CORETAN TERBARU NADH

Sahabat boleh berubah-ubah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku cuba fahami erti sahabat. Ya, kadang kita lupa sahabat bukan bermakna yang ada 24 jam dengan kita. Sahabat bukan bermakna yang kenali kita luar dalam. Bukan begitu. Sahabat juga bisa berubah-ubah mengikut musim.

Kadang kita rapat dengan A, kadang kita rapat dengan B. Tapi dalam hati kita masih ingat dan sayang kat sahabat lama. Cuma keadaan tak sama macam dulu. Dulu kita sebumbung, sekarang kita berjauhan. Dulu kita selalu mesej. Sekarang kita dah tak tahu nak borak apa.

Jadi, sahabat tu datang dan pergi. Ada masa kita perlukan A dan ada masa kita perlukan B. Jangan salahkan diri kita atau sahabat kita atas perubahan-perubahan yang berlaku. Banyak perkara yang membuatkan kita jauh tapi tidak semestinya kita tak lagi bersahabat. Bukan begitu?

Kesimpulannya, semua orang ada tempat di hati seorang sahabat. Setiap sahabat mencipta pelbagai kenangan dan kenangan memang sukar untuk dilupakan. Apatah lagi sahabat yang sangat akrab satu ketika dulu. Jadi, jangan runsing, seorang sahabat yang baik takkan melupakan sahabatnya sendiri. Cuma perubahan itu adakala perlu. Eh tiba-tiba rasa rindu kat sahabat-sahabat aku semua =)

18 comments:

mekjangok said...

betul tu...hanya hati yg lebih tahu..

Unknown said...

Sahabat aku sentiasa ada dalam hati aku... walaupun ada yg tlh pergi meninggalkan aku, yang masih hidup, yg mula melupai aku, yang sudah tak kenal aku.. tetap mereka-mereka itu, sahabat aku dunia hingga akhirat insyallah... semoga Allah tak ubah cinta serta kasih sayang aku pada sahabat-sahabat aku... amin...

aDisH.sHidA said...

akak xbiasa borak2 n sms dengan iffah tp akka ingat je iffah..

rindu iffah...

boni kacak said...

samalah.. apalagi bila sahabat2 semua dah kahwin , memang terasa semakin jauh jarak tu..

Kira Sakura said...

betul tue. xkirim berita xsemestinya lupa

kay_are said...

aku pun contact member2 aku jarang2 je.. yang penting, biar jauh asalkan tak lupe sahabat tu kan? so bile jumpe nanti lagi best macam2 bende baru leh share.. ^^

Dayang Deno said...

sahabat.. susah nak dapat sahabat yg betul2 sahabat....

Unknown said...

agree.. everybody's changing..

MalizaMah said...

apa yang penting, kita kena saling menghargai.

Scha Nazri said...

sebab tu syaz cuba rapat dengan semorang. senang. ada geng. hehe.

hazanis said...

sahabat, susah ingin mencari yang betul2 jujur.

maszull said...

assalamualaikum iffah...kenalah menghargai antara satu sama lain kan barulah aman selalu...:)

hana hadi said...

kkadang dah xkisah dah..

Dikbee said...

Faktor kehidupan menyebabkan hubungan antara sahabat sentiasa mengalami perubahan...

#dulu boleh bergossip pasal pakwe2 hensem tp bila ramai dah kawen, bergossip pasal susu anak la, lampin anak la...huhu

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

ya betultu...

tak semua orang boleh jadi sahabat yang baik...tapi kita cuba yang terbaik utk jd sahabat yang benar-benar sahabat

Anonymous said...

kau lupa aku pun takpe..
jaji aku igat kau..

bak kata pujangga :)



cikzaitul

Nong Andy said...

kadang aku diam.. menyepi bukan aku tak ingat kengkawan.. cuma aku bz dgn rutin harian... :)

Unknown said...

bermakna sungguh kata-kata di entry ni.. Rindu sahabat Eza jgkk! :')

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers