CORETAN TERBARU NADH

Ada apa dengan coklat?

Ada apa dengan coklat? 
Wah macam tajuk filem kan?
Kenapa perempuan suka dengan coklat ni?
Kenapa lelaki suka Tanya soalan macam itu?
Macam kita Tanya dia kenapa dia suka bola.
Macam tulah jugak kita sebagai kaum perempuan yang suka pada coklat.
Tak semua yang suka makan coklat. Alasan?

MANIS SANGAT.
COKLAT TAK SEDAP.
MAKAN COKLAT NANTI GEMUK.
GIGI ROSAK KALAU MAKAN COKLAT.
MAHAL BELI COKLAT, TUNGGU ORANG BAGI.

Dan lain-lain.

Jadi kenapa kena membelenggukan diri kita dengan pelbagai alas an yang tak munasabah?
Cakap jelah tak suka makan coklat sejak azali lagi.
Kalau dah suka makan jelah. Tapi jangan berlebihan.
Ini makan coklat banyak dari nasi memang tak ada penyakit cari penyakit.

Tengok coklat kat bawah ni.
Kesan gigitan cinta dariku. Wahaha.
Punya tamak tak kasi orang makan. Sayang tau nak habiskan.
Memandangkan duit tak berapa nak ada ni. Kenalah diet sikit.
Makan coklat boleh membuatkan kita kenyang. Betulke?
Aku lapar selalu. Hehe
Biasanya aku makan Cadbury. Ada lagi yang lain.
Contoh: Toblerone, Kisses, Cote Deu(tak tahu eja haha), M&M plastic bru dan coklat, Kitkat.
Bagi aku semua sedap tapi makan berpada.
Aku bukan gila sangat coklat sampai setiap hari kena makan kalau tak menggeletar seluruh badan bak kena renjatan elektrik masa banjir. Ok hyperbola pulak.
Jadi setiap orang minat lain-lain.
Terpulanglah kat orang lain nak judge kita ke apa.
Janji kita happy with our life dan tak menyakitkan mata memandang sudah!



Post by,
Miss Ran

2 comments:

najwa nano said...

sy suka makan coklat gigabanyak jugak.peace:)

Unknown said...

HEHE sedap kan?

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers