Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, wanita berusia 34 tahun itu ditemui terlentang dalam bilik air di rumahnya dipercayai akibat serangan jantung.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa ditemui rakan serumahnya yang kebetulan baru pulang dari bertugas di luar kawasan. “Rakan mangsa berusia 40-an itu yang kebetulan baru pulang terhidu bau busuk sebelum terkejut apabila mendapati mayat mangsa yang berada keadaan terlentang dan berulat dalam bilik air,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Ps: Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Sumber:::hmetro
Post by,
Miss Ran
No comments:
Post a Comment