ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Antara kahwin dan tanggungjawab? Ingat kahwin ni senang? Ingat
kahwin ni untuk akad nikah, majlis sanding dan makan-makan. Tak! Kahwin bukan
cerita pasal sehari tu je. Banyak lagi hari mendatang kena tempuh. Siapa yang
kahwin awal dan berjaya, aku ucapkan tahniah. Jodoh dah sampai, siapa kita nak
menghalangnya kan?
Tapi bila berkisarkan tanggungjawab semua jadi tak tentu
arah. Bila jadi isteri, secara tak langsung tanggungjawab sebagai isteri itu
kena pikul. Yang suaminya pun ada tanggungjawab. Ya, kahwin itu tentang
tanggungjawab. Bukan untuk cinta semata-mata. Itu fantasi namanya.
Kahwin awal tidak salah. Lagi digalakkan. Tapi ingat,
tanggungjawab itu perlu digalas juga. Dulu kita ada tanggungjawab sebagai anak,
pelajar, pekerja misalnya. Kini status berubah. Kalau rezeki anak cepat, jadi
ibubapa pula. Tanggungjawab bertambah. Kalau tak sedia nak pikul tanggungjawab
jangan kahwin dulu. Fikir masak-masak.
Kalau rasa belum sempurna tanggungjawab sebagai anak jangan
nikah dulu. Boleh ke macam tu? Halang orang mendirikan rumahtangga? Ingat, walaupun
dah kahwin, tanggungjawab sebagai anak jangan dilupa. Pandai-pandailah kita
membahagikan masa kita untuk menyempurnakan tanggungjawab.
Jangan ingat orang kahwin muda sebab nak lari tanggungjawab.
Jangan sesekali. Tak salah kahwin muda. Mak ayah dia benarkan, apa tunggu lagi.
Tanggungjawab anak membahagiakan mak ayah pun ada. Jika kahwin menggembirakan
dan menyenangkan hati mereka, kahwinlah. Ingat, tanggungjawab sebagai anak dan suami atau isteri
kena seiring. Semoga insan yang nak kahwin hujung tahun ni mampu menggalas
tanggungjawab yang diamanahkan. Jangan terus takut nak kahwin pulak ye =)
Ps: Mana ada aku dah kahwin atau nak kahwin grrrr. Miko suka buat propa tau HAHA~~~
Ps: Mana ada aku dah kahwin atau nak kahwin grrrr. Miko suka buat propa tau HAHA~~~
33 comments:
Tanggungjawab tu la yang melahirkan cinta sebenar....
jika masih tidak yakin mampu menggalas tanggungjawab yang sangat besar tu, rasanya tangguhkan dulu niat nak kawin tu..hehehe
asam garam dik... tp seronok kawin...:)
Dah x sabaq ni iffah ni.. :)
cakap pasal kawenkawen nie..mmg best kn..haha!
akak kena tag http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_02.htm
akak...sorie...salah tag. hee >_<
kawen muda digalakka unt elak maksiat ;)
ramai la yg khwin muda sekarang,
kita pun rasa terpanggil.
tp studi dlu kot
kahwin oooo kahwin...
sekarang musin org cakap sal kahwin kan..
betul. kahwin bukan isu kita berdua tapi tangani masalah keluarga bersama. sanggup? jalan...
kawen memang ada tanggungjawab dan perlu pengorbanan..make sure dah betul2 bersedia baru fikir kawen.
mmg besar tanggungjwb bila dah kawen..suami maupun isteri kene la saling bekerjasama..
sorry wei lama tak jenguk blog ko.. sampai ko nak kaween pun aku tahu..haha
betul ! prkahwinan sgt besar tanggungjwbnye..
teringin tapi sabar ajelah dulu..hik3..
betul.. kene seiringan dengan tanggujawap bila dah kawin.
setuju! jangan pikir seronok excited ari nak kawin tu je. ari2 mendatang pastu pun kne pikir kan gak.. =)
nak kahwin ni biar etol2 ready.byk tanggungjawab nk kena pikul lepas kahwin.stakat nak main2 baik x yah
alaa tbe2 takot pulak nk kawen awal ;))
eh..eh... jgnlah ckp macam tu.. nanti ramai yg takut nak kawin ahahahaha...
ya. tentulah kawin itu satu tanggungjawab.. tapi insyallah. step by step kita akan terbiasa dgn tanggungjawab tu.. sebab tu ada kursus kawain. jadi jgn lupa attend kursus tu k.. :D
iffah kite da jumpe link nye. psl herbalife kan.. hiks.. bkn awk nak kawen ke iffah.. cerite la. cerite laaaaa
Fuhhh situasi sukar ni nininini
betullah cikpah ..kawen gan tanggugjawab tu mesti seiring !!
dat why suamisteri ...
tak ke nampak nama tu kombine sekalik..
beb , tengs for da wish au..
nak tutti fruttii..
When someone writes an article he/she retains the image of a user
in his/her brain that how a user can understand
it. So that's why this article is perfect. Thanks!
Feel free to visit my web blog Zuma Games
fikirkan tanggungjawab be4 buat kptsn. leeza tabik dgn mrk yg dh kawin masa belajar lagi. sbb mrk seorang yg hebat krn dpt pikul tanggungjawan dlm rumah tangga dan pelajaran...
tringin nak kawin..~ :D *dushh* gatai anak orang..huhu. ^^,
org nk kawen kak tp mcm taknak pulak. blh mcm tu?
Aku rasa sebab aku tak bersedia nak pikul tanggungjawab sebab tu aku tak bersedia nak kahwin lagi.. ekeke.
better kawn awal dariapda duk berkepit 24jam mcm dah kawen... tp belum kawen.. kan ifa? deno ada sedara perempuan yg kawen umo20 tahun... tp kesian suami sbb isteri lagaknya mcm belum kawen... nak bebas.. tu la kan, nak kawen awal fikir baik2 dulu sbb ada tanggungjawabnya ... deno lewat kot, skrg pun single... ngehngehngeh... ^_^
tanggungjawab tu la bukti cinta tu benar-benar tulus kepada pasangan. Moga Allah mempermudahkan urusan jodoh kita. Amiin.
nak kawen..nak kawen..gatalnya..hek3
=D
cantiknyaaaaaaaaaaaaaa warna warni background kat belakang:)
mcm akak buat entry tue. pape pun sblm kita nak mula buat apa2 tetapkan niat kerana Allah. bukan atas sbb2 tertentu sbb nanti takut hati kita terima apa yg ada depan mata dgn perasaan terpaksa bila terpaksa mula la kita tak tenang nk berdepan dgnnya.
huhuhu kahwin senang. nak laksanakan tanggungjawab lepas kawen tu payah huhuhuhu
teringin nak kawin tapi x terfikir pun nak kawin.. jadi cmna tu..
hihi.. Iffah umo berapa nie dik ?? hahah... insyaALLAH kalau dah memang itu yang ALLAH tetapkan & mendapat restu serta keredhaan ibubapa, setiap masalah pasti dapat diselesaikan dengan baik kan?kan?
Post a Comment