CORETAN TERBARU NADH

Di hujung ranting terakhir

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hidup aku bagai semut kecil yang sentiasa melangkah ke hadapan. Laju melangkah ke atas pokok yang tinggi sekali. Langkah mengecil namun perjalanan masih jauh. Aku tetap teruskan juga demi mencapai puncak tertinggi pokok harapanku.

Kini sudah tiba masanya. Di saat-saat terakhir langkahku kian lemah. Longlai. Kaki terhenti di hujung ranting tertinggi. Sakit yang aku rasa tak tertanggung. Penat lelah kian memuncak. Ibaratnya jika aku terhenti di sini maka aku selamanya di sini. Tapi jika aku sampai ke hujung ranting sana maka ada dua jalan.

Satu mati jatuh ke bawah dan satu lagi aku hidup selamanya di atas pokok yang tinggi. Masihkah ada harapan untuk aku berdiri megah di hujung ranting sana? Atau aku masih tetap terhenti di tengah ranting yang hampir ke situ. Aku diam. Aku menangis sendiri. 

Sedar tak sedar kakiku melangkah. Aku ada di hujung ranting itu. Yang aku usahakan selama ini berhasil. Yang aku cari akhirnya ku temu. Yang pasti tidak jatuh ke bawah. Yang pasti aku ada di hujung ranting dan kekal di situ. Tersenyum melihat jalan yang aku lalui selama ini. Aku tersenyum dan ia melebar. Puas!

24 comments:

reenapple said...

berusaha sehingga ke penamat. Jangan mudah putus asa!!!!

Ismi Iman said...

lama iman xdtg sini cz iman pon jrg on9 dgn kebizian hidup bujang crik duit lbh nh..iman nk pesan jgn dok kt hujung ranting kang jatuh spe nak tolong??tapi xpe iman sambut akk dri bwh hehehe

hnahdy said...

susah payah lalui semua tu :)

cimöt said...

hidup yg penuh liku2..sama je laa cam ranting tu jugak kan...pokok pangkal nya, kita kena kuat,tabah dan sabar..

boni kacak said...

semoga berjaya awak :) <--saya harap komen saya ni selari dengan entri ni.hhaha

CikNana said...

hujung ranting terakhir tu la perjalanan muuu..hye,saya follow sini.:)

Mieya Atiera said...

Yup, setuju dengan pendapat di atas. Usaha itu tangga kejayaan.

Eza Boom Boom :) said...

Risiko pasti ada di setiap langkah kejayaan :) yang penting kena positif selalu ^^

kiera'sakura said...

betol tue adik. kalau kita cuma mengeluh memikirkan jalan didepan tanpa berusaha melaluinya kita tetap bukan sesiapa. sekurangnya bila kita dah berusaha kita punya dua jawapan. berjaya atas usaha/ gagal dengan usaha atau gagal tanpa berusaha ;)

akak bangga dengan adik akak nie ;)

aku HaniAsyira said...

biarpun penat tetap berusaha kan..

leakedknowledge said...

Yup, setuju dgn komen-komen yg berada di atas aku ni.smuanya bernas2..meraka dh ambik smua point2 penting smpaikan ak xtau nk komen apa...so ak trolling jer..bahhahahaha

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

dalam hidup, kadang ada orang mudah nak rasa lemah. tapi, tak juga mengalah. walaupun lambat, walaupun perlahan, bila dah sampai pada apa yang kita nak tuju, mesti rasa lega.
semoga tercapai apa yang dicitakan... ^^

maszull said...

assalamualaikum iffah...setelah berusaha bersungguh2 akhirnya kejayaan jua diperolehi...:)

Aziela said...

Dah tiba di ranting terakhir dan teratas, tinggal kembangkan sayap dan terbang tinggi jer...

Cikgu Ma said...

berkat usaha ^_^

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

syukur alhamdulillah..akhirnya berjaya ke akhir garisan

kay_are said...

usaha tangga kejayaan.. so jangan berhenti berusaha.. susah senang tu sume dugaan.. =)

Sunah Sakura said...

i pun nak jadi macam semut tu..please....let me be...dah terlalu penat tersekat kat lubang pokok ni!

-meeSUPERGIRL- said...

yg penting usaha ;)

zila manaf said...

cayok3

Nong Andy said...

yeah.. aku tahu kau boleh.. kau semut yang comel yang paling gigih :D

maitimie said...

kita yg tentukn jln hidup kita :)

efa nur said...

ini lah yg dinamakan kehidupan..
setiap perjalanan ada cabaran,ujian dan rintanagn tersendiri..

setiap sakit kita,suka duka sedih hiba semua dapat di atasi dengan usaha dan azam yg gigih..demi kejayaan..

yg penting bersyukur dgn setiap kurniaan yg Maha Esa :)

nice entry!
gud luck kembo! :)

Encik H said...

keinginan untuk capai puncak tertinggi tu akan tetap ada..akan terus ada selagi hidup bersama nyawa..

kejatuhan pula adalah risiko yang sentiasa ada..kekal di tempat yang sama bukan bermakna kita akan terus tetap di tempat sama..

tapi Alhamdulillah la..at least kita still bersyukur dgn apa yang ada..dalam masa yg sama, tetap cuba memanjat biar puncak setinggi mana..:D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers