CORETAN TERBARU NADH

Di hujung ranting terakhir

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hidup aku bagai semut kecil yang sentiasa melangkah ke hadapan. Laju melangkah ke atas pokok yang tinggi sekali. Langkah mengecil namun perjalanan masih jauh. Aku tetap teruskan juga demi mencapai puncak tertinggi pokok harapanku.

Kini sudah tiba masanya. Di saat-saat terakhir langkahku kian lemah. Longlai. Kaki terhenti di hujung ranting tertinggi. Sakit yang aku rasa tak tertanggung. Penat lelah kian memuncak. Ibaratnya jika aku terhenti di sini maka aku selamanya di sini. Tapi jika aku sampai ke hujung ranting sana maka ada dua jalan.

Satu mati jatuh ke bawah dan satu lagi aku hidup selamanya di atas pokok yang tinggi. Masihkah ada harapan untuk aku berdiri megah di hujung ranting sana? Atau aku masih tetap terhenti di tengah ranting yang hampir ke situ. Aku diam. Aku menangis sendiri. 

Sedar tak sedar kakiku melangkah. Aku ada di hujung ranting itu. Yang aku usahakan selama ini berhasil. Yang aku cari akhirnya ku temu. Yang pasti tidak jatuh ke bawah. Yang pasti aku ada di hujung ranting dan kekal di situ. Tersenyum melihat jalan yang aku lalui selama ini. Aku tersenyum dan ia melebar. Puas!

Aidil Adha tiba lagi

Maaf. Itu je yang aku boleh katakan. Aku lama tak online kan? Janggal nak menaip balik. Haha. Cerita raya haji aku kali ni di kelantan. Baru lepas menempuh jammed subuh hinggalah zohor.

Kelantan dan jem tak dapat dielakkan rasanya. Lagi-lagi masa raya. Mujur aku tak bawak kereta. Oh ya, tahun ni ibu, ayah, pakcik, makcik, kakak sedara ambil bahagian korban. Teruja makan daging setiap hari. Kegilaan aku tu.

Insyaallah tahun depan aku pun nak ambil bahagian. Doakan aku. Kalau dapat kerjalah kan? Minggu depan exam. Dua minggu lagi nak habis belajar. Tak sangka kan? Okey, sambung tengok innocent man.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Susah sangat ke?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Nak tanya korang ni, susah sangat ke nak cakap sayang kat seseorang yang memang benar-benar korang sayang?

Nak cakap lagi. Korang tak takut ke nanti terkilan sebab tak mustahil esok kita tak ada lagi di dunia?

Aku malu. 
Aku segan. 
Nanti orang gelakkan aku. 
Gelilah sebut perkataan sayang tu. 
Eh sayang tak perlu diluahkan dengan kata-kata. 
Perlu ke nak cakap sayang?

Pesanan aku yang terakhir; ajal tak tunggu kita. Ucaplah sebelum terlambat.
Ayah, Ibu, Kaklong, Dilah, Nini, Mad, Jimah, Ena, Ecah, Ayin, Menna... Saya sayang semua keluarga seri iman sangat-sangat *Blushing*
Kawan-kawan kat sekolah dulu, aku sayang korang walaupun lama tak jumpa dan tak serapat dulu... 
Sahabat baik di IPG selama 5 tahun, aku rasa aku paling rapat dengan kau LJ. Gem kau selalu on off jadi kurang sikit sayang. Jangan cemburu antara satu sama lain. Aku sayang korang. Itu sudah memadai kan? Yang lain pun sayang.
Kawan-kawan blogger, alam maya... Yang selalu PM, yang selalu komen, yang selalu mesej, yang selalu hang out. Sayang korang jugak. Yang sedang baca juga =)
Korang nak malu apa? Just say it. Aku malu jugak sebenarnya, sebab tu aku tulis entri dan bukan secara face to face. Oh ya, maaf nanti aku try bw. Esok aku exam KISSM. Siapa pandai apa itu KISSM? 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers