CORETAN TERBARU NADH

Impak komen

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ingat komen ni main suka-suka je tinggalkan jejak lepas tu dia balas. Serius, aku akan buat bila aku tak menghayati apa yang aku baca. Misalnya, aku letih dan perlu habiskan BW dan memang akan ku komen merapu. Tapi aku sedar aku khilaf.

Sebenarnya komen ni beri impak negatif mahupun positif kat empunya blog. Kadang kita memerlukan pendapat dan akhirnya orang tu komen entah apa-apa. Kadang lari dari tajuk. Tak ke pelik tu? Kita jadi makin buntu adalah. Tugas mereka memberi pencerahan. Supaya mudah empunya blog buat keputusan.

Ada juga yang terus menghentam bertubi-tubi. Itu salah. Ini rugi. Kau jangan buat tu. Kau jangan buat ni. Dosa. Apalah. Banyak sangat komen negatif sampaikan empunya blog punya moral down sebab ada komen-komen yang tak membina malah reti mengkritik je. Susah kan jadi peninggal komen?

Jadi, pengajarannya jangan komen sebarang. Makan boleh sebarang makan, kata jangan sebarang kata. Kelak badan kita yang binasa. Ingatan bersama =)

#Thanks leeza atas review yang memuji blog aku melambung ke langit. Kembang kuncup sekejap =P

26 comments:

Anonymous said...

ha'ah.hehe.setuju2.kkdg sy cmtu gak.sma la cm berckp cuma klo komen leh adjust2 bg nmpk cntek sket bahasa.klo slh leh pdm.keh2.

Encik H said...

erkk..terasa ni..terasa ni..hahaha

memang dah biasa bagi komen2 merapu..tapi bukan bermakna tak baca..kadang2 komen ni lebih kepada credit yg kita beri untuk menghargai effort penulis..

so that, bila ada org komen2 blog dia, dia akan lebih semangat and seronok untuk taip entry2 seterusnya..:D

abang bro EL said...

errr..no comment..hehehe...

Cikgu Ma said...

ya...kalo komen sembarangan cukup buat tanda senyum sudey...tak pun kalo x paham entry jgn komen...^_^


**dah baca blog leeza tadi

dhiashahida said...

tula...kdg2 tahap pemahaman org ni berbezaa...ada yg nmpak gni begitula..huhuhu
salam singgah n follow dr saya..:)

EkaTikah said...

betul tu.. kite minta pandangan, tpi lain yg dibginye.. hihi.. tp takpe, aslkan komen yg elok2 ok la tu :)

MalizaMah said...

isyhh... leeza puji ikhlas kot. coz like u writing dear. plus status di fb pun leeza suka baca.....
wlpn kadang2 tak tahu nk tulis apa. sbb leeza nk tulis gak kat status iffah, kang takut kawan2 leeza terbaca, mula ckp leeza nk cari gaduh. kawan2 leeza adakala suka pk leeza nk mcm ada prob dgn mrk jer.

Khalilah said...

Huhu penah jadi macam tu, ade blogger agaknya baca entry tak abis, tetiba nak hentam sakan... Lepas tu terus buat comment moderation. Tak boleh biarkan amalan memburukkan org berleluasa...

Moral... kalau betul nak komen beriya bagai, baca entry pun biar baca beriya bagai... :)

Nong Andy said...

adakala terpaksa nak komen merapu, bukan sebab tak baca.. dah baca tapi tak tau nak komen macam mana.. last2 out of topic jadinya :D

Unknown said...

yup, betul tu. Jangan komen secara membabi buta. Baca entri sekerat jalan, terus komen.

reenapple said...

yeah setuju. Haha. Aku pun kadang3 aku buat juga... ehehe. =)

Efa Nur said...

no komen no komen no komen....hahahaa



setuju sgt ngn entri nie..
errkk..kdg2 mmg xtau nk komen ape..
so, no komen...hikhik :p

Anonymous said...

betul jugak tu. kengkonon nak komen semua blog.

aku pun belajar dr kata2 ko hari ni...

Aziela said...

akak komen untuk berkongsi pendapat. Merapu? Adalah sesikit..hehehehhe

Unknown said...

kite komen sebab nak beri pendapat ataupun menidakkan tulisan penulis... ikut pendapat msg2 la kan....

boni kacak said...

hehehe..sebab tu sebagai seorang blogger atau owner blog, kita kena berjiwa kental.. kental sekental2nya.. kita akan menghadapi pelbagai ragam daripada pembaca.. sampai satu tahap, akan ada komen yang hentam , mencarut kat awak dengan kata2 kesat dan kurang ajar.. sebab tu kt kena sentiasa sabar dan kuatkan hati kita.. saya sendiri pun pernah kena caci dengan cik anon. apa lagi kena perli dengan blogger2 lain..tapi buat tak tau je.. biarkan je dorang nak kata apa pun. yang penting, kita tau apa yang kita buat dan kita tak menyusahkan sesiapa.. bukan nak kata saya bagus dan bukan terniat nak tunjuk hebat kat awak.. tapi sekadar untuk dijadikan renungan kita bersama. saya pun bukan sesiapa.. maafkan saya kalau ada tersentuh hati awak ye..

ika said...

betul3x....-_-"

Nana Lee said...

saya blogger baru dan saya belajar sesuatu hari nie..mekasih..:)

aku HaniAsyira said...

merapu tu selalu tp xlah sampai nak bg komen negatif sesaja kan.. komen mcm eratkan antara satu sama lin.. rh2.. dah berubah wajah eih blog

Unknown said...

aku komen merapu ikut hati tanpa otak :)
tapi tu jarangggggggggggggggggggggggggggggggggggggg

Jna marcello said...

ye btul tu awk..kekadang laru topic smua..ada yang terlalu pandai menghukum org kan kan?

TiranaAduka said...

salam iffah.
Pekabar..?

Huhu..ape pun terima kasih sudi luahkan.

نورعيم said...

kalau xfhm entry tu, tu yg jadi komen merapu. haha.

Dayang Deno said...

ifaaaa!!!!!! cantiknyaa!!!!! terkejut deno dtg blog ifa yang berwajah baru!!!! hihi... rindu nak dtg sini... :)

kan... sesungguhnya mmg komen memberi impak kan? ifa, sori.. deno jrg dtg.. skrg tak sht..... rasa nak lari dari hosp... huhu

Kira Sakura said...

akak kadang2 buat gitu kalau entry dia mcm berat sgt and tak paham jln cite huuuu. tp klu ada persoalan kat situ akak baca sampai habis :)

kay_are said...

sebab tu sebelum komen kne faham dulu ape yang ditaip.. baru r takde salah faham dalam komen tu terjadi.. =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers