CORETAN TERBARU NADH

Segmen Syok Sendiri

image
klik gambar encik ben untuk join


Ketika ditemu bual oleh pemberita. Saya ditemani oleh abang.


Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?
Miss Ran

Kenapakah anda memilih nama tersebut ?
Sebenarnya saya suka sangat tengok cerita Conan Edogawa. Bagi saya watak Ran dalam cerita itu sangat bagus dan setia. Seorang wanita yang serius dan matang dalam menyelesaikan masalah hidupnya.

Kenapa anda berblogging ?
Saya suka mengarang cerita. Saya suka berpuisi tapi sekadar dalam bentuk tulisan. Saya lebih banyak menulis di dalam alam maya berbanding menghantar karya-karya ke syarikat yang berkenaan.

Siapakah pemberi semangat anda ?
Saya sendiri. Saya sangat yakin dengan bakat yang saya ada. Kadang-kadang ada yang mengkritik hasil nukilan saya. Tak juga memuji. Semua itu saya terima. Saya jadikan ia pendorong kepada kepuasan saya sendiri.

Sudah berapa lamakah anda berblog ?
Belum setahun jagung pun. Pada 28.5.2010 saya telah memulakan dunia blogging.

Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?
Kawan saya sendiri. Beliau sangat gemar menulis novel dan cerpen. Saya selalu mengikuti perkembangan cerita beliau. Kadangkala saya juga memberikan kritikan demi kebaikannya. Cita-cita beliau sangat besar dan membuatkan saya lebih bersemangat untuk berblogging.

Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?
Kenangan manis saya ialah saya dapat menambah ilmu sekaligus saya dapat belajar macam-macam perkara baru dalam alam maya ini.

Kenangan pahit anda dalam dunia bloggng ?
Setakat ini masih belum ada kenangan seperti itu. Kalau adapun saya akan anggap ia sebagai ujian daripada Allah S.W.T kepada hamba-Nya.

Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?
Saya dapat pengikut yang sentiasa mengikut perkembangan saya. Bukan hanya klik butang follower(pengikut) tanpa membaca setiap cerita terbaru dari saya.

Selain berblog , apakah minat anda ?
Saya suka membaca novel. Bagi saya novel itu suatu hiburan disamping memberi kita seribu satu impak dan situasi alam dunia sebenar yang kita belum tentu dapat merasainya.

Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?
Saya akan mengutamakan pelajaran saya terlebih dahulu. Jika ada masa terluang barulah saya menghadap blog. Satu hari tinggal umpama setahun pula rasanya.

Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini .
Pada pendapat saya. Blog adalah media yang baik dalam menyampai segala ilmu. Terpulang kepada kita sebagai penulis dan pembaca untuk mempengaruhi pembaca. Jika baik niat kita, Insyaallah apa yang kita nak sampaikan akan terus ke sanubari pembaca.

Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri.
Nasihat saya mudah sahaja. Life is choice. Anda yang memilih sama ada kesudahan cerita anda berakhir dengan gembira atau kedukaan. Allah telah memberi jalan. Terpulang kepada kita sama ada neraka jahanam atau syurga yang indah dijanjikan ALLAH S.W.T. untuk hambaNya yang bertaqwa.

nuffnang
Post by,
Miss Ran 

9 comments:

Awangku Johan said...

apa rasanya d temuramah oleh wartawan?? best ke??haha..
saya pun join.. mai singgah blog saya ek

Lulu Caldina said...

semangat memalam kena temuramah..ngee

aima in luv said...

piwitttt,, masuk majalah tue.. hehe..
aima pon join,, sempat gak rasa ditemu ramah kn.. ^_^

SyedGraphix Dot Com said...

wahhh...haha..jwapan interview yg bernas :P

lunaticg said...

Salam.
Baru lagikan? masih banyak yang perlu dipelajari lagi ni. Selamat menempuh alam blog.

Unknown said...

@awangku rase dup dap dup dap hahaha

@lulu semangat itu mesti hehe

@aima da bace awk punye..bile lg nk brangan kn

@syed awknye pon bernas gak...hehe da bce awknye

@luna aah baru..okeh tke it 4 da good advide

SukaHatiAkulah said...

melwat rakan temubual..hehehe

Nadhirah AR said...

hehe , jawapan akak semua best2 . interview saya je yang melebih-lebih . kihkih :) tapi gambar tu nampak real la . hehe :)

Unknown said...

@ nyssa tengs hehe t tgk u punye lak

@nadirah yeke? hehe tengs..kebetulan je tuh

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers