CORETAN TERBARU NADH

Mia Najihah Part 1

Hatiku tersentak. Kahwin? Biar betul. Mak ni suka sangat buat lawak. Sejak bila aku nak kahwin. Calon pun belum ada.
“Mak tak main-mainlah, jiha.” Suara mak pun dah kelam je aku dengar. Serius ke?
“Mak ni, orang tahulah mak nak orang kahwin awal, tapi tak payahlah nak buat surprise yang tak kelakar ni,” omelku panjang.
“Ikut kamulah nak percaya ke tak. Yang penting mak dah suruh family sebelah lelaki datang meminang kamu. Kira tuning sekalilah. Hantaran mak baru nak beli ni.” Kepoh mulut mak aku berbicara.
Aku? Still ternganga. Terkejut kot. Mak aku mana pandai buat lawak. Dia sangat serius, lagi-lagi bab anak-anak.
Gulp!
“Jiha, dengar tak apa mak cakap ni? Hujung minggu ni balik ye. Kamu tak ada macam mana pulak.”
Suara mak kini hilang berganti bunyi. Talian dimatikan. Aku masih di sini. Terkaku.


xxxxx

“Jihah!” jeritan kuat kedengaran. Aku malas layan.
“Mia Najihah, dengar tak aku panggil kau ni!!!” jerit nurul ditelingaku. Aduh kuat suara perempuan ni. Tak lain tak bukan mesti ada yang cerita kat dia ni. Ni malas ni.
“Kenapa nurul? “ Dengan malas aku menggangkat muka dari khusyuk di depan laptop. Hilang semua idea aku untuk menulis di blog kesayangan. Oh lupa, aku ada hobi baru!
“Aku ada dengar ura-ura pasal kau,” Dia memulakan mukadimah. Aku dah agak dah!
“Aku tahu ura-ura tu nurul. Kau jangan percayalah. Mesti ada orang dengki dengan aku tu pasal sebar cerita tak betul.” Jelas aku yakin. Malas panjangkan cerita.
“Apa pulak jihah. Ni cerita betul. Informer baik punya yang bagitahu kat aku,” yakin nurul memberitahuku. Mukanya yang agak serius membuatkan aku tertanya.
“Siapa informer kau yang hebat sangat tu? Aku nak kenal boleh?” Aku cuba mainkan Nurul.
“Ko dah kenal lama dah dengan dia. Buat apa aku nak kenalkan lagi?” Nurul tersenyum lebar. Aura lain macam sudah datang. Aku dah tak sedap hati. Memang Nurul ni psiko.
“Siapa wei? Aku nak jumpa dia!” tegasku. Takut datang menjengah hatiku.
“Jom turun. Pakai tudung ok. Kita nak keluar dari hostel ni.” Nurul tarik tanganku. Tak sabar betul si Nurul ni. 

Bersambung ke part seterusnya.

3 comments:

kiera'sakura said...

ehh!! pendeknya

reenapple said...

heee.. pendek bangat.. heheh. Nk baca part 2 lak.. kekeke. =)

Nong Andy said...

ura-ura pasal kawin? ke.. ura-ura lain.. hehehe..

susah-susah carik je jawapannya di part 2 :)

*wei.. korang ni laju jer buat cerpen. aku tertinggal lagi....!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers