Penah tak korang rasa down dengan jurusan yang korang pilih dekat universiti? Korang rasa down disebabkan persepsi masyarakat yang memandang serong pada kerjaya yang bakal korang peroleh kelak bila dah grad. Aku rasa ramai kot di antara kita yang mengalami nasib macam tu. Atau pun, yang lagi dasyat bila ada yang bertanya pada kita " Eh, nanti kalau ko grad, apa je yang ko boleh kerja ek dengan course korang tu?" Peh... kalau dah sampai cam tu laa, bukan sekadar hati je sakit beb...rasa nak toreh je mulut orang tu dengan pisau lipat. Sedap je mulut ko cakap ek?
Aku terpanggil untuk buat entry ni bila aku baca satu post dari seorang CIKGU WANNABE yang bernama CIK MAS kat blog dia.... (meh baca apa luahan dia)---> PROFESIONALKAH BIDANG PERGURUAN?
Untuk Cik Mas dan semua readers kan... bukan bidang perguruan sahaja yang dipandang serong oleh masyarakat, malahan bidang guaman yang bakal aku lalui ni pun hebat jugak cabarannya. Cabaran daripada mereka yang berfikiran konservatif yang kata bidang guaman ni hanya akan membawa kita ke neraka. Mengucap panjang bila aku dengar sampai ke situ sekali mereka memandang bidang yang aku impikan ni. Masih aku ingat kot, masa tahun pertama. Waktu tu aku tengah dok study sorang-sorang kat surau. Tiba-tiba datang seorang senior yang mengambil bidang keagamaan kat aku. Pada mulanya kiteorang berbual seperti biasa sampailah part ni...
Senior: Tak takut ke ambil civil law?
Aku: Takut kenapa?
Senior: Yer lah, tak takut dengan api neraka? Peguam dan undang-undang ni semuanya kan boleh sebabkan seseorang tu dihumban ke dalam api neraka? (pandang aku serius)
Aku: (terkedu). Kak, setahu saya Islam tak pernah melarang atau mengharamkan kita daripada menuntut ilmu. Malahan menggalakannya lagi adalah. Undang-undang sivil jugak satu ilmu. Ilmu yang mengajar kita untuk berlaku adil dan macam mana kita nak tadbir dunia ni kalau takde undang-undang? Lagi satu, semua orang perlukan undang-undang. Undang-undang sahajalah yang boleh tegakkan hak seseorang. Even akak jugak satu hari nanti akan perlukan peguam macam saya ni sebab nak uruskan beli kereta, rumah, harta pusaka, tanah dan macam-macam lagi. Rasanya tak elok akak kata bidang impian saya ni macam tu. Selain daripada ilmu hitam, takde ilmu yang akan bawak kita kepada neraka. Semuanya terpulang pada diri dan niat kita. Kalau akak sendiri pun, amik bidang keagamaan, belum tentu akak akan ke syurga. Mana tau akak salah bawak bidang tu hingga menyesatkan? Tak mustahil kan? Sebab urusan syurga atau neraka bukan milik saya atau akak. Tapi milik dia.....
Senior: Akak tak bermaksud cam tu, tapi akak mintak maaflah kalau adik terasa. Betul apa yang adik cakap tu. Yang penting niat.
Aku: Just senyum je.....
Kalau korang kat tempat aku, mesti korang rasa semacam je kan dengan akak tu. Dan untuk pengetahuan korang jugak, ini bukanlah situasi pertama aku berhadapan dengan orang sebegini. Malahan ada jugak saudara mara aku sendiri yang memperlekehkan bidang impian aku ni. Aku bukanlah orang yang nak berbalas-balas, tapi aku akan ingat setiap butir dan setiap orang yang memperlekeh bidang aku ni. Aku akan buktikan bahawa satu hari nanti, BIDANG "NERAKA" ni lah yang korang perlukan untuk bantu korang. Aku tetap akan bantu mereka. Insya-Allah. Selagi mampu...
Pada Cik Mas, tak perlulah risau dengan pandangan masyarakat terhadap bidang perguruan tu. Hanya mereka yang berfikiran kolot je yang tak menghargai pengorbanan seorang guru. Pada saya lah kan Cik Mas, kalau jumpa orang cam tu... Cik Mas sound je direct! Cik Mas tanya kat dia, hari ni dia boleh membaca tak? Boleh mengira tak? Kalau boleh, tanya dia sapa yang ajar dia kenal huruf dan nombor? Tanya dia siapa yang ajar dia macam mana nak jadi seorang Manusia? Dah semestinyalah kan jawapan dia CIKGU! Masih tak nampak lagi ke betapa HEBATNYA bidang perguruan ni? Maaf kalau aku nak sebut sesuatu ni ye.. aku harap takde pihak yang memanipulasinya. Ayat ni aku dengar daripada salah sorang guru aku masa kat sekolah dulu:
HEBATNYA SEORANG GURU ADALAH KERANA DIA BOLEH MENUKARKAN
"SEEKOR LEMBU KEPADA SEORANG MANUSIA"
Imam Ghazali pun tabik spring pada cikgu tau! |
Sebenarnya, semua bidang @ jurusan yang kita ambil kat universiti ni ada cabarannya yang tersendiri. Macam tu jugak bidang perguruan. Hidup kita sebenarnya tak lari dari berguru ni sebab hari-hari kita belajar. Last but not least, kita manusia takde hak untuk menghakimi seseorang apatah lagi bagi mereka yang banyak berjasa. Jangan kerana mitos dari orang tua atau pandangan serong masyarakat menyebabkan kita terpaksa mengikutnya juga. Betulkan lah persepsi kita!
Jadi pada semua cikgu atau bakal cikgu, teruskan niat murni anda mendidik anak bangsa. Kalau dorang banyak cakap, jangan risau...sini ada lawyer... hehehehe
Artikel ini di copy paste 100% dari blog ini. Jadi saya tak mencuri tau. Pinjam sahaja. Sebab saya sokong pandangan dia. Semuanya berkait dengan niat. Even kita kerja apa sekalipun. Kalau dah namanya kerja tak ikhlas, makan gaji buta. Dosa tetap dikumpul. Samalah macam menulis di blog. Kalau asyik Copy entry orang tanpa bagi kredit. Trafik yang dia dapat tu bukan atas usaha dia! JADI JANGAN TAMAK. JANGAN HANYA FIKIR KEDUNIAAN. ALLAH MAHA MELIHAT!!!
Post by,
Miss Ran
No comments:
Post a Comment