CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Suami paksa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Suasana lengang membuatkan dia lebih tenang di Pustaka Ilmu. Kepala seakan mahu pecah memikirkan adegan yang terjadi di depan matanya. Hati mana tak sakit cinta hati berkasihan dengan orang lain. Hati mana yang tak sedih. Tanpa disedari air matanya jatuh membasahi pipi setitis demi setitis.

“Nah,” Suara itu mengejutkannya.
“Apa?” Segera dia palingkan muka ke arah lain. Filzah malu ditatap begitu. Farhan tersengih dan terus duduk di hadapan perempuan itu.
“Kau apahal?”
“Tak ada apa. Aku nampak drama sebabak dua tadi,” Ketawa kecil kedengaran menjengkelkan di telinganya.
“Drama? Aku tak tahu pulak buaya reti layan drama,” Perlahan suaranya. Farhan mendengus.
“Apa? Kau kata aku buaya? Buaya tu mamat kering tu tau,”
“Kau jangan sibuk!”
“Salah aku cakap? Dia sibuk dengan Dayang. Yang kau pergi tengok apahal?” Farhan geram.
“Suka hati akulah. Kau susah apa?” Filzah bangun.
“Hei Eza! Dengar sini, orang selalu kata biar buta mata jangan buta hati. Sedarlah mamat tu memang takkan pandang kau. Dia tu buaya kau tahu. Bukan dengan Dayang je. Aku masak sangat dengan perangai dia tu sebab dia…”
“Dia apa? Hei Farhan, aku tak pernah sibuk hal kau pun. Untuk apa kau canang cerita pasal dia? Kau jealous dengan dia kan?”
“Eza!!! Kau niii…” Terus Farhan Hanif berlalu. Sakit hati tinggi menggunung kala ini.

Filzah terdiam. Dia tahu dia salah. Elok saja lelaki itu berniat nak menenangkan hatinya. Dia pula menaikkan darah orang. Filzah hanya mampu memandang Farhan berlalu. Dia tahu Farhan sedang marah. Tapi sakit hatinya masih terkesan.

Xxxxx

Bukan dia pinta jadi begini. Semuanya datang dari hati. Sejak dia masuk kolej, Afif selalu membantunya sebagai senior. Kebaikan lelaki itu terpancar sejak mula lagi. hatinya telah terpaut hanya dengan pandangan pertama. Sukar dia menidakkan rasa yang hadir. Namun, segalanya berkecai apabila dia terlihat sendiri perbuatan sumbang lelaki pujaannya. Benar kata Farhan, biar buta mata jangan buta hati.

‘Kenapalah aku buta sangat?’ Monolog sendiri.
Kelibat Filzah diperhatikan seseorang dari jauh. Afif tersengih sendiri. Dia memulakan langkah berkobar-kobar.

“Hai Eza,” Lembut suara menyapa.
“Eh abang. Abang Afif!” Terkejut.
Afif hanya tersenyum. Dia mengambil tempat berhadapan dengan Filzah. Sengaja dia duduk di situ. Senang dia menjalankan misinya. Filzah takut-takut.
“Tak ada kelas?”
“Tak ada bang. Abang Afif?” Filzah mula berani.
“Tak jugak. Jom keluar makan nak? Abang tahu Eza takkan hampakan abang,” Senyum meleret bikin hati si dara gundah. Masakan Filzah bisa menolak. Keduanya berlalu pergi. Sepasang mata memerhati dari kejauhan. Geram!

Xxxxx

Keadaan tegang. Keduanya menjeling tajam. Farhan bersedia membuka langkah.
“Kau kenapa?” Afif bengang.
“Aku patut tanya soalan tu!!!” Farhan menarik leher baju lelaki di hadapannya. Dia tak rela perempuan kesayangannya dipermainkan.
“Hei, kau apahal dengan aku nak marah-marah? Kau sebenarnya ada hati kat si Eza kan? Mengaku jelah!” Tumbukan padu di pipi kiri Farhan.
“Kita tengah cakap pasal kau bukan akulah!” Dia berang.
“Hah? Aku? Aku tak ada masalah jiwa macam kau. Kau sibuk hal aku apahal?” Baju Afif direntap Farhan sebaik saja dia menjawab. Farhan benar-benar tercabar egonya.
“Hei Han! Kau takkan sebab perempuan tu kau nak cari pasal dengan aku? Kita kenal sejak kecil tau!!!” Suaranya meninggi.
“Afif, memang aku kenal kau sejak kecil. Sebab tu aku masak sangat dengan perangai kau. Kau jangan cuba apa-apakan Eza. Kalau tak…”
“Kalau tak apa? Apa masalahnya kalau aku nak flirt dengan dia?” Sengaja Afif menaikkan darah temannya.
“Dahlah. Aku dah kasi amaran untuk kau. Jangan cuba-cuba!” Muka bengis meninggalkan rumah. Keduanya membesar di tempat yang sama. Keduanya mempunyai keluarga yang sama. Namun, sikap dan sifat mereka berbeza. Amat berbeza.

Xxxxx

Farhan berlari mendapatkan Filzah di Café. Harapan untuk memberitahu tentang perangai abangnya menggunung. Filzah masih seperti dulu. Membeku sedingin salju.
“Eza please,”
“Apa lagi kau nak?” Filzah mengemas bukunya.
“Aku just nak kau sedar yang dia tu tak sesuai untuk kau,” Farhan tak mengalah.
“Habis siapa yang sesuai? Kau siapa nak tentukan hidup aku ni?” Dia bengang. Kedua lelaki tak habis-habis mengganggu hidupnya.
“Dahlah aku malas layan kau. Lelaki semua sama je!” Farhan dibiarkan sendiri. Filzah laju menongkah arus ke arah asrama. Malas dia melayan karenah dua manusia berbeza. Lemas dengan perasaan yang hadir. Perasaan yang selalu mengganggu hatinya semenjak dua menjak ini.

Xxxxx

Telefon berbunyi. Farhan memandang lama. Dia terasa ingin menjawab panggilan tu. Afif sibuk di dalam kamar mandi. Segera niat jahatnya timbul.
“Hello,” Suara menyapa. Farhan menarik nafas.
“Ya hello,”
“Bos, semua dah dirancang. Bos tinggal datang sini je,”
“Bagi alamat semula. Senang saya nak rekodkan,”
“Tapi bos,”
“Bagi cepat!” Farhan terus mematikan panggilan setelah mendapatkan alamat tersebut. Data panggilan masuk juga dipadam. Dia terus bersiap. Hatinya mula merasakan sesuatu. Patutlah abangnya tersenyum dari pagi. Ada rencana tersembunyi rupanya.
‘Memang tak guna punya abang!’ Farhan sakit hati. Dia tahu mesti Filzah dalam bahaya.

Xxxxx

Rumah teres dipandang pelik. Hanya kesamaran lampu dia nampak. Farhan mula curiga. Langkahnya sungguh berhati-hati. Perumahan itu sunyi. Mungkin baru dibuka kepada penduduk. Farhan sengaja memasuki rumah dari belakang. Dia mengintai dan terlihat kelibat seorang perempuan di situ.
“Filzah…Eza kau ke tu?” Farhan maju perlahan.
“Eza!” Dikuatkan suara. Perempuan itu berpaling. Keduanya terkejut.
“Kau buat apa kat sini?” Hampir serentak.
“Aku cari kau. Eza kau okey?”
“Okey je. Kenapa?” Dia mula pelik.
“Kau buat apa kat sini? Sorang-sorang pulak tu,” Farhan melilau. Tiada orang di rumah itu.
“Jom kita balik,” Farhan memujuk.
“Kenapa aku kena ikut kau? Lagi satu buat apa kau ikut aku sampai ke sini? Kau memang sengaja cari pasal dengan aku kan?” Filzah geram.
“Aku sebenarnya…”
“Assalamualaikum,” Serentak keduanya memandang pintu.
“Eza!!!” Suara kuat seperti halilintar membuatkan Filzah lemah. Dia pitam seketika. Keadaan menjadi kelam kabut.

Xxxxx

Pintu bilik ditolak. Terjengul wajah saudara mara. Filzah tersenyum. Dia cuba ikhlaskan senyuman.
“Kejap lagi kau jadi bini orang. Jaga perangai. Jaga laki bebaik,” Ujar makciknya. Satu-satunya adik arwah ibu. Dia hanya ada ayah namun kini segalanya berubah. Dia terpaksa menerima suratan buatnya. Suami!
“Alhamdulillah sah!” Sepupunya bersuara. Filzah menangis sebak. Dia tahu ayahnya gembira dengan ikatan baru ini. Dia juga harap inilah kali terakhir dia melihat ayah menangis kerananya.
“Filzah, menung apa? Suami duduk depan mata ni,” Terasa dicuit bahunya. Filzah memandang si suami.
“Apa lagi salamlah. Macam tak biasa tengok,” Suara sumbang sibuk teruja. Filzah keberatan untuk mencium tangan Farhan.
“Maafkan aku,” Bisikan itu jelas kedengaran walau perlahan. Filzah sekali lagi menitiskan air mata. Lantas diseka oleh Farhan. Semua bersorak riang. Mereka jelas sekali tak memahami situasi sebenar pasangan pengantin itu.

Xxxxx

Kejadian malam memang dirancang. Afif sengaja membiarkan Farhan tahu. Rancangan untuk membuatkan Farhan dan Filzah bersatu berhasil. Dia tahu adiknya yang pasif takkan mudah mengaku cinta pada perempuan itu. Dia memang sengaja membiarkan adik kandungnya ke rumah Filzah semasa tiada orang. Namun, rencana berubah.

Ayah Filzah pulang tiba-tiba. Dia ingatkan Cuma mahu menakutkan Farhan semata. Agar Farhan mengaku cinta kepada Filzah. Namun, semuanya telah ditakdir. Adiknya sudah bernikah. Farhan dan Filzah bersatu tanpa rela. Dia sebagai abang tetap akan mendoakan mereka bahagia.

Xxxxx

“Assalamualaikum,” Filzah melabuhkan punggung.
“Waalaikumsalam,” Afif menjawab.
“Abang…”
“Ya Filzah. Ada apa?” Afif memandangnya.
“Kenapa abang baru mengaku sekarang?” Filzah tak mampu tahan dari bertanya. Sejak semalam hati tak keruan. Farhan menceritakan hal sebenar.
“Abang…abang tak tahu nak mula dari mana,”
“Senangnya abang cakap. Kalau abang mengaku awal tak adalah kami kena kahwin paksa macam ni!” Filzah geram.
“Abang memang nak mengaku. Tapi masa tu kelam kabut dan abang memang harap korang kahwin pun,” Afif senyum.
“Apa? Tapi kenapa?” Filzah sangat terkejut.
“Abang sengaja. Lagipun memang jodoh korang, kenapa nak main tarik tali? Tak boleh ke mengaku yang Eza sebenarnya dah mula suka kat suami sendiri. Atau erti kata lainnya dalam hati ada cinta,”
“Abang! Abang bukan Eza. Pandai pulak bagitau apa yang ada kat hati Eza kan?” Dia malu. Dia ketahuan.
“Eza, abang kenal adik abang tu. Dia suka Eza lama dah. Kalau Eza jual mahal macam ni, abang takut hatinya berubah. Eza fikirkan ye,” Afif berlalu pergi.

Xxxxx

Bahagia kian terasa. Berterus terang adalah cara terbaik memahami satu sama lain. Kehidupan mereka lebih bermakna sejak menjadi suami isteri. Farhan dengan egonya takkan ke mana. Mujurlah Afif si abang membantu. Kini dia belajar meluahkan rasa. Mujur saja Filzah isterinya.

“Abang ooo bang,”
“Ya, Za,”
“Ya Allah! Abang ni kan,” Terkejut dengan pelukan tiba-tiba dari Farhan.
“Kenapa sayang? Terkejut macam apa je,” Farhan sengih.
“Dah, pergi ambil serai kat peti. Halia sekali,”
“Abang!” Geram bila suaminya tak berganjak pun.
“Abang sebenarnya kan…abang…”
“Sebenarnya apa?” Filzah mula geram.
“Abang tak tahu apa benda kena ambil,” Keduanya ketawa. Filzah tahu suaminya sengaja. Sengaja pura-pura tak tahu.
“Alah nak peluk kejap pun tak boleh,” Nada rajuk.
“Orang nak masaklah. Kecualilah Chef Farhan Hanif nak tolong masakkan hari ni,” Farhan senyum.
“Makan kat luar jelah. Jom siap,” Filzah memandang suaminya memohon pengertian.
“Taklah. Abang Afif ajak dinner kat rumah Bonda malam ni. Dia ada bawak tetamu,”
“Oh cakaplah awal-awal. Apalagi mesti bakal biras saya cantik,” Filzah senyum penuh makna.
“Maksud? Eza dah tahu eh?” Filzah ketawa. Dia terus lari mendaki tangga. Farhan berkejaran. Keduanya bahagia. Siapa sangka hadirnya orang ketiga mampu merubah suatu perhubungan.

Nota Iffah: Nama watak diberi nafas baru. Seperti aku janjikan Farhan Hanif berjaya teka tepat dan betul. Jadi dialah hero dalam cerita ni. Watak Filzah, Afif dan Dayang kredit untuk blogger lain. Kira bonus untuk korang.

Ps: Dia suka baca tapi malas komen.

16 comments:

Ku Azhar said...

waaa peluk2! hehehe n_n

Farhan Hanif said...

eh2...macam kenal la nama tu...ahaha

Cik_Shiqah said...

best n sweet! ;)

Cik Pulau said...

hebat la yu..
sampaikan ai tak leh nak klik x..
nak je baca sampai habis..
hahaha

Kira Sakura said...

buat akak tersenyum sorg2..hihihi

Hafizin Jamil said...

great cerpen...flirt yer..haha..istilah dalam the sims tu..haha

QasehSuci said...

Ops...apa nie main peluk2 hehehhe......

RinsyaRyc said...

ehehek.. akhirnya bahagia.. sweet ending :')

Eimma said...

citer best.. hehe.. p, iffah cuba check balik sebab ada ayat yang tak lengkap. may b teritinggal masa tengah menaip :)

Unknown said...

sweetnya cerita ni. Eza suka sangaattt :D susahnya meluahkan cinta...^_^

aliarosli said...

sengih jelah

S H I T E Q said...

best laaaa. sgt2. ehee :)

fyza said...

best2

Unknown said...

pandai bercerpen adik ni..romantiknya farhan n filzah

Syaf Ismail said...

tak puas baca !! sambung la lagi .. sambung la lagi *puppy face*

Pendekar said...

mohon nama saya lain kali boleh?
hahaha...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers