KANGAR: Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, menegur kelewatan seorang pegawai Jabatan Imigresen, Harlina Harun, yang menghadapi tuduhan berkhalwat dengan seorang lelaki bukan Islam kerana gagal mengikuti perbicaraan kes mengikut waktu ditetapkan.
Hakim Azzeman Omar, memberi amaran bahawa mahkamah tidak teragak-agak mengeluarkan waran tangkap jika tertuduh terus ingkar menghadiri perbicaraan dalam tempoh ditetapkan kerana menimbulkan pelbagai masalah termasuk mengganggu proses perbicaraan kes lain.
“Saya harap masalah ini tidak berlaku pada perbicaraan akan datang dan berharap tertuduh menepati masa ditetapkan. Mahkamah tidak teragak-agak mengeluarkan waran tangkap selepas ini,” katanya.
Kes khalwat itu sepatutnya disebut jam 9.30 pagi tetapi terpaksa ditunda jam 10.45 pagi kerana kegagalan tertuduh hadir ketika perbicaraan.
Bagaimanapun, perbicaraan kes khalwat Harlina, semalam terpaksa ditangguhkan selepas kredibiliti Ketua Pendakwa Syarie yang mengendalikan kes itu dipersoalkan tertuduh.
Peguam tertuduh, Zulmi Sabri membantah Ketua Pendakwa Syarie, Ahmad Fikri Ibrahim yang mengendalikan kes itu dan mendakwa pelantikannya tidak memenuhi kelayakan setaraf berdasarkan peruntukan Seksyen 58(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006 dibaca bersama Seksyen 78(1) akta sama, berkaitan dengan pendakwaan dan pembelaan.
Sumber: my Metro
Post by,
Miss Ran
No comments:
Post a Comment