CORETAN TERBARU NADH

[Contest] Jejaka Terhangat Nak Bagi Henpon Free..!!!

klik banner untuk dapat handset!!!
Sebab::: Satu hari aku jalan-jalan. Tetiba ada suara macho menegur dari belakang. Apalagi terkejut beruk aku dibuatnya dan handset cikai aku terhumban dalam longkang yang dasyat sangat baunya. Memang dah tak nampak apa dah dalam tu.


Mamat tu dah panic at the disco. Aku nak marah takut. Jadi aku pura-pura pengsan kat tepi longkang busuk. Aku nampak jejaka terhangat itu ketakutan. Dia mengeluarkan handset untuk telefon seseorang. Lama dia berborak dengan cemas. Akhirnya aku tak tahan bau longkang sangat umppphh dan aku terkulai.


Sedar je aku tengok tak ada siapa kat klinik. Aku bangun keluar dari klinik dengan malunya. Terlihat kelibat jejaka terhangat berdiri di BMW latest. 


Aku terpaku dengan BMW bukan terpaku di tangan jejaka terhangat ada handset yang serupa dengan handset aku yang dah arwah. Kat situ jugaklah aku menangis terharu...The end!

tagged:::
http://payongemox.blogspot.com/
http://sharmhassan.blogspot.com/
http://www.budakbotak.com/
http://www.izamirridzwan.com/
http://www.sissyira.com/
http://budaknakal.com/


Post by,
Miss Ran 

Giveaway eqbalzack "SEDUT KASI ABES!

klik banner untuk join

Termengah-mengah aku berlari. Berita tadi sangat mengejutkan aku. Nafas ditarik, oksigen ku sedut dalam-dalam. Penat tak terkata. Berpeluh aku untuk sampai ke pertandingan itu. Ya, pertandingan impianku. Entah macam mana lewat sampai berita. Hari makin suntuk. Pertandingan telah mula. Idea tiada. Kering bersama peluh jantanku tadi.

Aku terus terduduk. Kecewa yang kurasakan kini. Hampa menyelinap seluruh pelusuk sanubari. Malang tak ku sangka telah tiba. Saat penting kini tak lagi bermakna. Aku kekeringan buah fikiran.Ya memang aku tak kreatif seperti seman dan dolah. Tapi aku tak malu untuk mencuba.

Aku kini malu sendiri. Sebabnya aku sudah tak layak bertanding. Aku kalah sebelum bertanding. Aku hanya mampu sedut nafas sahaja. Masih terasa letih. Kaki mula terasa sakitnya. Sia-sia larianku tadi. Andai aku dapat undurkan masa. Aku ingin sedut semua sampai habis!


Post by,
Miss Ran 

Suai kenal BLOGGER BARU : Edisi Februari

BEN ASHAARI
KLIK BANNER UNTUK JOIN

WWW.1TUBE.MY memang best. Boleh kalahkan youtube. Senang cerita alam maya semakin maju. Banyak video yang diupload. Dapat sambutan terutama kalangan blogger. Ada pernah tengok tutorial pakai shawl lagi. Memang seronok. SOKONG 1tube!

DUNIA BLOG DI MALAYSIA SEMAKIN MENARIK KERANA blogger baru telah tumbuh macam cendawan selepas hujan. Tanpa had umur membolehkan kita berceloteh di alam maya tanpa mengira tentang usia masing-masing. Now everyone can write with their own creativity. Ini sangat bagus sebagai landasan yang betul supaya mereka tak membuang masa terutamanya anak muda zaman sekarang. Selain menambah ilmu pengetahuan dan mengetahui hal isu semasa. Memang rasa macam segala dihujung jari!

Post by,
Miss Ran 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers