CORETAN TERBARU NADH

Manusia pertama dibunuh

Manusia pertama hidup di dunia adalah Nabi Adam A.S. Beliau telah diturunkan ke dunia ini  bersama pasangannya Siti Hawa setelah mengingkari perintah Allah supaya jangan memakan buah Khuldi di dalam taman syurga, namun atas godaan Iblis, mereka memakannya juga dan tercampaklah mereka serta keturunan manusia ke muka bumi ini. Mereka hidup di dunia dan dikurniakan dua pasangan kembar iaitu Qabil dan Iqlima serta Habil dan Lubuda.
Dikisahkan apabila anak-anak Nabi Adam telah memasuki alam remaja, maka Nabi Adam berfikir cara supaya anak-anaknya tidak terjebak dalam maksiat. Lalu Allah mengilhamkan kepada Nabi Adam agar mengahwinkan kedua puteranya dengan kedua puterinya. Setelah mendapat ilham dari Allah, maka Nabi Adam menetapkan bahawa Qabil dikahwinkan dengan adik kembar Habil iaitu Lubuda manakala Habil dikahwinkan dengan adik kembar Qabil yakni Iqlima.
Qabil serta-merta menentang keputusan ayahnya atas alasan Lubuda tak secantik adik kembarnya iaitu Iqlima, jadi dia berpendapat bahawa dirinya yang layak berkahwin dengan adik kembarnya. Oleh kerana Qabil tetap tegas dengan pendiriannya dan Nabi Adam pula tak mahu terjadi perpecahan dalam keluarganya, lalu Nabi Adam menyerah pada Allah untuk memberi satu jalan keluar yang terbaik dari masalah itu.
Allah memutuskan bahawa Habil dan Qabil hendaklah menyerahkan korban kepadaNya dan ia mesti diletakkan di atas sebuah bukit. Korban yang terbaik akan menjadi pilihan Allah sekaligus pemiliknya akan berkahwin dengan Iqlima. Nabi Adam pun menyampaikan apa yang diperintahkan Allah kepada anaknya Habil dan Qabil dan kedua-duanya akur dan setuju dengan syarat yang dikenakan.
Habil yang mempunyai banyak binatang ternakan telah memilih seekor kambing yang paling baik serta gemuk untuk dijadikan korban manalaka Qabil yang mempunyai hasil ladang yang banyak telah memilih gandum yang paling buruk lalu diisikan dalam sebuah karung. Mereka meletakkan kedua-dua korban tersebut di atas sebuah bukit. Nabi Adam serta keluarganya melihat dari jauh korban maka satukah yang akan dipilih Allah. Tak lama kemudian, turunlah api dari langit menyambar korban kambing yang dipersembahkan oleh Habil kepada Allah manakala korban Qabil sedikit pun tidak terusik.
Melihat hal tersebut, ketahuilah Nabi Adam bahawa selayaknya Habil akan dikahwinkan dengan Iqlima. Musnahlah harapan Qabil untuk mengahwini adik kembarnya sendiri lalu dia merancang untuk membalas dendam terhadap Habil dengaan niat membunuhnya. Suatu hari Nabi Adam hendak berjalan jauh, lalu ditinggalkan amanat kepada Qabil supaya menjaga ibu serta saudara-saudaranya. Qabil menggunakan peluang ini untuk menjalankan niat buruknya.
Setelah Nabi Adam pergi, Qabil mengajak Habil menuju ke hutan dan Habil menurutinya. Tiba di sana Qabil berkata, “Kamu tahu mengapa aku ajak kamu kemari? Aku sebenarnya ingin menamatkan riwayatmu dari muka bumi ini”. Habil terkejut dengan kata-kata saudaranya lalu berkata, “Kenapa kamu hendak membunuhku? Apa salah aku?” Qabil menjawab, “Aku hendak membunuhmu kerana korban kamu diterima Allah sedangkan korban aku ditolak, maka sudah tentu kamu akan dikahwinkan dengan adik kembarku”.
Habil berkata, “Apakah aku berdosa disebabkan Allah menerima korbanku dan menolak korbanmu? Bukankah kamu telah menyetujui usul yang dibentangkan oleh ayah kita? Dengarlah saudaraku, janganlah kamu terburu-buru mengikut hasutan Iblis yang telah menurunkan ibu bapa kita dari syurga yang mulia. Ingatlah jika kamu berkeras untuk membunuhku, aku takkan sesekali menentangmu dengan tanganku kerana aku amat takut kepada Allah. Aku berserah padanya atas apa yang telah ditakdirkan”.
Oleh kerana Iblis terus menghasut hati Qabil, maka segala kata-kata Habil tidak diendahkannya malah kata-kata saudaranya itu sedikit pun tidak melembutkan hatinya. Akhirnya Qabil mengambil satu batu besar dan diketuknya kepala Habil sehingga mati. Setelah membunuh Habil, Qabil terpinga-pinga kerana dia tak tahu apa yang patut dibuat pada mayat tersebut. Lalu dia masukkan mayat Habil ke dalam peti dan membawanya tanpa arah tuju sehingga mayat itu busuk.
Kemudian Allah hendak menunjukkan contoh kepada Qabil, lalu Dia mengirimkan dua ekor burung gagak yang sedang berkelahi dan akhirnya seekor dari burung itu mati. Burung gagak yang hidup itu pun menggali tanah dengan paruhnya sehingga dalam dan menanam mayat burung gagak yang mati lalu menimbusnya. Qabil yang melihat kejadian itu lalu menguburkan Habil dengan cara yang sama.
Inilah pembunuhan manusia yang pertama terjadi di dunia dan Habil adalah manusia pertama dikuburkan. Dari tanah manusia dijadikan dan kepada tanah manusia dikembalikan.
Sumber: Himpunan kisah-kisah teladan
Notakaki:
Download e-book himpunan kisah-kisah teladan di sini


.kredit to:::http://syahirul.com/manusia-pertama-dibunuh-di-dunia/



Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers