CORETAN TERBARU NADH

Copy paste biar berpada jangan bagi betis nak paha

Ada kakak blogger main-main cakap nak copy paste cerpen aku. Uihh nak gugur jantung. Tak boleh. Tak boleh. Itu memang tak boleh. Ini bukan saja mendatangkan marah, tapi boleh putus sahabat.

Copy paste berpada tu maksud aku macam status. Entry yang berunsur nasihat. Itu tak apa bagi aku. Janji niat dia baik. Pahala dapat kat kita. Tapi kalau karya aku kena ciplak memang aku menangis.

Bak kata Boni, hasil kerja kita. Ya aku tahu tu. Aku pun akan marah. Sebab cerpen tu kita usaha bersungguh. Takkan cakap terus siap cerpen sebuah. Lagi-lagi dia bukukan hasil kita. Dapat duit dari jualan hasil. Itu sangat tak boleh.

Copy paste berpada-padalah. Jangan orang bagi betis nak paha. Agak melampaulah kan kalau kita bersusah payah buat orang lain dapat nama. Itu memang tak adil. Allah pun tak suka orang macam tu. Apa yang aku maksudkan dalam entry sebelum ni sesuatu yang tak mendatangkan keuntungan harta mahupun nama.

Status aku makin ramai copy paste tak bagi kredit. Aku tak kisah sebab saham aku tetap dapat. Setakat status apalah sangat. Tapi kalau dia bukukan koleksi status aku pastu letak nama dia memang sup kakilah jawabnya. Jangan guna hasil kerja orang lain untuk berjaya...

16 comments:

Unknown said...

Suruh dia bayo la... baru boleh copy paste... klw tak kopi o jer la hahahhaah.... agak2 le sapa yg nak cp tu... kita ada akal allah bagi.. gunakan sebaiknya... tak semua org dianugerahkan bakat menulis... dan meng cp ni dikira cetak rompak... so renung-renungkan dan selamat beramal...

p/s: kalau aku yg kopi paste mesti ko bagi aku sup kaki unta kan PAH?? ekekekek kbai >..<

Orang Kita said...

hak cipta terpelihara,,, huhuhu bahaya tu klau snang kne ciplak,, ^^

chinta said...

ye betol tu...dont copy cat..hehe..hasil usaha sendiri lagi baik kan.

balQis said...

cuba click link ni. mungkin boleh membantu :)

http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2010/02/disable-right-click.html

sea_lavender said...

Alahai ade ke wat cm tu.. mne leh g tu usaha orang perah otak bg idea bg hasil penulisan yg trbaik. klu ambk sekadar berkongsi blh terima lah tapi ada pencerahan pd penulisan sndiri.. no la copy2 paste ni~~~

Syazana Zainn said...

mmg sakit hati kalau ada org copy karya kita kan

tambah lg dia buat bisnes

mmg panas je rasa

kite pun pernah kena juga

tp copy entry bout bisnes

nasib org tu nak delete entry tu

pheww

Unknown said...

try deal dengan dia bagus2. mana tau dia insaf pastu. huhu.

Salim Harmanain said...

apa lagi saman la beliau. Cakap gini "See u in court."

p,s : Saya bole jadi lawyer anda hehe :P

zaxx said...

pergh..curik! jgn benarkan..:)
hehe.. ippah.. aku nk kopi panas boley? debar la nk posting..:)

Unknown said...

karya sendiri takleh dipindah milik sesuke hati. :D

Unknown said...

setuju, kalau setakat entri umum bolehlah kan. tapi bila melibatkan hasil kerja usaha kita. perlulah kita bertindak

.::: Princess MOMOY :::. said...

setuju. momoy pernah terjumpa blogger paste entri momoy. tapi dia siap tukar ganti diri nama momoy kepada nama dia. urmm...benci la jenis orang cenggini

Unknown said...

kalau saman boleh tak??

eiela said...

copy paste nih tak pernah habis, kalau cerpen di copy paste, gigih tu. kita punya penat perah idea dia sedap copy paste, senang sgt org skrg

Kira Sakura said...

betul kalau copy novel mmg melampau bukan senang nk perah idea

kay_are said...

dalam blogging ni, memang aku elak copy paste ni sebab bagi aku, blog aku haruslah ditaip based on minda dan fikiran aku sendiri.. bukan idea orang lain.. =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers