CORETAN TERBARU NADH

Ada aku kisah???

1. Dari mana dapat nama blog?
Dari satu cerita sal perempuan tu buta pekak dan bisu.  korang search kat google kompom ado! Aku UBAHSUAI menjadi blog title aku based on pengalaman~~~agak jiwang kan? 

2. Maksud disebalik nama blog?
Dah tertera kat Header...tak perlulah kot terang panjang lebar lagi hehe~~

3. Siapa orang kuat blog?
Top 5 follower aku, tanpa korang blog aku bersawang tanpa pengunjung. UMPAMA restoran yang terperusuk di bawah tanah tak ada orang perasan.

4. Angan-angan terhadap blog?
Semoga blog ni tak berkurap, berkudis, bernanah (dijangkiti AIDS) dan di lempar telur busuk...(siyes!)


5. Kalau nak tukar nama blog , korang nak tukar nama apa?
ADA AKU KISAH? cam ganas, brutal kan? aku tak berhajat nak tukar pun~~~

6. Kalau berkemampuan , korang nak iklankan blog korang tu kat mana?
Kat Majalah Vogue~~~wakaka tak penah terpikir pun...lagipun blog tak gah mana kan...

7. Blog yang pastinya wajib disinggah setiap hari?
Blog top5 follower i la...blogusanglagibersawang, ayeemayam, blog yang ada resepi, blog yang ada enovel yang best2~~~banyaklah kau! semua nak korek...



8. Sila lengkapkan..
SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA . . .sebab dia best! EH bukanlah, puji blog sendiri nampak...ko nak kena baling telur busuk yang berlendir-lendir ke? OMAIGOD! Tok sei ambo!



Kembali serius di depan lappy sendiri yang tunggu ajal menjemput~~~
saya sangat-sangat suka kat belog saya ni sebab saya dapat tulis apa-apapun yang saya suka. saya bukan kreatif, dahlah buta IT.  Nak manage blog pon tengok TUTORIAL.  (Kesian gila muka anda!) But apa yang penting this is my blog secara HALAL jadi ia menggambarkan saya.  no hipokrit, juz i, me and my self ++++++membe2 yang support i~~~KAMSAHAMNIDA!




sila jawab:::
tehah
nan
tika ashari
juhaidah
anis
kak fyra


Post by,
Miss Ran 

Saya ada tapi kamu?

saya ada diri saya
saya ada diri kamu
tapi mengapa
selalu saya rasa kamu tiada
tiada
susah sangat nak ada
sebab kamu selalu tiada
kamu dan diri saya tak sama
selalu tak bersama
sebab kamu tiada juga
kenapa kamu tiada
masa kita terhad
kamu dan saya tiada
sampai bila saya hanya ada
bukan kamu yang ada
untuk bersama saya
saya ada dan seperti selalu kamu tiada
bila kamu ada
saya pula takkan ada
sebab saya dah lama tiada
masa itu saya tiada
sebab kamu sia-siakan masa
masa yang sentiasa bersama saya
kamu tiada bersama
masa mengikut saya
pergi tinggalkan semua
kerna saya telah tiada
masa ini hanya kamu yang ada~~~~



Post by,
Miss Ran 

Dari Dapur Seri Iman 3

Assalamualaikum anak-anak..
Hari ni mak nak share satu lagi resepi..alah mudah sangat...budak kecikpun boleh...
yang da besar jangan tercabar...cepat-cepat masuk dapur sekarang...hehe resepinya ialah JELI KELAPA...


Kalau orang melaka memang dah biasa pergi bazaar or pasar malam dan dengar 'JELI KELAPA PANDAN SEJUKKAN BADAN' hehe...buat apa bazirkan duit...mari kita masak sementara cuti sekolah nikan...kenapa tajuk dibawah dipilih? lu pikiaq sendirik k...


~~~JELI KELAPA INSTANT~~~


Bahan-bahannya ialah:::


Satu paket serbuk jeli kelapa (rujuk gambar1)
Kelapa muda (tak kiralah madu ke pandan)

isi dan air kelapanya sekali
Air 2 Liter...boleh sukat pakai botol mineral besar
(kalau nak lebih lembut jelinya boleh tambah sedikit air lebih kurang 500ML lagi...bergantung pada air kelapa banyak ke sikit)

Gula 200 gram..kalau nak lebih ok juga..manis gitu


Cara membuatnya:::

1.Panaskan air.
2.Letakkan air kelapa sekali dengan gula.
3.Apabila mendidih, barulah masukkan serbuk jeli satu paket.
4.Kacau perlahan. bila sudah larut tutup api dan sejukkan sebentar.
5.Sediakan bekas seperti di bawah atau bekas yang lain mengikut kesesuaian dan juga citarasa anda.

6. Masukkan isi kelapa muda ke dalam bekas.
7. Baharulah masukkan jeli tadi.
 Hasilnya begini:::

pesanan penaja:::Boleh dibuat ole2 masa kenduri atau jamuan seperti ini...


Okey, bukan susahpun kan? bolehlah anak-anak cuba ye...mak bukan pandai pun masak...mak hentam je..janji sedap kan...akhir kata dari mak masaklah untuk diri jika malas masak untuk orang lain...hehe


Post by,
Miss Ran 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers