ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Petang itu hanya
dipenuhi dengan bunyi unggas. Entah mengapa hatinya mulai sebak mengenangkan
kisah lama. 11 Januari 1988 masih terpahat di ingatan. Anak lelakinya yang
tersemai dalam rahim selama 9 bulan lamanya akhirnya merasai udara di bumi. Bernafas
sendiri tatkala keluar dari pintu rahimnya. Dia tersenyum dalam kesakitan. Kelegaan
amat terasa.
Wajah sedikit
tua tersenyum. Lelaki yang tinggi lampai itulah anaknya. Bercermin mata. Dia kini
boleh berbangga kerana melahirkan anak soleh seperti itu. Pandangannya masih
terarah ke anak bujangnya.
“Mak…” Sayup
kedengaran suara garau memanggil si ibu. Tiada balasan suara. Hanya pandangan
yang menghantar kasih sayang yang tak berbagi buat anaknya.
“Mak… kenapa
pandang orang macam tu?” Anak bujangnya mengambil tempat disebelah ibunya. Risau
pula melihat si ibu termenung jauh.
“Tak. Mak tengok
kamu ni dah besar panjang pun. Dulu masa kecik kamu selalu menangis…” Hujung
nadanya ada tawa. Seronok mengenangkan kisah lalu yang dilalui bersama bapa si
anak. Indah kenangan itu.
“Ish mak ni.
Malulah orang. Orang dah besar. Mana nak nangis macam dulu lagi…” Laju Mohamad
menjawab.
“Alah kamu nak
malu apa dengan mak ni? Mak yang besarkan kamu. Mak tahu, dah besar ni pun ada
kamu menangis. Tapi biasalah anak lelaki mana nak tunjuk. Malu kan?” Mengekek
si ibu ketawa. Mohamad berubah tingkah. Malu teramat.
‘Mana mak aku
tahu ni? ishhh…’ Tak mampu dia luahkan depan si ibu. Malu.
“Mak ni mak Mad
tau. Kalau Mad sedih mak yang rasa dulu. Tapi kalau mak yang sedih Mad takkan
dapat rasa dulu…” Sebak. Mohamad terdiam. Ada benarnya kata ibunya. Sungguh tinggi
naluri keibuan. Hanya para ibu dapat merasai nikmat itu.
“Mak… Mad…
hurmmm…” Kelu lidahnya untuk berkata. Apalagi memeluk ibunya. Lelaki dan ego. Mohamad
tidak rapat dengan ibunya kerana ibu seorang perempuan. Dia perlukan lelaki
untuk memahaminya. Sebab itulah dia jarang menceritakan masalah kepada ibunya. Tapi,
sedalam mana masalah yang dia pendam ibunya tetap dapat hidu. Sungguh ajaib.
“Mad, kalau ada
masalah yang tak dapat kongsikan dengan mak… Mad boleh kongsikan dengan Allah.
Allah kan sentiasa ada? Jangan malu. Sebab kita semua datang dari dia. Dan juga
akan kembali kepadaNya. Mak pun takkan lama di dunia. Entah esok lusa mak dah
tiada. Tapi Allah tetap ada nak…” Titisan mutiara jernih menitis perlahan. Mohamad
terpana. Diam tak terkata. Wajah ibu dipandang lama. Perlahan jarinya mengusir
titisan air mata di muka ibunya. Dibuang ego tinggi menggunung. Pelukan dihadiahkan
kepada ibunya. Di hari jadinya, ibu menangis didepannya. Di hari jadinya ibu
mewasiatkan nasihat yang benar-benar menusuk ke dada. Sungguh inilah hadiah
terbaik yang Mohamad inginkan selama 25 tahun bernafas di bumi fana. Air mata
seorang lelaki gugur juga demi kasihnya anak kepada ibu. Demi cintanya hamba
kepada Tuhannya yang satu.
“Selamat hari
jadi Mohamad… anak mak…” Mohamad tersenyum dan bahagia. Indah sangat perasaan
itu. Sungguh dia tak mampu nafikan yang sayang kepada ibunya melebihi sayang
kepada insan lain kerana itulah insan yang pertama bertahta di hati.
Tamat.
Cerpen ini
ditulis istimewa buat Miko aka Encik Kopi pasta di hari jadinya yang ke 2__ tahun. Semoga dia terus menjadi anak yang soleh, kawan yang baik dan juga bila
dah kahwin nanti jadi suami serta ayah yang baik anak-anaknya. Miko, selamat
hari jadi. Kau jangan nak terharu sampai nangis pulak =P Haha…
17 comments:
selamat hari jadi juga la.=)
happy besday Miko.. semoga panjang umur, murah rezeki, terus jadi anak yang soleh & cepat2 kawen...hehe
huhu.untungnye kopi pasta dpt cerpen khas. huhu.
walaupun kita dah dewasa, tp ibu bapa akan tetap jd org yg mampu tenangkan hati kita. :)
Iffah.. kalau aku yg terharu boleh? kekekekekek...
Selamat hari jadi Kopi Pasta....
hahahha...
selamat pagi ehh..
mcm salah wish lak..
mad la tuh??
mad mad.... :)
Salam..
selamat hari jadi
tumpang tanya sikit.. boleh lawat blog saya kat sini
http://ligakampung.com/blog/projek-usahasama-buat-enovel/
ada projek sikit
oh... ^^
haha LOL...yang angka akhir ko buang tp tahun lahir tu ada jer...org boleh kira la umur aku berapa gne kalkulator =.='
hadiah hari jadi.. cerpen.. iffah ni mmg idea melimpah2 erk.. tahniah,
selamat hari lahir.. semoga menjadi anak yg soleh. amin..
~ Happy Birthday ~
sanah helwah :)
semoga sentiasa hidup dalam keberkatan ALLAH.
kalau penulisan ataupun drama atau pun filem yang melibatkan kasih sayang ibu bapa dan anak, saya pasti akan tersentak... dan sebak...
amboi sejk jd pganggur dh byk perubhn dlm pnulisan...kuikuikui.... nice stry..... aq ske...ad bunga bhs...b'main dgn kata2...oh...xlme lg ko blh la tls nvel klu cmni
TQ cik pipah utk entri ni...aku terharu. sobs sobs *buat muka sedih terharu* dan terima kasih yg doakan aku. org2 yg kat atas aku ni :) err, nk kne bg free hug ker? :P
betul la kasih ibu nie dapat bau dlu kita sedih atau apa. dan dengar suara dia jer kita boleh rasa tenang :D
#Hepy besday miko
macam dapat hidu something antara ko ngan mamat ni.. opss! =P neway selamat ari jadi kepada yang berkenaan.. untung ade orang wat cerpen khas spesel untuk besday..
Post a Comment