CORETAN TERBARU NADH

Aku


Entah mengapa hatiku terdetik,
Saatku himpun jemariku ,
Menadah tangan merayukan Mu,
Aku makin hanyut di arus deras,
Aku makin lupa tentang asalku,
Aku terlupa akan adanya Kamu,
Tuhan ku,
Aku terlupa yang Kamu Nampak segalanya,
Hanya aku yang membutakan hati tuk melihatmu,
Tulikan deria mendengar tentang kehebatanmu,
Diamkan diri tanpa berbuat kebaikan,
Seperti yang Kamu arahkan,
Aku hanya membatu lalu terjun,
Ke lembah duniawi yang menyeronokkan,
Aku alpa tentang kewujudanmu yang wajib ku percaya,
Aku lupa diri,
Aku lupa segalanya,
Hanya kerana aku tak mampu,
Tak mampu melawan Sembilan senjata pemusnah,
Sembilan yang mengajak aku bertempur dengan hatiku,
Sembilan yang bernama nafsu,
Bukan syaitan ataupun jin,
Yang alpa, yang lupa, yang leka ialah aku!!!

PS:::Hasil nukilan MR, tiada kaitan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Hanya ketika berdoa kepada ALLAH sebentar tadi. Aku terasa begitu jauh denganNYA. Jadi puisi ini untuk kamu semua yang seagama denganku. WASSALAM.


Post by,
Miss Ran 



No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers