Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi yang bukan Islam.
Tengok title dah tahu aku nak cerita pasal apa. Aku bukan minat sangat isu luar negara. Lagi-lagi tak ada kaitan dengan aku. Tapi hati aku tetiba terpanggil nak tulis entry ni. Bayangkan kita punya saudara ada di sana? Aku dah mula takut. Bila-bila masa je ada orang akan bom sana sini. Yang penting seseorang yang amat ku kenal belajar di sana. Bayangkan? Famili dia selalu datang rumah. Dah macam famili dah. Kalau ada jodoh dengan adik aku memang itulah calon untuk dia. Tapi memandangkan keadaan Mesir sekarang aku jadi takut. Takut kehilangan mungkin. Bukan aku suka kat budak tu. Suka sebagai kakaklah. Bakal kakak ipar yang prihatin kan?
Tak tahu apa cerita kat sana. Budak tu ada telefon adik aku di India. Sebab Mesir telah putuskan perkhidmatan internet dan telefon. Tapi India dapat pula dihubungi. Jadi segala kejadian dia akan laporkan kepada adik aku, adik aku bagitau kami dan kami bagitau kat mak dia. Susahkan? Mujur talian ke India tak disekat. Kesian diorang. Kena berkurung. Makanan pula makin kurang. Mesti dalam ketakutan sekarang. Aku jua risau sama. Kalaupun bukan kenalan tapi aku memikirkan saudara seislam, satu malaysia. Aku gundah gulana sekarang. Minta perkara tak elok dijauhkan.
Aku menyeru kat korang semua marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk mereka. Semoga keadaan ini beransur pulih. Serius aku takut akan sebuah kehilangan!
Post by,
Miss Ran
No comments:
Post a Comment