa harus keluarganya jadi begini? Mengapa papa dan mamanya tak seperti orang lain? Semuanya menjadi persoalan. Hatinya benar-benar parah.

“Hei awak janganlah nangis,” Tisu dihulur. Shahila mengambilnya. Hatinya terubat sedikit dengan hadirnya seseorang.
“Kalau benar takdir awak begitu, awak kena terima. Menangis macam ni seolah tak terima apa yang Allah dah tentukan untuk kita,” Ceramahnya bermula. Zaid lama di situ. Dia nampak Shahila kesedihan.
“Jangan cakap kalau awak tak kenal saya,” Shahila geram. Dia memandang ke arah lelaki itu.
“Zaid!”
“Ya, ingat lagi nama saya Shasha. Tak sangka jumpa awak lagi. Kenapa sedih ni?” Zaid benar-benar mengambil berat.
“Zaid, saya tak tahu mana nak mula. Saya sedih. Memang betul kata awak, saya memang salahkan takdir.  Takdir kejam. Dia pisahkan mama dan papa saya. Dia pisahkan mama dari saya. Dia tak pernah…”
“Syyyyyhhh…jangan cakap lagi. awak tak takut kena panah petir nanti?” Kata-kata Zaid benar-benar menyedarkan keterlanjurannya. Lama dia di situ. Bersama Zaid menenangkan emosi.

Xxxxx

From: My Fiance
Please, Shila jangan buat saya macam ni.

“Hai siapa mesej?” Zaid menghulurkan air.
“Kawan,” Shahila terus minum air itu. Terasa pasir. Menipu bukan hobinya tapi entah mengapa dia tak mahu beritahu Zaid.
“Kenapa tak balas? Kalau ada hal penting, bagitaulah saya,” Shahila sekadar menggeleng. Orang ramai berpusu untuk pulang. Mungkin semuanya tak sabar berjumpa keluarga. Tanpa sedar air mata Shahila menitis lagi.
“Hei, Shasha janganlah macam ni. Kang orang ingat saya buli awak pulak,” Zaid gabra. Dia takut kalau perempuan menangis. Senjata yang sangat digeruni.
“Saya teringat mama saya. Lama tak jumpa dia,”
“Awak nak jumpa? Saya boleh bawakkan,” Zaid mempelawa.
“Boleh ke?”
“Boleh tapi dengan syarat,” Shahila berdebar seketika.
“Apa dia?”
“Awak, Shahila Hasyim dan saya Zaid Hamidi akan pergi dinner,” Shahila ketawa lucu.
“Apa yang kelakarnya,” Zaid bingung.
“Taklah. Setakat dinner, saya tak kisah pun. Lagipun awakkan kawan saya,” Zaid tersentak.
“Kawan je?” Zaid kecewa. Hatinya mula tertarik pada gadis di depannya.
“Aah kenapa wak? Zaid, awak mengingatkan saya pada kenangan dulu. Saya pun ada kawan nama Zaid tapi dia dah pindah. Lama saya tunggu dia,”
“Awak…sebenarnya sayalah kawan awak tu. Ingat janji saya? Yang kita akan jumpa jugak?” Zaid senyum. Tiba masanya dia membongkarkan rahsia.
“Hah? Serius? Awak Midi?” 

Hatinya melonjak gembira. Bunga yang makin suram warnanya kini kembang berseri. Dia seronok. Di sisinya ada tunang serta sahabat. Allah maha adil. Walaupun hidupnya seakan hujan berpanjangan namun Allah tetap hadirkan pelangi untuknya. Cintanya pada Kheef tak pernah terpadam. Cuma persahabatan Zaid terlalu berharga buatnya.

Xxxxx

Senyuman tak lekang. Masih bersisa. Tetamu ramai yang datang memeriahkan. Namun, mama dan papa tidak sudi pun menghadiri hari bahagianya. Kendurinya hanya di sebelah pihak saja. Dia seperti sebatang kara. Mujur ada suami penyayang.

“Amboi, meleret senyumnya. Macam kain dia jugak,” Ketawa Shahila mendengar. Hanya dia yang sudi ketawa bila Kheef buat lawak. Orang kata lawak bodoh. Dia tetap mahu hiburkan hati suaminya.
“Ada-ada jelah. Abang, ramai lagi ke? Penat dah saya ni,” Kheef senyum. Disekanya peluh menitik.
“Sayang, kawan baik awak mana? Tak sampai-sampai pun. Lepas dia datang bolehlah rehat,” Kheef membantu mengangkat kain yang meleret. Dia tak suka benar baju begitu. Tapi apakan daya, permintaan orang tua susah nak ditolak.
“Hah tu pun dia bang,”
Zaid melambai dari jauh.
“Midi, awak lambat!” Shahila menjegilkan matanya.
“Sorry, anak dara make up memang lama. Tu pasal saya lewat,” Ketawa spontan dari kedua-dua pengantin.
“Saya tak tahu pulak yang Zaid Hamidi ni auwww,” Giliran Zaid pula ketawa.
“Hei, apalah laki bini ni. Bukan aku anak dara. Ni hah sebelah aku ni. Kenalkan Ainul,” 

Sengihnya menjadi-jadi. Zaid juga mempunyai pasangan kini. Sia-sia saja Kheef cemburu. Sememangnya persahabatan mereka suci. Tak syak lagi. kheef bahagia dengan Shahila begitu juga Zaid dan Ainul. Bukankah jodoh pertemuan telah ditentukan sejak azali lagi? Percaya pada jodoh. Itu yang utama. Moga cinta mereka mekar hingga ke syurga. Amin!

Cerita ini berdasarkan gambar di S7W. Rakan yang join adalah Nong Andy dan Reenaple. Jemput terjah okey. Cinta penuh dengan kejutan, kadang kita takkan sangka apa yang akan jadi seterusnya.

10 comments:

Eza Boom Boom said...

best citer ni.. like2 :D. Kalau sahabat tak semestinya jadi suami isteri kan? jodoh di tangan Allah :D

yey! hepi ending :D

Nong Andy said...

Best!!!!!!!!!

sampai tak tau nak komen mcm mana :)

paling suka ayat
" Shahila terus minum air itu. Terasa pasir. Menipu bukan hobinya tapi entah.."

Ini Kisah persahabatan suci. teringat citer hindustan petang tadi-Billu

segelas airmata aku tgk citer tu tadi hehehe

*Iffah! aku jeles. nak gak buat kisah persahabatan mcm ni.. :)

Eimma said...

weeee.. ingatkan kheef x jadi ngan shila..hek3

reenapple said...

wahhhh... aku ingat ending Shasha dengan Midi but unfortunately it's not. Nice.. =)

Anonymous said...

wanita yg baik itu akan menundukkan pandangan dr semua lelaki yg bukan mahram kecuali suaminya... dan ayat yg paling tinggi dr mulut seorang suami tatkala melihat jenazah is3nya adalah ... "Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini telah redha kepadanya... maka ku mohon kepadamu Ya Allah ...redhalah kepadanya" ... sy x layak comment disini ... maafkan sy...

Bidadari Syurga said...

adoi... awal2 dah ada konflik... perghhhhhhhh best gila ending dia... bersahabat mcm ni kalau ada memang hapenning... cumakan sedih bila ending family shasha mcm tu aja... hurmmmmm....

ps: ganas tahu kispen ni... mcm drama aja...

stalker hebat ! said...

sedikit kuciwa sebab mereka tak bersama.sobsobsob--'

**hehe^^ cite nie pon best jugak.cumil je.weeee~~

kiera'sakura said...

kan kan.. x semestinya bila dua bersahabat perlu menjadi kekasih.. suka suka..hihihi

Eera Shera said...

igtkan zaid dgn shahila..tp x pe la dorg ttp kwn baik kn

EL MARIACHI said...

join jangan tak join..terbaekkk!!!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers