CORETAN TERBARU NADH

Harapan padamu subur kembali

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tajuk jiwang tak ingat. Tak adalah ni lagu nasyid. Boleh search. Tapi sekarang bukan nak cerita pasal tu. Aku nak cerita pasal harap, mengharap, harapan dan segala yang berlaitan. Korang mesti pernah rasa berharap. Ala mengharapkan sesuatu dengan membuak-buak rasanya. Atau korang akan kecewa sangat jika harapan korang musnah.

Harapan ni macam-macam situasi kita boleh lihat. Korang pandang sekeliling. Pandang diri sendiri. Nampak tak harap, harapan, berharap, mengharap? Okey aku bagi contoh mengikut bahagian utama konteks berharap dalam kehidupan harian. Harap korang faham=P

1)Harapan dalam percintaan
-Korang berharap agar hubungan terjalin akan berkekalan hendaknya. (Tak kisahlah suami isteri, teman tapi mesra, pakwe makwe, tunang)
-Harap sangat si dia membalas cinta yang korang bagi. (Jangan kata tak berharap ye)
-Harap si dia yang jauh di mata menjaga perangai serta setia pada korang je. (Harapkan?)

2)Harapan bila bersama kelompok masyarakat
-Korang harap agar mereka semua dapat menerima korang seadanya. 
-Korang berharap korang dapat membiasakan diri dalam kelompok. Nak-nak yang pemalu macam aku.
-Korang berharap dapat bekomunikasi dengan baik tak kiralah macam mana pun.

3)Harapan dalam pekerjaan atau pelajaran
-Korang mengharapkan hasil kerja yang korang buat diterima pihak lain.
-Korang harap dapat ganjaran yang setimpal. Contoh, kerja lebih masa, gaji juga lebih. Tugasan mantap, markahpun kenalah mantap kan?

Jadi manusia normal memang akan selalu mengharap. Tapi jangan terlalu berharap. Umpama menganyam mimpi ke puncak akhirnya tersungkur di tanah rata. Jangan pula korang harap orang buatkan untuk korang. Ingat rezeki tak datang bergolek, melonjong dan sebagainya. Fikirkan ye. Sekian.

Post by,
Miss Ran 


1 comment:

aliarosli said...

ada yang kata, jangan letak harapan terlalu tinggi, nanti jatuh sakit

ada pula yang kata letak harapan biar tinggi, nanti jatuh, sikit je dari letak harapan sedikit, kalau jatuh langsung takde apa-apa

entah, kita pun tak tahu yang mana satu

bagi kita, kita ambil yang kedua

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers