ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Suasana lengang membuatkan dia lebih tenang di Pustaka Ilmu.
Kepala seakan mahu pecah memikirkan adegan yang terjadi di depan matanya. Hati
mana tak sakit cinta hati berkasihan dengan orang lain. Hati mana yang tak
sedih. Tanpa disedari air matanya jatuh membasahi pipi setitis demi setitis.
“Nah,” Suara itu mengejutkannya.
“Apa?” Segera dia palingkan muka ke arah lain. Filzah malu
ditatap begitu. Farhan tersengih dan terus duduk di hadapan perempuan itu.
“Kau apahal?”
“Tak ada apa. Aku nampak drama sebabak dua tadi,” Ketawa
kecil kedengaran menjengkelkan di telinganya.
“Drama? Aku tak tahu pulak buaya reti layan drama,” Perlahan
suaranya. Farhan mendengus.
“Apa? Kau kata aku buaya? Buaya tu mamat kering tu tau,”
“Kau jangan sibuk!”
“Salah aku cakap? Dia sibuk dengan Dayang. Yang kau pergi
tengok apahal?” Farhan geram.
“Suka hati akulah. Kau susah apa?” Filzah bangun.
“Hei Eza! Dengar sini, orang selalu kata biar buta mata
jangan buta hati. Sedarlah mamat tu memang takkan pandang kau. Dia tu buaya kau
tahu. Bukan dengan Dayang je. Aku masak sangat dengan perangai dia tu sebab
dia…”
“Dia apa? Hei Farhan, aku tak pernah sibuk hal kau pun.
Untuk apa kau canang cerita pasal dia? Kau jealous dengan dia kan?”
“Eza!!! Kau niii…” Terus Farhan Hanif berlalu. Sakit hati
tinggi menggunung kala ini.
Filzah terdiam. Dia tahu dia salah. Elok saja lelaki itu
berniat nak menenangkan hatinya. Dia pula menaikkan darah orang. Filzah hanya
mampu memandang Farhan berlalu. Dia tahu Farhan sedang marah. Tapi sakit hatinya masih terkesan.
Xxxxx
Bukan dia pinta jadi begini. Semuanya datang dari hati.
Sejak dia masuk kolej, Afif selalu membantunya sebagai senior. Kebaikan lelaki
itu terpancar sejak mula lagi. hatinya telah terpaut hanya dengan pandangan
pertama. Sukar dia menidakkan rasa yang hadir. Namun, segalanya berkecai
apabila dia terlihat sendiri perbuatan sumbang lelaki pujaannya. Benar kata
Farhan, biar buta mata jangan buta hati.
‘Kenapalah aku buta sangat?’ Monolog sendiri.
Kelibat Filzah diperhatikan seseorang dari jauh. Afif
tersengih sendiri. Dia memulakan langkah berkobar-kobar.
“Hai Eza,” Lembut suara menyapa.
“Eh abang. Abang Afif!” Terkejut.
Afif hanya tersenyum. Dia mengambil tempat berhadapan dengan
Filzah. Sengaja dia duduk di situ. Senang dia menjalankan misinya. Filzah
takut-takut.
“Tak ada kelas?”
“Tak ada bang. Abang Afif?” Filzah mula berani.
“Tak jugak. Jom keluar makan nak? Abang tahu Eza takkan
hampakan abang,” Senyum meleret bikin hati si dara gundah. Masakan Filzah bisa
menolak. Keduanya berlalu pergi. Sepasang mata memerhati dari kejauhan. Geram!
Xxxxx
Keadaan tegang. Keduanya menjeling tajam. Farhan bersedia
membuka langkah.
“Kau kenapa?” Afif bengang.
“Aku patut tanya soalan tu!!!” Farhan menarik leher baju
lelaki di hadapannya. Dia tak rela perempuan kesayangannya dipermainkan.
“Hei, kau apahal dengan aku nak marah-marah? Kau sebenarnya
ada hati kat si Eza kan? Mengaku jelah!” Tumbukan padu di pipi kiri Farhan.
“Kita tengah cakap pasal kau bukan akulah!” Dia berang.
“Hah? Aku? Aku tak ada masalah jiwa macam kau. Kau sibuk hal
aku apahal?” Baju Afif direntap Farhan sebaik saja dia menjawab. Farhan
benar-benar tercabar egonya.
“Hei Han! Kau takkan sebab perempuan tu kau nak cari pasal
dengan aku? Kita kenal sejak kecil tau!!!” Suaranya meninggi.
“Afif, memang aku kenal kau sejak kecil. Sebab tu aku masak
sangat dengan perangai kau. Kau jangan cuba apa-apakan Eza. Kalau tak…”
“Kalau tak apa? Apa masalahnya kalau aku nak flirt dengan
dia?” Sengaja Afif menaikkan darah temannya.
“Dahlah. Aku dah kasi amaran untuk kau. Jangan cuba-cuba!”
Muka bengis meninggalkan rumah. Keduanya membesar di tempat yang sama. Keduanya
mempunyai keluarga yang sama. Namun, sikap dan sifat mereka berbeza. Amat
berbeza.
Xxxxx
Farhan berlari mendapatkan Filzah di Café. Harapan untuk
memberitahu tentang perangai abangnya menggunung. Filzah masih seperti dulu. Membeku
sedingin salju.
“Eza please,”
“Apa lagi kau nak?” Filzah mengemas bukunya.
“Aku just nak kau sedar yang dia tu tak sesuai untuk kau,” Farhan
tak mengalah.
“Habis siapa yang sesuai? Kau siapa nak tentukan hidup aku
ni?” Dia bengang. Kedua lelaki tak habis-habis mengganggu hidupnya.
“Dahlah aku malas layan kau. Lelaki semua sama je!” Farhan
dibiarkan sendiri. Filzah laju menongkah arus ke arah asrama. Malas dia melayan
karenah dua manusia berbeza. Lemas dengan perasaan yang hadir. Perasaan yang
selalu mengganggu hatinya semenjak dua menjak ini.
Xxxxx
Telefon berbunyi. Farhan memandang lama. Dia terasa ingin
menjawab panggilan tu. Afif sibuk di dalam kamar mandi. Segera niat jahatnya
timbul.
“Hello,” Suara menyapa. Farhan menarik nafas.
“Ya hello,”
“Bos, semua dah dirancang. Bos tinggal datang sini je,”
“Bagi alamat semula. Senang saya nak rekodkan,”
“Tapi bos,”
“Bagi cepat!” Farhan terus mematikan panggilan setelah
mendapatkan alamat tersebut. Data panggilan masuk juga dipadam. Dia terus
bersiap. Hatinya mula merasakan sesuatu. Patutlah abangnya tersenyum dari pagi.
Ada rencana tersembunyi rupanya.
‘Memang tak guna punya abang!’ Farhan sakit hati. Dia tahu
mesti Filzah dalam bahaya.
Xxxxx
Rumah teres dipandang pelik. Hanya kesamaran lampu dia
nampak. Farhan mula curiga. Langkahnya sungguh berhati-hati. Perumahan itu
sunyi. Mungkin baru dibuka kepada penduduk. Farhan sengaja memasuki rumah dari
belakang. Dia mengintai dan terlihat kelibat seorang perempuan di situ.
“Filzah…Eza kau ke tu?” Farhan maju perlahan.
“Eza!” Dikuatkan suara. Perempuan itu berpaling. Keduanya terkejut.
“Kau buat apa kat sini?” Hampir serentak.
“Aku cari kau. Eza kau okey?”
“Okey je. Kenapa?” Dia mula pelik.
“Kau buat apa kat sini? Sorang-sorang pulak tu,” Farhan
melilau. Tiada orang di rumah itu.
“Jom kita balik,” Farhan memujuk.
“Kenapa aku kena ikut kau? Lagi satu buat apa kau ikut aku
sampai ke sini? Kau memang sengaja cari pasal dengan aku kan?” Filzah geram.
“Aku sebenarnya…”
“Assalamualaikum,” Serentak keduanya memandang pintu.
“Eza!!!” Suara kuat seperti halilintar membuatkan Filzah
lemah. Dia pitam seketika. Keadaan menjadi kelam kabut.
Xxxxx
Pintu bilik ditolak. Terjengul wajah saudara mara. Filzah
tersenyum. Dia cuba ikhlaskan senyuman.
“Kejap lagi kau jadi bini orang. Jaga perangai. Jaga laki
bebaik,” Ujar makciknya. Satu-satunya adik arwah ibu. Dia hanya ada ayah namun
kini segalanya berubah. Dia terpaksa menerima suratan buatnya. Suami!
“Alhamdulillah sah!” Sepupunya bersuara. Filzah menangis
sebak. Dia tahu ayahnya gembira dengan ikatan baru ini. Dia juga harap inilah
kali terakhir dia melihat ayah menangis kerananya.
“Filzah, menung apa? Suami duduk depan mata ni,” Terasa
dicuit bahunya. Filzah memandang si suami.
“Apa lagi salamlah. Macam tak biasa tengok,” Suara sumbang sibuk
teruja. Filzah keberatan untuk mencium tangan Farhan.
“Maafkan aku,” Bisikan itu jelas kedengaran walau perlahan.
Filzah sekali lagi menitiskan air mata. Lantas diseka oleh Farhan. Semua bersorak
riang. Mereka jelas sekali tak memahami situasi sebenar pasangan pengantin itu.
Xxxxx
Kejadian malam memang dirancang. Afif sengaja membiarkan
Farhan tahu. Rancangan untuk membuatkan Farhan dan Filzah bersatu berhasil. Dia
tahu adiknya yang pasif takkan mudah mengaku cinta pada perempuan itu. Dia memang
sengaja membiarkan adik kandungnya ke rumah Filzah semasa tiada orang. Namun,
rencana berubah.
Ayah Filzah pulang tiba-tiba. Dia ingatkan Cuma mahu
menakutkan Farhan semata. Agar Farhan mengaku cinta kepada Filzah. Namun,
semuanya telah ditakdir. Adiknya sudah bernikah. Farhan dan Filzah bersatu
tanpa rela. Dia sebagai abang tetap akan mendoakan mereka bahagia.
Xxxxx
“Assalamualaikum,” Filzah melabuhkan punggung.
“Waalaikumsalam,” Afif menjawab.
“Abang…”
“Ya Filzah. Ada apa?” Afif memandangnya.
“Kenapa abang baru mengaku sekarang?” Filzah tak mampu tahan
dari bertanya. Sejak semalam hati tak keruan. Farhan menceritakan hal sebenar.
“Abang…abang tak tahu nak mula dari mana,”
“Senangnya abang cakap. Kalau abang mengaku awal tak adalah kami
kena kahwin paksa macam ni!” Filzah geram.
“Abang memang nak mengaku. Tapi masa tu kelam kabut dan
abang memang harap korang kahwin pun,” Afif senyum.
“Apa? Tapi kenapa?” Filzah sangat terkejut.
“Abang sengaja. Lagipun memang jodoh korang, kenapa nak main
tarik tali? Tak boleh ke mengaku yang Eza sebenarnya dah mula suka kat suami
sendiri. Atau erti kata lainnya dalam hati ada cinta,”
“Abang! Abang bukan Eza. Pandai pulak bagitau apa yang ada
kat hati Eza kan?” Dia malu. Dia ketahuan.
“Eza, abang kenal adik abang tu. Dia suka Eza lama dah.
Kalau Eza jual mahal macam ni, abang takut hatinya berubah. Eza fikirkan ye,”
Afif berlalu pergi.
Xxxxx
Bahagia kian terasa. Berterus terang adalah cara terbaik
memahami satu sama lain. Kehidupan mereka lebih bermakna sejak menjadi suami
isteri. Farhan dengan egonya takkan ke mana. Mujurlah Afif si abang membantu.
Kini dia belajar meluahkan rasa. Mujur saja Filzah isterinya.
“Abang ooo bang,”
“Ya, Za,”
“Ya Allah! Abang ni kan,” Terkejut dengan pelukan tiba-tiba
dari Farhan.
“Kenapa sayang? Terkejut macam apa je,” Farhan sengih.
“Dah, pergi ambil serai kat peti. Halia sekali,”
“Abang!” Geram bila suaminya tak berganjak pun.
“Abang sebenarnya kan…abang…”
“Sebenarnya apa?” Filzah mula geram.
“Abang tak tahu apa benda kena ambil,” Keduanya ketawa.
Filzah tahu suaminya sengaja. Sengaja pura-pura tak tahu.
“Alah nak peluk kejap pun tak boleh,” Nada rajuk.
“Orang nak masaklah. Kecualilah Chef Farhan Hanif nak tolong
masakkan hari ni,” Farhan senyum.
“Makan kat luar jelah. Jom siap,” Filzah memandang suaminya memohon
pengertian.
“Taklah. Abang Afif ajak dinner kat rumah Bonda malam ni.
Dia ada bawak tetamu,”
“Oh cakaplah awal-awal. Apalagi mesti bakal biras saya
cantik,” Filzah senyum penuh makna.
“Maksud? Eza dah tahu eh?” Filzah ketawa. Dia terus lari
mendaki tangga. Farhan berkejaran. Keduanya bahagia. Siapa sangka hadirnya
orang ketiga mampu merubah suatu perhubungan.
Nota Iffah: Nama watak diberi nafas baru. Seperti aku
janjikan Farhan Hanif berjaya teka tepat dan betul. Jadi dialah hero dalam cerita ni. Watak Filzah, Afif dan
Dayang kredit untuk blogger lain. Kira bonus untuk korang.
Ps: Dia suka baca tapi malas komen.
16 comments:
waaa peluk2! hehehe n_n
eh2...macam kenal la nama tu...ahaha
best n sweet! ;)
hebat la yu..
sampaikan ai tak leh nak klik x..
nak je baca sampai habis..
hahaha
buat akak tersenyum sorg2..hihihi
great cerpen...flirt yer..haha..istilah dalam the sims tu..haha
Ops...apa nie main peluk2 hehehhe......
ehehek.. akhirnya bahagia.. sweet ending :')
citer best.. hehe.. p, iffah cuba check balik sebab ada ayat yang tak lengkap. may b teritinggal masa tengah menaip :)
sweetnya cerita ni. Eza suka sangaattt :D susahnya meluahkan cinta...^_^
sengih jelah
best laaaa. sgt2. ehee :)
best2
pandai bercerpen adik ni..romantiknya farhan n filzah
tak puas baca !! sambung la lagi .. sambung la lagi *puppy face*
mohon nama saya lain kali boleh?
hahaha...
Post a Comment