CORETAN TERBARU NADH

Antara ayah dan ibu

Kisah ayah lain sangat dengan kisah ibu. Kenapa? Si ayah sibuk berahsia. Si ibu sibuk bercerita. Namun keduanya mempunyai rasa yang sama. Keduanya tetap berkongsi rasa serupa. Apa rasanya? Rasa sayang terhadap si anak. Lihat saja kisah mereka;

Situasi si Ayah:
Ayah: Nak air apa?
Anak: Milo ais je ayah.
Ayah: Pergi duduk dulu.
Anak: Ayah nak makan apa?
Ayah: Roti canai. Ada duit?
Anak: Tak ada*sengih.

Si anak ingin duduk berhadapan ayahnya. Kelihatan lelaki dewasa duduk bersebelahan kerusi kosong itu.

Ayah: Duduk sini. *ayah mengalihkan tempat duduk. Tak mahu anaknya duduk di sebelah lelaki.
Anak: Senyum. *menurut kemahuan ayah.

Tengok! Si ayah sanggup alih tempat semata tak mahu anaknya duduk dengan lelaki bukan mahram. Bagi duit tanpa banyak bicara. Layan seperti puteri. Walau kasihnya tak pernah terucap tapi ayah buktikan sayangnya melalui perbuatan.

Situasi si ibu:

Anak: Lamb chop.
Ibu: Tak padan dengan sakit.
Anak: Sengih*

Si anak terkial-kial memotong daging dengan tangan yang berbalut.

Ibu: Dah mari ibu buatkan. Kesian ibu tengok.
Anak: Terima kasih. Tengok, ibu sayang I tau.
Ibu: Mak mana tak sayang anak. Dah makan tu.

Kasih sayang ibu tak bertepi. Walau ulang sepuluh kali ayat yang sama dia tak pernah jemu. Dia tetap ucap sayangnya. Cuma anak je makin naik rimas. Tapi tak bermakna sayang tu hilang. Kesimpulannya, sayangilah mereka. Hargailah selagi masih ada. Jika tiada di dunia sedekahkan ayat al-Quran untuknya.

Ps: Dia tak tahu kategori ibu ke ayah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

15 comments:

Cik Pulau said...

wahhh.....
betul kan...
kasih ibu senornya tak terucap..

aamalinaazman said...

huwaaaa
2 situasi tapi mmbwa maksud yg sama :)

suke sgt

sebb tu mereka berdua ni sgt istimewa kan...

Unknown said...

ayah tetap sayangkan anaknya walau tak semesra ibu

Unknown said...

Abah atau mama, kasih sayang dorang memang ada untuk anak-anak dorang. heehee.. cuba cara je beza. Time sorang marah, sorang lagi back up. hihi..

reenapple said...

yaa.. kasih ibu dan ayah tak ada bandingan..

oh..rindu rumah lak bila baca entri nie..=)

Cik Bambam said...

tp pelik ada jugak anak2 bosan sbb parents terlampau syg dorg.. dikatakan mengongkong.. =.=

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

macam mana la bila kita jadi ibu nanti eyh??

adakah mampu menjadi sebaik ibu kita?

ema said...

mak ngan ayah sbnr nye sme2 syg anak2 dy, cume cara yg dorang tunjuk tu berlainan :)

mas saari said...

dua2 sayangkan kita... tapi ibu lebih ambil berat! heheheee

Fasihah Supian said...

kasih ibu tiada penghujung, kasih ayah selamanya...erk

r-5 said...

ayah dan itu permata.. hilangnya mereka tiada pengganti.. :)

maszull said...

assalamualaikum iffah....syg kedua2nya tapi ibulah yg paling lebihnyakan...:)

Kira Sakura said...

tringat lak mkn mee kari ngn papa akak ritu.. walau die letih ttp die layan perangai akak...

Faaein Talip Roy said...

kasih ayah dan ibu..

memang tak berbelah bagi..

Eera Shera said...

mak ngan ayah masing2 lain caranye..kalo sy, abah lebih nmpk mnja kan anak2 ;)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers