CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Di hari jadimu sayang...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Petang itu hanya dipenuhi dengan bunyi unggas. Entah mengapa hatinya mulai sebak mengenangkan kisah lama. 11 Januari 1988 masih terpahat di ingatan. Anak lelakinya yang tersemai dalam rahim selama 9 bulan lamanya akhirnya merasai udara di bumi. Bernafas sendiri tatkala keluar dari pintu rahimnya. Dia tersenyum dalam kesakitan. Kelegaan amat terasa.

Wajah sedikit tua tersenyum. Lelaki yang tinggi lampai itulah anaknya. Bercermin mata. Dia kini boleh berbangga kerana melahirkan anak soleh seperti itu. Pandangannya masih terarah ke anak bujangnya.
“Mak…” Sayup kedengaran suara garau memanggil si ibu. Tiada balasan suara. Hanya pandangan yang menghantar kasih sayang yang tak berbagi buat anaknya.
“Mak… kenapa pandang orang macam tu?” Anak bujangnya mengambil tempat disebelah ibunya. Risau pula melihat si ibu termenung jauh.
“Tak. Mak tengok kamu ni dah besar panjang pun. Dulu masa kecik kamu selalu menangis…” Hujung nadanya ada tawa. Seronok mengenangkan kisah lalu yang dilalui bersama bapa si anak. Indah kenangan itu.
“Ish mak ni. Malulah orang. Orang dah besar. Mana nak nangis macam dulu lagi…” Laju Mohamad menjawab.
“Alah kamu nak malu apa dengan mak ni? Mak yang besarkan kamu. Mak tahu, dah besar ni pun ada kamu menangis. Tapi biasalah anak lelaki mana nak tunjuk. Malu kan?” Mengekek si ibu ketawa. Mohamad berubah tingkah. Malu teramat.
‘Mana mak aku tahu ni? ishhh…’ Tak mampu dia luahkan depan si ibu. Malu.
“Mak ni mak Mad tau. Kalau Mad sedih mak yang rasa dulu. Tapi kalau mak yang sedih Mad takkan dapat rasa dulu…” Sebak. Mohamad terdiam. Ada benarnya kata ibunya. Sungguh tinggi naluri keibuan. Hanya para ibu dapat merasai nikmat itu.
“Mak… Mad… hurmmm…” Kelu lidahnya untuk berkata. Apalagi memeluk ibunya. Lelaki dan ego. Mohamad tidak rapat dengan ibunya kerana ibu seorang perempuan. Dia perlukan lelaki untuk memahaminya. Sebab itulah dia jarang menceritakan masalah kepada ibunya. Tapi, sedalam mana masalah yang dia pendam ibunya tetap dapat hidu. Sungguh ajaib.
“Mad, kalau ada masalah yang tak dapat kongsikan dengan mak… Mad boleh kongsikan dengan Allah. Allah kan sentiasa ada? Jangan malu. Sebab kita semua datang dari dia. Dan juga akan kembali kepadaNya. Mak pun takkan lama di dunia. Entah esok lusa mak dah tiada. Tapi Allah tetap ada nak…” Titisan mutiara jernih menitis perlahan. Mohamad terpana. Diam tak terkata. Wajah ibu dipandang lama. Perlahan jarinya mengusir titisan air mata di muka ibunya. Dibuang ego tinggi menggunung. Pelukan dihadiahkan kepada ibunya. Di hari jadinya, ibu menangis didepannya. Di hari jadinya ibu mewasiatkan nasihat yang benar-benar menusuk ke dada. Sungguh inilah hadiah terbaik yang Mohamad inginkan selama 25 tahun bernafas di bumi fana. Air mata seorang lelaki gugur juga demi kasihnya anak kepada ibu. Demi cintanya hamba kepada Tuhannya yang satu.
“Selamat hari jadi Mohamad… anak mak…” Mohamad tersenyum dan bahagia. Indah sangat perasaan itu. Sungguh dia tak mampu nafikan yang sayang kepada ibunya melebihi sayang kepada insan lain kerana itulah insan yang pertama bertahta di hati.

Tamat.
Cerpen ini ditulis istimewa buat Miko aka Encik Kopi pasta di hari jadinya yang ke 2__ tahun. Semoga dia terus menjadi anak yang soleh, kawan yang baik dan juga bila dah kahwin nanti jadi suami serta ayah yang baik anak-anaknya. Miko, selamat hari jadi. Kau jangan nak terharu sampai nangis pulak =P Haha…

17 comments:

reenapple said...

selamat hari jadi juga la.=)

Dikbee said...

happy besday Miko.. semoga panjang umur, murah rezeki, terus jadi anak yang soleh & cepat2 kawen...hehe

misz aisya said...

huhu.untungnye kopi pasta dpt cerpen khas. huhu.

walaupun kita dah dewasa, tp ibu bapa akan tetap jd org yg mampu tenangkan hati kita. :)

Nong Andy said...

Iffah.. kalau aku yg terharu boleh? kekekekekek...


Selamat hari jadi Kopi Pasta....

Anonymous said...

hahahha...


selamat pagi ehh..
mcm salah wish lak..


mad la tuh??

mad mad.... :)

zool said...

Salam..

selamat hari jadi
tumpang tanya sikit.. boleh lawat blog saya kat sini
http://ligakampung.com/blog/projek-usahasama-buat-enovel/
ada projek sikit

Orkid Edyliyne said...

oh... ^^

Unknown said...

haha LOL...yang angka akhir ko buang tp tahun lahir tu ada jer...org boleh kira la umur aku berapa gne kalkulator =.='

MalizaMah said...

hadiah hari jadi.. cerpen.. iffah ni mmg idea melimpah2 erk.. tahniah,

L said...

selamat hari lahir.. semoga menjadi anak yg soleh. amin..

Yanty Lee said...

~ Happy Birthday ~

anak ayah said...

sanah helwah :)

semoga sentiasa hidup dalam keberkatan ALLAH.

boni kacak said...

kalau penulisan ataupun drama atau pun filem yang melibatkan kasih sayang ibu bapa dan anak, saya pasti akan tersentak... dan sebak...

Naniey TJ said...

amboi sejk jd pganggur dh byk perubhn dlm pnulisan...kuikuikui.... nice stry..... aq ske...ad bunga bhs...b'main dgn kata2...oh...xlme lg ko blh la tls nvel klu cmni

Unknown said...

TQ cik pipah utk entri ni...aku terharu. sobs sobs *buat muka sedih terharu* dan terima kasih yg doakan aku. org2 yg kat atas aku ni :) err, nk kne bg free hug ker? :P

Kira Sakura said...

betul la kasih ibu nie dapat bau dlu kita sedih atau apa. dan dengar suara dia jer kita boleh rasa tenang :D

#Hepy besday miko

kay_are said...

macam dapat hidu something antara ko ngan mamat ni.. opss! =P neway selamat ari jadi kepada yang berkenaan.. untung ade orang wat cerpen khas spesel untuk besday..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers