CORETAN TERBARU NADH

Pengetuaku yang cemerlang

Hari ni mungkin hari yang paling malang buat seorang pengetua yang sangat cekal. Mana taknya sudah tiga buah sekolah dia tadbir. Tapi nasib tak selalu menyebelahi dia. Dia sangat tegas tapi mempunyai toleransi yang sangat tinggi. Kerjayanya sebagai guru pada awalnya. Dia sangat bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke UNIVERSITI dalam bidang kedoktoran. Tapi apakan daya. Nasibnya telah ditentukan. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

"Ibu penatlah, asyik tukar sekolah aje. Kita beria membina sekolah, orang lain dapat nama." berkata ibu sayu. Aku yang mendengar turut bersetuju. Bukan membangga diri tapi itulah hakikat. Kalau tak masakan SULTAN SELANGOR berkenan untuk menganugerahkan ibu darjah bintang kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin (A.I.S). Bukan senang nak dapat. Lagi-lagi ibuku bukanlah anak kelahiran negeri ini. Aku terdiam lama.

"Ibu belum tahu lagi sekolah apa, tapi sekolah itu kat petaling jaya," kata ibu lagi. Ayatnya memang selalu skema. Anak-anak memang dah faham. Aku mencongak. Petaling Jaya jauh dan kesesakan lalu lintas. Masakan ibu perlu berulang ke sana seperti beberapa tahun dulu. Semasa ibu bertugas di Taman Keramat AU, Kuala Lumpur.

"Sabarlah ibu. Ibukan hebat!" Aku mengusiknya. Ibu ketawa lepas. Aku masih buntu. Aku tak tahu perkataan apa yang aku perlu guna untuk situasi tak diduga ini. Ibu memang pengetua cemerlang. Aku berhajat menjadi dia. Tapi apakan daya, sikapku yang malas membuatkan aku menjadi pelajar yang markahnya biasa-biasa. I want to be somebody but not nobody.

"Cantikkan sekolah selama dua tahun, tiba-tiba diarah tukar," kata ibu lagi. Aku mengiakan. Selaku penjawat perkhidmatan awam apa lagi yang kita boleh harapkan. Kita bukan ada pangkat. Nak bersuara bimbang pula kerjaya bergoncang.

"Ibu pergi jela. Mungkin sekolah itu memerlukan ibu lebih dari yang ada di sini," aku cuba pujuk hatinya. Aku tak suka ibu jauh. Nanti lambat pulang dari sekolah. Dengan jalan yang jauh dan jammed. Aku rasa nak suruh mak aku pencen sekarang. Tapi kami adik beradik ramai. Seorang aje yang sudah bekerja. Takkanlah nak berhenti.

"Ibu kena ambil surat pejabat dulu. Nak buat apa lagi," sayu suaranya.

Oh ya berita kedua yang meninggalkan kesan kepada ibuku ialah YDP PIBG sekolahnya sekarang baru meninggal dunia. Siap buat rombongan ke Melaka untuk menziarahi keluarga Si Mati. Innalillah. Dari Allah kita datang kepadaNYA kita dikembalikan. 

Buat aku berfikir sejenak. Usia kita bukan penentu tarikh kematian. Aku belum bersedia untuk menghadapi sebarang kehilangan. Tapi jika itu takdirnya, izinkan aku pasrah. Aku cuba meredhai. Aku juga tidak tahu sempatkah aku bergelar pendidik? Yang bakal menyambung titik peluh ibuku yang berkhidmat untuk negara. Cabaran kini makin membara. Risau tanggungjawab tak terpikul. Doakan aku. 

Ibu semoga ketabahanmu menjadi pedomanku. Selamat ibu. Selamat ayah. Semoga semuanya dilindungi dari kecelakaan. AMIN~~~~



Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers