CORETAN TERBARU NADH

Terlalu selasa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kau dah terlalu selesa bukan? Selesa dengan kemewahan. Selesa dengan kepatuhan. Selesa dengan segalanya yang ada di sekitar. Sampaikan kau lupa yang selesa yang dirasai kini bukanlah sesuatu yang kekal.

Kau selesa mengarah orang yang patuh arahan. Sedangkan orang itu sedang memberontak dalam diam.

Kau selesa dengan kebaikan yang orang tawarkan hingga lupa yang makin lama tawaran ikhlas berubah menjadi tidak.

Kau selesa dengan kemewahan, sedangkan kau lupa yang kemewahan kau itu bukanlah hakiki.

Kau selesa menuding jari menyalahkan orang, apa kau sudah lupa yang sebenarnya kau yang salah.

Kau selesa mengatakan pendapat tanpa kira bahawasanya orang yang mendengar sudah muak dengan kata-kata kau.

Kau terlalu selesa bukan? Ah persetankan semuanya. Kau tak perlu gusar. Sebab kau sangat selesa membuli, mengarah, marah-marah bagai ada kuasa di tanganmu. Kau raja dan aku cumalah hamba. Dan kau lupa, aku ada senjata rahsia. Doa orang teraniaya. Kau harus ingat tu. Jangan terlalu selesa.

22 comments:

Everything's Everythings said...

Uh thanks mengingatkan ^^
marahkan siapa ni?

Cikgu Ma said...

aku tak selesa begitu

**baca tajuk terlalu selasa ^_^

Rapunzeel Cikilolo said...

kadang-kadang orang tak sedar apa yang dia buat...

paripariputih said...

Aku rasa selesa jika aku tahu ianya dilakukan dengan IKHLAS...

akak comot said...

keselesaan buat diri kurang bersyukur kadang kala

Aziela said...

Memang ramai manusia seperti ini yang wujud dalam dunia. Mereka lupa siapa mereka.

Mieya Atiera said...

Yup, betul tu. Tak mustahil jika satu hari nanti kita bakal kehilangan rasa nikmat selesa tu

Asrul "iLham" Sany said...

marah kat sapa ni???

Jna marcello said...

sabar awk..org yg terlalu selasa tu tak fikir dye akn berada jugak kat tempat yg dye rasa lagi sangat tak selesa..

kiera'sakura said...

mungkin sesekali kena 'goncangkan' orang tue supaya dia tak terlupa ;)

maszull said...

assalamualaikum iffah...mekacih yer atas ingatan ini...:)

-meeSUPERGIRL- said...

awk tak ckp dkat sy kan ... hehe . takot3 .. kih3

CikZaitul said...

aku tak selesa lak bila baca :)

Miraa Mustafa said...

Sabar lahh :')

Dda Ly said...

sometimes memang kena keluar daripada comfort zone tuh... lama² terlalu selesa memang bahaya..huhu

kalau rajin jom singgah kedai saya..
~gorgeous closet~
keep in touch ye..♥♥♥

Novelgurl said...

sabar je la.Ya,org teraniaya makbul doanya.so be steady.n to those..be ready.

shinji izac said...

uih...jgn marah sgt...

wan G Silk said...

kenalah sentiasa bersikap sederhana dan ingat mengingati satu sama lain...kan?

ahsfantasy24 said...

sakit temgok orang yg berlagak
saat dia berada di atas..

Nong Andy said...

terlalu selesa sampai lupa.. aku harap aku tidak terlalu selasa dan tidak terlalu lalai hingga lupa.. insyallah..

Noraim said...

betul, doa org teraniaya tu makbul insyaAllah.

kay_are said...

harap2 r aku tak jadi camtu satu ari nanti.. amin..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers