ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA BUAT YANG BUKAN ISLAM
MR~~~Korang mesti dah tau aku nak cerita pasal apa. Sebenarnya pernah juga aku sebarkan pasal seorang lelaki yang melecur sebab kena kabel elektrik masa kerja kat kebun.(yeke?)
Dengan rasa rendah dirinya aku menyeru semua mahluk di dunia tak kiralah kaum, bangsa dan agama agar sama-sama menghulurkan tangan bagi mereka yang sedang diuji dengan ujian ALLAH.
Aku bukan berharta. Aku tak mampu salurkan kewangan. Aku faham perasaan keluarga mangsa. Bukan senang menjaga pesakit. Apayah lagi yang memerlukan rawatan yang baik. Dulu kakak aku sakit pun beribu-ribu habis dalam masa 3 bulan. Peralatan yang segala macam. Mujur keluarga aku sederhana kewangannya. Jadi kami masih mampu menanggung. Tak perlulah bercerita tentang aku. Jika mahu tahu cerita kakak aku, sila klik Cerpen:SAYANG KAKLONG
BA~~~aka Abang Ben
Sangat humble. Suka tolong orang terutama blogger yang masih baru dilahirkan. Dia sangat berpengaruh dalam dunia blog ini. Jadi dia telah menyebarkan berita ini untuk mengajak para blogger membantu dua lelaki malang iaitu SHAH dan HAIRUMAN yang sangat memerlukan bantuan kewangan. Hari ini hari mereka. Kita tak tahu nasib kita bagaimana pula.
ELEE MARDIANA
Seorang novelis yang telah menerbitkan empat buah buku di syarikat karangkraf. Beliau dengan rasa simpati dan empati telah menyumbangkan wang royalti yang beliau perolehi daripada hasil penjualan buku beliau kepada mangsa yang terlibat. Sungguh murni hatinya. Alangkah hebatnya dunia. Masih ada yang prihatin di celah-celah kezaliman manusia di akhir zaman. Beliau menyeru paminat novel khususnya untuk membeli buku beliau di pasaran dengan harapan duit itu akan dijanakan terus kepada mangsa. Sungguh baik bukan? Aku nak belilah buku tu satu ke dua. Memandangkan wang pun makin menipis dalam dompet. Terpaksa berfikir tentang diri yang masih belum ada punca pendapatan. Klik sini untuk senarai buku Elee Mardiana
Ayuhlah semua kita membantu mereka yang sangat memerlukan kita. Siapalah kita? Ujian ALLAH Maha hebat. Hanya kita tak tahu apa rencanaNYA untuk kita kelak.
Miss Ran
No comments:
Post a Comment