CORETAN TERBARU NADH

Tentang lagu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Amboi masing-masing terkejut aku layan lagu 'Paramore- Ingnorance'. Sebenarnya, kawan baik aku sibuk nyanyi lagu tu. Aku terjoin sama. Yalah, kawan itu bisa mempengaruhi tahu? Kalau baik dia, baiklah kita. Itupun kalau kita ikut yang baiklah.

Setiap lagu ada makna tersendiri. Dan lagu 'Ignorance' tu sangat kena dengan jiwa aku ni. Kan aku kata, hayati lagu tu. Lagu tu bukan untuk dedikasi kat pakwe bagi aku. Ya, tentang kawan. Macam mana dari tak kenal kita mula membina hubungan yang bernama persahabatan. Kemudian mula disulami rasa sayang dan percaya.

Tapi dengan tak semena-mena kawan jadi lawan. Hanya kerana satu punca yang tak ketahuan. Masing-masing memendam rasa lalu menjadi dendam. Dari sedikit bertambah parah. Sebab apa? Masing-masing tak reti meluahkan. Akhirnya kawan itu menjadi orang yang lain. Asing. Sangat asing.

Padahal dulu kawan. Rapat macam adik-beradik. Stranger! Ya, lagu 'Ignorance' membuatkan aku mengerti situasi kawan jadi lawan. Kawan jadi orang asing. Berselisih umpama tak kenal siapa. Kau dengan hal kau. Aku juga begitu. Bukankah agama kita melarang tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari? Aku bukan pandai sangat nak kemukakan hadis atau bukti. Tapi sekurangnya aku masih berpegang pada ajaran yang aku tahu.

Jadi, lagu kadang kala baik untuk didengar dan dihayati. Mana yang baik kita jadikan teladan dan pengajaran. Harap korang yang ada masalah dengan kawan tak jadi macam lagu 'Ignorance' ni. Berbaiklah dengan kawan anda. Tak salah kalau kita mengalah demi sebuah persahabatan. Sampai bila nak jauhkan diri hanya kerana hati yang telah disakiti?

13 comments:

Tihara said...

pernah alami situasi ni...tapi kalau jumpa insha Allah akan tegur mcm biasa, cuma nak rapat macam dulu is say no..tiada dendam tiada lagi sakit hati cuma bila kita tau perangai sebenar seseorang jadi mcm trauma kan..pandai2 lah teruskan hidup :)

Nong Andy said...

kadang.. susah nak cakap depan.. susah nak tanya

" apa masalah kau? kau ada tak puas hati dengan aku ke.. kalau ada minta maaf"

tapi bila org mula elakkan diri, aku akan buat bodoh. aku akan tetap macam biasa walaupun aku terasa aku di 'abaikan' lama-lama.. kawan itu mungkin saja dengan sendirinya lupa 'amarah'nya itu.. siapa tahu.

*ada satu kawan dulu, tak mahu tegur aku.. sebab dia marah (yg aku tak tahu dia marah sebab apa, pasal dia tak bagitau dan aku tak tanya) tapi aku just buat macam biasa. layan dia macam biasa. tiba2 2 minggu kemudian dia minta maaf.. er...? kenapa? sebab dia rasa bersalah layan aku macam tu sedangkan aku tetap baik dgn dia..

tapi lain org lainlah ragamnya. Harap kau terus tabah dan bersabar iffah.

Rapunzeel Cikilolo said...

aku pun pernah. somehow, bertahun lepas tu kami kembali jadi kawan :)

paripariputih said...

gelak tawa dan usikan teman adalah lagu yang senitasa bermain di hati dan sanubari ku :)

Novelgurl said...

kkdg kita mengalh.dia y keras hati.Huhu.cobaan.

kiera'sakura said...

mcm akak walau perit rasa sbb dihargai satu masa dulu tue tp akak buat tatau je. sbb kdang kita tatau yg sebenarnya dia ada sebab 'menjauhkan' diri dari kita tue kan. ;)

Aziela said...

I'm not a good friend. Bila orang kecik hati, dan kita try nak jernihkan suasana, and the other side keep on sulking, I will angkat kaki.

Bad..bad..bad...

ika said...

lagu ni pernah nyanyi kat karaoke,btw suker3xxx..

reenapple said...

kau layan paramore? Hebat! Boleh jadi geng ni.. huhuhu

TiranaAduka said...

salam iffah.
Singgah ptg

aku HaniAsyira said...

selalu jadi macam tuh.. selalu nampak lah.. bila dah besar senang jadi cm tu.. kwn punya kamceng.. pastu.. hmmm..

Noraim said...

tak suka kalau bergadoh dgn kwn ni. tambah2 kwn baik sendiri. perit tu tersgt kak.

kay_are said...

pernah gak gaduh ngan member laki aku, punca die biskut je.. sampai ke form 5 nak spm baru salam.. sekarang bile pikir balik jumpe kawan tu, macam bodoh je gaduh sebab tu.. =__=

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers