CORETAN TERBARU NADH

Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts

Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik banner klik banner macam tak biasa kannnn

Syarat-syarat dia mudah sahaja :-
Follow blog fuh.my
Masukkan blog Fuh dalam bloglist korang
Tekan g+1 fuh.my
Buat entry bertajuk "Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My"
Linkkan banner macam aku buat ke blog fuh.my
Tinggalkan link blog dalam entry INI.

#Kalau aku join korang yang baca mesti join, tak rugi sebab trafik blog ni tinggi kot... Mudah je kot syaratnya. Siap dapat duit lagi. Siapa tak nak kan? Nak tahu kena terjahlah blog fuh dot my dulu. Muhahaha semangat berblogging kini kembali.

Segmen bloglist tambah follower Paripariputih

Klik banner kalau nak join

Dengan suka citanya aku update blog pakai hp je. Jangan tanya kenapa lama aku tak update entry. Aku rasa semangat tu pergi setelah dia pergi. Mohon salahkan dia.

By the way, aku harap korang dapat join segmen mak angkat aku ni. Dahlah comel macam Kak Ton. Rugi tak join. Beliau ada rahsia besar yang aku pun tak tahu apa. Mohon tanya sendiri kat Jemah.

Jemah oh jemah, kalau nak buat segmen agak-agaklah copypaste entry si Umar. Nampak sangat ko sedang bermain-main. LOL senget rupanya mak angkat yang tak mampu aku angkat. Eh!

Syarat segmen mudah je. Korang tengok sendiri kat PariPariPutih okey? kbai!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Segmen Bloglist Bulan April Lelaki Ini

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik pada gambar dan akan muncul orang handsome ni kat skrin korang
LOL aku telah dipaksa oleh Mamat handsome, kacak lagi bergaya seperti dalam gambar untuk membuat entry sekaligus join segmen menabah beliau. Demimu adik Anuar Zain, aku turutkan. Umar aku join ni, jom karok sepapan dua lagu. Hafiz ke Anuar ke. Kira hadiahlah kan.

Sebab Umar cakap sayang kat Jemah, aku pun nak jugak rasa disayangi. Jadi aku join. Nampak tak permainan dia? LOL 

Okey berhenti merepek. Terjah blog jejaka ganteng dari Negeri Sembilan ni kalau nak tahu siapa dia, kacak sangat ke? Sampai ramai gadis-gadis buat segmen dia ni. Haha kbai =P

SEGMENT MATI KUTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik je kat banner sengal ni untuk ke blog empunya segmen
Malam gelap sekali. Zaimah dan Umar merayau di pekat malam. Setiap halangan mereka tepis dengan hemah. Risau pemilik hutan belantara tersedar kegiatan mereka setiap hari. Terutama sewaktu gelap sebegini.
"Umar, jom rehat kejap..." Zaimah kepenatan. Dia sangat haus.
"Alah kau kak, kat sini tak banyak hasil. Kalau nak berjaya tak boleh cepat letih tau..." Umar bersila. Dia turutkan juga sahabatnya. Mereka menguis-nguis tapak yang mereka duduk.
"Kau kena faham, aku kan warga emas. Dah-dah kita minum kat sini je... kalau kau tak kenyang, kau pergilah depan lagi. Aku tak larat dah..." Aduan Zaimah menimbulkan rasa simpati. Lantas Umar dan Zaimah minum selaju mungkin. Dahaga sangat keduanya. Sedang asyik mereka menghisap, mereka terasa gegaran yang melampau.
"Weh gempa bumi ke?" Zaimah mengelap mulutnya. Cecair terpercik di mukanya.
"Ah, minah ni dah bangun aku rasa. Jom blah weh..." Umar pantas bangun. Cuma Zaimah saja yang terkial-kial. Dengan sekali libasan, Zaimah terpelanting. Angin terlalu kuat datang. Umar hanya mampu menjerit melihat sahabatnya terjatuh ke lantai.
"Zaimmmmmmmaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh!!!!" Tangisan jantan meraung yang sangat tragis membawa Zaimah pergi. Akhirnya, Zaimah mati dipijak Minah gergasi. Hanya Umar yang meraung dari hutan belantara. Beribu sesalan pun tiada guna. Demikianlah kisah kematian seekor kutu bernama Zaimah.

Tamat! Nama dan cerita adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. LOL

#Selamat bersegmen korang. Mohon join dan serlahkan bakat korang =P
#Gambar kena PM? PPP, kau kan secret admirer aku, haruslah banyak gambar aku kat kau. Mohon ambil yang mana berkenan =='
#Setiap nama pelakon ada magic, mohon klik =P
#Tag : MIKO 1 PACK, ZAITUL SAMEON, NONG SUGAR GLIDER, AIN SENGET, DIKBO LESUNG BATU dan yang nak join dipersilakan.

Impian Mampu-Abang Stalker

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apakah? Klik orang hijau untuk join bersegmen
Aku lama dah tak join segmen kan? Untuk tidak menghampakan Leeza, kawan blogger yang telah tag aku. Aku join. Lagi satu sebabnya segmen ni ada tema. Beramal dan bersegmen, Apakah? Maknanya setiap penyertaan dikira seringgit. Jadi Abang Stalker akan upkan seringgit untuk mendermakannya ke rumah anak yatim. Kira secara tak langsung kita beramal sama. Tak guna duitpun, cukup dengan hati ikhlas bukan?

Dah-dah Abang Stalker tanya tentang impian. Impian aku ialah;

Aku nak jadi Iffah Afeefah yang baik. Aku nak sangat orang ingat aku dalam setiap doanya. Sebab aku nak jadi Iffah Afeefah yang sentiasa berbuat baik dengan semua orang.

Okey apa tunggu lagi, meh join dan menyumbang sambil bersegmen. Aku kena tag. Aku nak tag. Sedia semua??? Maaf yang aku tak tag. Aku ambil dari bloglist je. Secara tak rasmi siapa yang baca entry ni aku tag korang juga. Selamat membantu anak-anak yatim...

Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama phat corner

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sila jangan muntah dengan segmen. Ini adalah segmen kedua tentang raya. Pengsan! Kali ni aku nak buat sebab kena tag dengan cik Ana. Kesian pulak, dah tag penat-penat tak nak join kan? Kali ini Encik Phat punya segmen.
Klik banner untuk join
Encik Phat tanya kat mana aku beraya tahun ni. Ini kira bonuslah. Korang tak payah susah-susah tanya aku beraya kat mana lepas ni. Haha malas nak jawab. Hari raya pertama aku akan beraya dengan Family Seri Iman kat Kajang. Lepas solat dan makan aku gerak ke Bangi. Raya rumah Atuk Nenek belah ayah. Esoknya bergerak ke Kelantan di rumah Mek tercinta. Mek dah sakit sangat. Kesian dia. Hurmm lepas habis cuti aku akan beraya di Melaka. Serang semua rumah cikgu-cikgu sebab dah tahun akhir di Melaka. Entah bila nak jejak lagi kan?

Okey itu je dapat aku kongsikan. Mulalah gatal tangan nak tag ni. Haha.
Kak Kiera
Kak Kiera
Kak Kiera
Kak Kiera
Kak Kiera
Kak Kiera
Kak Kiera
Kak Kiera
Yang lain tak ditag kat sini boleh rujuk entry INI sebab anda ditag di sana.

QASEHSUCI : KAD RAYA QASEH

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Masa untuk bersegmen. Berapa tahun aku dah tak bersegmen eh? Hehe demi Qaseh aku turutkan. Lagi satu bagi menjayakan misi mengumpul kad raya. Setakat ni kad raya aku dah tiga. Ada beberapa otw. Harap sempatlah kumpul kan. Siapa nak bagi kad kat aku boleh pm mintak address =)
Kad raya untuk korang-Google
Qaseh tanya pengalaman aku menyambut raya. Masa kanak-kanak dulu aku paling teruja balik kelantan. Sebab? Tengok permandangan. 8 jam kot aku tak tidur sepanjang perjalanan. Lepas tu kumpul duit raya. Makcik pakcik aku selalu kasi RM10 dan ke atas. Tak main seringgit dua. Masa tu kamilah paling kaya. Haha lepas tu beli aiskrim jeruk. Selalu duit raya aku mencecah RM200 je. Tak pernah dapat banyak. Sebab tak rajin melawat jiran tetangga =P

Okey bagi membolehkan aku menang kad raya. Aku nak tag kawan-kawan maya yang kena join jugak. Aku tak kira! Haha.

Cukuplah sampai situ. Tak larat nak tag dah. Haha korang semua nak join bolehlah klik kat sini ye. Terima kasih menjayakan misi mengumpul kad raya aku. Haha.

SEGMEN ANDA BIJAK | UJI TAHAP GEOGRAFI ANDA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku join sebab RajaPropa punya segmen macam best. Nampak sangat tak ada kerja kan?
Klik sini okey

1.
a.Durian Daun, Melaka
b. Tanjung Bidara, Melaka

2.
a. Paya Ikan, Melaka
b. Sungai Siput, Perak

3.
a. Bukit Merah, Perak
b. Ayer Hitam, Johor

Saya suka baca blog Pak Cek Biola kerana penulisnya sungguh propa. Dia adalah raja segala propa. Proparazzinya beliau di realiti =P.


Jom join. Sila jangan tiru jawapan aku. Babap kang!

SEGMEN | QASEH AJAK KENAL KAWAN BLOGGER

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sila jangan terkejut aku join segmen. Setelah berkurun lamanya. Aku dijemput khas untuk join. Jadi rasa segan pulak tak join kan?
Klik sini untuk join
1. Tentang aku?

Nama Iffah. Umur 23 pada bulan FEB nanti. Single and available for marriage only. Eceh! Belajar ditahun akhir ijazah yahoooooo!

2. Tujuan buat blog?
Nak buat enovel dan cerpen banyak-banyak. Tapi sekarang sedikit terpesong. Biasalah manusia kan?

3. Blog aku suka lawati?
e) Haji MUDA (Saja jaga hati)

4. Komen pasal blog QASEH, okey je. Cuma bak kata HJ, font tu susah nak baca. Yang lain best. Entry menarik. Siap buatkan aku doodle lagi. Baikkan Qaseh ni? Hah satu lagi, bila klik kat nama dia tak keluar profile. Jadi susah nak terjah blog dia. Mujur ada kat bloglist aku hehe.

Sesiapa yang bosan bolehlah join. Dengar kata ada hadiah. Mari lekas. Kita meriahkan dunia blogger yang makin kelam ditelan arus kebosanan. Ayuh! 10 malam ni iaitu pada 2 JAN 2012 segmen tamat!

Ps: Dia menghilang terus.

Segmen Santai Blogger II

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik Banner abah untuk join
MAKANAN KEGEMARAN:
Nasi lemak. Banyak sebenarnya=P

MINUMAN KEGEMARAN:
Ice Blended Choclate Mint Green Apple

TAG:
Jiran dan Opah!!!

Ps: Malas tag dia. Werk

Segmen eera: impian dan harapanku bersama blog

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
KLIK SINI
Aku nak menyokong rakan blogger. Segmen! Lama tak join. Apa impian aku? Aku dah ceritakan kat entry lepas. Sila klik sini untuk baca. Apapun semua keep on blogging. Sentiasa menyebarkan yang baik tu je harapan aku.

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
KLIK BANNER UNTUK JOIN
Aku kembali bersegmen. Ini sebab adik boboi dah tag. Ini segmen AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Teringat zaman sekolah cikgu Sejarah mengajar tentang AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Mula aku tak faham kenapa kena belajar.

Tapi bila makin dah besar. Dah ada pengalaman mengajar anak didik yang juga ANAK MALAYSIA MERDEKA. Bila nampak mereka yang ketandusan ilmu tentang apa yang dimaksudkan dengan AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.

Aku mengaku semangat menyambut Hari Merdeka makin lama makin kurang. Ini bukan salah sesiapa. Salah diri sendiri yang mula lupa tentang AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Kebetulan aku mengajar dua minggu berturut-turut makin lama makin semangat pulak nak mengaku AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.


Bila aku dengar video pengisytiharan kemerdekaan pada 31 OGOS 1957. Memang sangat bangga bila dengar sebab sememangnya AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Aku memang dilahirkan di MALASYIA. Aku bangga sebab hidup di MALAYSIA.

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA menyeru kepada semua orang jangan hanya menyambut merdeka dengan konsert, dengan sambutan, dengan bunga api sana sini tapi hati tak pandai memahami dan menghargai perjuangan setiap tokoh kemerdekaan kita yang bersabung nyawa demi menyelamat negara dari jajahan penjajah.

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA juga menyahut cabaran berkempen untuk semua pembaca menghayati apa erti kemerdekaan sebenar. Adakah kamu semua bangga mengaku yang kamu ANAK MALAYSIA MERDEKA?

Adakah cukup dengan hanya melaungkan AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA? Cukupkah dengan mengaku kamu AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA kamu sudah layak menjadi anak MALAYSIA? Kalau benar mengaku AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA buktikan kepada nusa bangsa. Jangan hanya gah mengibarkan JALUR GEMILANG?

Yang penting AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Aku ada cara menyatakan yang aku memang bangga  dengan melaungkan AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Yang lain-lain macam mana? Jika bangga, marilah sama-sama menghayati perjuangan tokoh terdahulu. Sekian.

ORANG YANG AKU NAK TAG:
Ps: Dia dah join. Korang bila lagi?

Segmen: Kenangan Bersama Kad Raya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik sini
Kad raya?

Last dapat dua hari lepas. Kak Fadh bagi. Yeyeh, sila jeles. Tunggu kad Kak Mas pulak.

Dulu rajin bagi kad raya kat orang. Sampai orang jauh tu pun aku kasi. Tapi semua tinggal kenangan.

Sekarang dunia makin maju. Makin dilupakan. Last main gantung-gantung kad raya kat rumah masa umur 6 tahun.

Masa duduk kat Ipg Islam kat Bangi. Ada gambar lagi. Er tak boleh tunjuk gambar tu. Sebab ada budak tak pakai tudung lepas tu muka tepung gomak. Serius lawak.

Ingat lagi aku bagi kad raya kat member sekelas yang rapat. Selit-selit je kat buku. Last-last dia baca masa lepas raya. Sengal punya budak.

Kejutan tak menjadi. Tapi satu je aku suka kad raya. Boleh simpan sampai mati. Kad-kad lama aku masih simpan. Kenangan tu=)

Ps: Dia tak nak kasi kad raya ke?

Segmen Angah Ini Blog Jiwa Jiwa : Ertinya Cinta Pada Anda

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik header angah ni ye
Cinta? Bila kata cinta aku mesti tersenyum. Aku suka bab-bab ni. Kalau copy paste ayat sendiri kat header boleh? Haha pemalas punya budak. Okey-okey aku serius.

Cinta sungguh subjektif. Lain orang lain pendapat tentang cinta. Sampaikan tak ada satu falsafah cinta yang kena dengan jiwa orang yang berlainan. Cinta itu indah. Pastinya membuai rasa bila dihinggap anugerah Tuhan yang esa. 

Siapa yang tak mahu cinta hadir di dalam jiwa? Menipulah. Cinta yang mengasyikkan bisa membuatkan kita lalai. Sungguh cinta membawa bahagia dalam pada masa yang sama boleh menjerat diri ke arah kedustaan, kekecewaan dan pengkhianatan.

Cinta bukan tertumpu pada hati insan malah cinta ini luas jika nak diperkatakan. Namun sebelum cinta sesama manusia singgah apa kata kita sama-sama semai cinta kepada diri sendiri. Ramai sudah lupa cara mencintai diri sendiri. Cintailah diri kamu sebelum kamu membuka hati mencintai insan lain.

Cintailah diri seadanya. Cintailah diri dengan menggunakan seluruh anggota ke arah kebaikan. Cintailah diri untuk mendekatkan cinta kepada yang esa. Tolonglah cintailah diri kamu tanda kamu menghargai cinta yang Allah beri tak terhingga buat sekalian hambaNya. 

Cintailah wahai manusia. Tak rugi untuk mencintai, dicintai, menyintai, cintakan seluruh alam yang tersergam buatmu. Cinta itu terlalu agung jika mahu diperlekehkan. Cinta itu terlalu universal jika diceritakan. Cintailah yang maha mencintai. Wassalam.

Ps: Cintailah dia sebagai insan yang wujud di dunia ini.

BLOG PILIHAN SAYA IALAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Senarai blog pilihan:
Sebab dia selalu tinggalkan komen kat blog ni. Selalu dah terjah balik. Terima kasih!

Suka blog korie. Selalu ada je dia nak kongsikan. Best!

Haruslah suka. Teman konvoi pergi serang UM ni hehe.

Sebab segmen dia selalu buat aku terfikir. Dia pernah kata aku kreatif!

Siapa tak kenal mamat gedik ni? Tuan tanah hijau merangkap jiran. Oh jiranku Nadh haha.

Budak bukan sebarang budak. Budak logam ni selalu terlajak tidur haha.

Ini retis. Kenapa kena pilih dia? Sebab dia aku kenal ramai orang dalam dunia blog. Sunah =)

Retis kuasa dua. Dia nak balik Madinah dah. Tak ada orang nak sakat aku lepas ni. Kan HJ kan?

Mama Zul. Dia selalu tertukar Iffah dengan Aimie. Aimie tu opah aku tau.

Pilih dia sebab dia ajarkan buat watermark. Tapi sampai sekarang tak terbuat lagi. Tak ada installer lagi.

Sebab dia suka blog aku. Haruslah suka blog dia jugak. Hehe

Padlie banyak buat aku terfikir. Lama sudah follow dia ni.

Ini? Tak kenal? Mari berkenalan dengan dia. Header flash tu. Ehem* Blog dia pun best. 


Okey, sudah senaraikan. Korang boleh terjah. Tengok apa yang best. Aku nak terjah jugak. Bagitau diorang terpilih. Wah bangga kan orang pilih kita. Terima kasih Mak Dara!

Ps: Blog dia ni pun best. Cuma dia tak join segmen ni pulak. Haha

PAPA BEN NAK BLOG DENGAN SEGERA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Santai Bersama BEN ASHAARI
KLIK SINI
Ps: Dia berjimba rasanya.

Tak nak merokok bersama pilihan hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik sini

Haruslah aku join tanpa dipaksa. Nampak entry kat negara jiran. Ehem jiranku Nadh punya negara hijau. Aku benci rokok. Jadi kena join. Review ke tak belakang kira. Jomlah berhenti rokok weh. Penat aku paksa, pujuk, sindir, maki. Grrr tak berubah jugak. Tunggu hilang nyawa baru nak berhenti ke?

Slogan aku:
Harga rokok tak mahal mana, 
namun boleh buat hilang nyawa.

Ps: Nasib dia tak merokok.

KAMI BLOGGER PRIHATIN


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Santai Bersama BEN ASHAARI
Klik Sini
Semalam nak join tapi tak sempat. Busy memanjang. Hari aku join. Lambat join tak bermakna tak prihatin.

Sampai sekarang aku tak sanggup nak tengok video ni. Serius takut.

Ps: Dia buli aku!

PAPA BEN, PENDAPAT SAYA IALAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ehem dah sihat terus join segmen=P
Santai Bersama BEN ASHAARI
klik kat muka papa tu
Pendapat aku? Adalah rahsia=P

Ps: Dia menghilang.

MENCARI BLOGGER KREATIF

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
BA_favicon03
klik sini
Ps: Dia solat agaknya.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers