CORETAN TERBARU NADH

Kenapa ada dua akaun Facebook?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Terima kasih pada yang bertanya. Sebenarnya ramai yang tanya pasal benda ni. Sorry, aku tak ingat aku dah terangkan belum. Tapi aku nak terangkan lebih lagi. Suka hatilah kan? Nak baca silakan. Tak nak baca pangkah. Ingat kau hebat sangat sampai dua akaun?  Aku sebenarnya tak niat nak buat dua atau bajet retis. Aku ada sebab. Kenapa ada Iffah Afeefah dan Iffah Afeefah II? Antara sebabnya;

1.    1. Kawan tak suka
Ya, ada yang sokong aku jadi blogger ada yang tak. Masa memula blogging memang sangat aktif. Entry lebih dari 10 sehari. Kalau tak percaya tengok tepi ni. Jadi bila asyik ping orang akan terganggu dan sebagainya. Siap kena perli lagi. Penuh home sebab aku. Jadi, nak tak nak aku cari jalan lain untuk tak menyakitkan mata orang berkenaan.

2.     2.Rahsiakan dari keluarga
Aku segan kalau family aku baca. Entah apa yang aku tulis. Tapi sekarang dah kantoi. Tiada gunanya lagi. Haha. Asyik kena bahan je. Sabar jelah.

3.     3.Privasi
Aku tak suka tayang gambar. Korang perasan kan? Ramai sibuk tertanya-tanya muka aku macam mana. Kalau ada pun dah tertutup. Misteri itu best. Jadi kalau ada gambar keluarga atau kawan aku upload tu taklah korang yang dari alam maya nampak. Siapa pernah tengok tu dah tak boleh kata apa dah.

4.      4. Bebas update status merepek
Kalau sesiapa yang add dua-dua akaun perasan aku lebih aktif IFFAH AFEEFAH II. Sebab aku boleh update status jiwang ke merepek ke mengada ke tanpa batasan. Jadi sangatlah seronok. Kalau kawan blogger atau alam maya tengok menyampah boleh hide. Tapi yang kawan tempat belajar menyampah kena kutuk depan-depan. Baik jangan sakitkan hati tisu ni kan?

Jadi korang ada FB? Boleh add aku kat Iffah Afeefah II. Sebab tu aku tayang FB yang tu kat blog. Sesuai dengan tema blogger and reader. Ececehhh~~~ Percayalah korang insan terpilih sebab aku aktif satu akaun je =P Tunggu Azhar si Ikan Kaloi add entah bila pulak kan? =P

25 comments:

Kira Kekuri said...

aku pun ada dua gak, yg satu tuh d buat sebab hari tuh fb tuh x suruh aku komen kat mana2 selama seminggu~ jadi terhasil lah yg kedua. hahaha XD tapi dah deactivate. jadi gna yg 1st ^_^

reenapple said...

heeheheh... aku pun rasa nk buat 2 jugak la.. tapi aku malas nk handle dedua..kekeke

Eera Shera said...

bagus gak cmni..penah gk tepikir nk buat akaun lain. biar org yg kenal x tau psl blog..mls la kalo org perli2 ni haha

Boni JLL3 said...

blogger misteri ni la yang buat orang tertanya2..macam mana gerangan penulis disebalik blog ni..heehe

Boni JLL3 said...

err..rasanya banyak da video saya menyanyi kat blog saya tu.. cuba check kat bawah header..hehehehe.. ada tab untuk MYSINGING

Solihin Zubir said...

woahhh.. sy antara insan bertuah.. ;-p

yg akaun 1st tu yg nama iffah arip tu eh.. nk add.. nk tgok muka.. hehe.. ;-p

Nong Andy said...

haha.. aku selalu baca status jiwang tu ekekekeke...

*susah la nak jaga 2 fb :)

Eza Boom Boom :) said...

hehehe. dah lama dah add :) hihi..

Gen2Merah said...

idea ni mmg bagus lah cikgu,.. saya pun salu dok kena perli ngan kawan2 gara2 asik nak ping kan entri... menyemak je.. tu sebab saya jarang nak berblog dalam FB ni.. nanti ada lagi kwn yang bising.. huhu..

ada masa saya nak create lah akaun FB ni..

Asyiqin Haulisah said...

yeaahh betul tu kdg2 mcm kesian je org kat news feed dok tgok kita post byk link blog.

missSenget said...

ade dua jugak..

tapi lebih aktif pada misShila tu..

smpai yg lg satu terabai.. hahaha..

laskar pelangi said...

Biasanya blogger mesti ada dua fb..Satu akaun leh share blog selalu..Hihi;)

Tp,sy ada satu je...=,=

Anonymous said...

BLUp BLUp BLUp...
TimBUL DiPERMukaan :p

MACam Cik iFFAH CAKap,MiSTERi iTU BESt.
SEBab Tu BELum SEDia NAk ADD,NANti DAh TAk MiSTERi LAGi :)

Bidadari Syurga said...

heeeeeeeeeeeeeeeeeeee... akakpun ada 2... maya 1/ realiti 1

Noraim said...

saay ade 1 akaun tu je. tp kat fb hati2 sikot la sbb familt stalk. hikhik. kalau nak merepek kat twitter lbh selamat.

ps, dah add pun akak! hehe.

Rozuan Ismail said...

dah pernah tgk ko.tiada lagi misteri.huhu

.........cP~ said...

Salam.

Haha. Good reasons. Memang saya rasa semua tu masuk akal. Cuma saya tak ada dua facebook. Saya guna facebook untuk ping entry tapi tak gunakan untuk add friends. Hehe.

kiera'sakura said...

akak pulak jenis mlas nk selia klu ada dua akuaun.. klu buat pun akak rasa salah satu mesti terbengkalai.kihkihkih

kiera'sakura said...

akak rasa dh drop komen tp td servey mengong.. dh akak lpe amenda yg akak komen.. grrrrrrr

aDisH.sHidA said...

sama la dengan akak masa guna adish shida akaun lama dulu...sampaikan sepupu sepapat kata akak bz ke apa..xnampak update apa2 kat FB..mbe2 lain lak mcm ada yg dok perli...so senang buat akaun baru...guna nama adish shida..yg lama tukar nama lain..hehehe..senang
bab nak sorok dr family tu mmg x leh tahan...akak pun terkena gak...abg n anak buah dah baca,,siap perli hampeh betul

Syira said...

salam..

kurang aktif FB, rasanya x buka langsung kot, kecuali terus share entri dari blog je..hehe

EZAD AMIR said...

Ko lagi bertuah sbb 10 bijik akaun aku ada dlm friendlist ko...=P
check la...akakaakak...

Nong Andy said...

Ezad...

akakakaka...

maszull said...

assalamualaikum iffah...biasa la tu tapi kalau dah byk2 susah juga x tahu mana satu nak buka...:)

deno said...

hehe.. deno ada satu je..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers