CORETAN TERBARU NADH

Sekalung penghargaan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Penghargaan biasanya kita bagi kat siapa? Kawan-kawan, ibu ayah, cikgu kan? Er banker yang bagi duit masyuk kan? Sekarang ni aku nak tambah satu lagi jenis orang yang akan selalu dapat penghargaan dari aku. Iaitu pembaca. Wahaha terima kasih pembaca blog ni. Walaupun macam tak tahu identiti lagi. Tapi ada jugak datang memberi semangat.

Kata-kata semangat nilah yang aku nak dalam blogging. Aku terharu. Tak payah jadi popular. Aku tak nak. Aku nak pembaca je. Cukup ada yang ikuti blog aku dan baca aku suka dah. Tak payah ampu-ampu. Aku bukan popular. Aku tahu banyak follower aku datang dari sini dan sini. Aku tak tahu kenapa korang follow.

Dulu ye aku follow back, comment back. Sekarang aku dah tak nak. Aku nak tengok siapa yang betul-betul ikhlas nak baca setiap entry aku. Karya aku yang tak seberapa tu alhamdullilah ramai orang singgah baca. Walaupun ada dua maksud. Antara sebab pelakon terkenal atau penulisan aku.

Serius aku nak dikritik supaya aku boleh maju ke depan dalam bidang penulisan. Kawan aku telah mengkritik penulisan aku terutama dalam dua cerita bersiri aku. Alhamdullillah aku terima dengan redha. Ada betulnya. Buat apa kita nak sombong bongkak. Cuba rendahkan diri terima pandangan orang lain. Aku nak kritikan membina bagi menyambung karya aku ke peringkat seterusnya.

Itu je luahan sang blogger. Aku harap yang follow aku ni ikhlas. Kalau nak unfollow silakan. Mungkin blog ni tak cukup menarik minat kamu semua. Sekian=)
 Post by,
Miss Ran 

1 comment:

AdyBudika said...

selamat datang untuk mejadi kejiranan saya :) rupanya miss ran nie la orgnya..hadoi...sorry2..selalu sangat awak komen..tapi masih confuse antara pemilik blog ini dengan miss ran...thanks...terharu T_T

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers