CORETAN TERBARU NADH

KAU NI MEMANG TAK BERSYUKUR!!!

Oleh kerana i dah menjanda. Oh bukan menjanda. Menlonelykan diri di tingkat 3. Hostel mewah sangat tinggi! I rasa penat nak turun bawah. 136 anak tangga untuk turun. Kalau naik tambah 136. Kalau berkali-kali turun naik? Malas kira. Tapi tulah. I bersyukur jela. Sebab orang dah bagi kita duduk pun dah kira ok. Kang merempat luar lagi payah. Cari rumah sewalah apalah. Lagi-lagi elaun belum muncul ni. I tak kisah sangat elaun sebabnya my family ada. Takkan nak bagi anak makan pasir ye tak. Jadi tak nak merungut sangat.

Bukan apa, kebelakangan ni asyik dengar orang merungut pasal duit. Dahla kerajaan dah bagi. TAK PAYAH BAYAR BALIK! Tu pun nak berkira lagi. I dulu pun macam tu jugak. Selalu bising-bising. Tapi dah namanya manusia. Tak pernah lari dari buat silap. I sekarang muhasabah diri. Tak nak merungut sangat. Maki-maki or what ever. APA YANG KITA BAGI KITA DAPAT BALIK. Jadi kena ke maki-makian? Molekul dalam badan kita pun akan bertukar negatif sebab asyik cakap benda negatif je.

I tak perfect. I cuma nak ingatkan diri and kawan-kawan supaya bersyukur dengan nikmat yang ada. Jangan jadi tamak. Tiba-tiba teringat duit-duit elaun beribu-ribu selama beberapa tahun ini telah mengalir ke mana. Apa I nak jawab bila orang tanya "kau buat apa dengan elaun tu? Beli buku? Merungut mahal. Bayar yuran. Merungut yuran tak penting. Bayar duit kelas. Merungut duit kelas banyak-banyak bukan guna pun. Bayar duit bubur lambuk, sanitary bin, duit kebajikan, insuran, cagaran bilik. "Banyak betul kena bayar ingat kitorang cop duit ke?"

TAPI BILA BERHIBUR DI MALL, SHOPPING SAKAN, TENGOK WAYANG, KARAOKE, BELANJA TOPUP, HADIAHKAN PAKWE HADIAH MAHAL-MAHAL boleh pulak?

INILAH ORANG YANG TAK BERSYUKUR! I mengaku i juga golongan itu. Cuba betulkan diri jugak. Bukan niat nak komdem sesiapa tapi aku nak share. What u give u get back. Jadi cuba uruskan wang dengan bijak. Jangan hanya menunding jari jika kita kesempitan wang. Time tulah baru ingat mak bapak. Pakwe? Kalau pakwe kaya lah. Pasang sugar dady? Boleh tapi sanggup ke kena bakar kat api neraka kelak?

RENUNGAN!



Post by,
Miss Ran

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers