bagai semalam aku mula bernafas
bagai semalam ibu menyusukanku
baru semalam aku diusap lembut
bagai semalam kau hadir di sisiku
detik itu tiba lalu rosak semua
hamparan itu kian pudar
titik noda mula menular
aku kian parah di sini
bagai tercabut nyawa ini
bagai melimpah air mata
bagai sukma tak mewangi
hanya aku bersendirian
lenaku terjaga hiba
kian menyiksa jiwa
mematah sendi-sendi
melemahkan rasa dalam diri
sungguh semuanya tiba-tiba
baru semalam aku terasa
hanya aku yang tak sedar
yang aku tak punya siapa-siapa
kini hanya aku sahaja ada
dengan sisa cinta di dada
melontarkan diri berteleku
memohon perlindunganMU
Post by,
Miss Ran
No comments:
Post a Comment