CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Cinta dan benci

“Kenapa ni?” Dia tak sampai hati melihat si kecil itu menangis di sudut penjuru. Hati kecilnya memberontak ingin mendekat namun terasa jauh. Ego seakan konkrit teguh. Hanya suaranya yang menyapa kanak-kanak itu. Tidak dengan sentuhan. Dia tak mahu terlalu baik dengan kanak-kanak itu. Dendam semalam sungguh mendalam rasanya. Bencinya meluap bila memandang anak kecil itu. Benci yang dari dulu mulai tumbuh mekar di segenap sanubarinya.

“Nak mama,” Alia merengek. Elly menjadi bengang. Lantas dia lari naik ke atas. Tanpa menghiraukan teriakan kanak-kanak itu makin kuat memenuhi ruang tamu rumahnya. Sebetulnya, rumah dia dan suaminya yang juga ayah kandung kanak-kanak itu. Elly Syazwani menyembamkan wajahnya ke katil. Hatinya hiba mengenangkan kisah lampau.

Xxxxx

Kopi dihirup perlahan. Pekat. Tak mampu dia menelannya. Matanya meliar melihat suasan di Restoran Secret Recipe. Ramai. Namun, kebosanan tetap menyinggah. Lama pula dia menanti jejaka itu. Lama sudah dia menyimpan rasa ini sendiri. Cinta. Itulah perasaan yang terbuku. Namun, tak pernah terluah.

“Sorry,” Suara itu mengembalikan otaknya ke alam nyata. Elly monyok.
“Ala sorrylah. Achie ada hal tadi. Boleh pulak ibu suruh beli sardin dengan telur. Tu lambat sampai,” Achie atau nama sebenarnya Fahrin. Ramai juga yang pelik kenapa nama panggilan jauh sekali dengan nama sebenar. Jawapan Achie mudah saja. Dia anak keempat. Yang juga bongsu. Tapi dia tetap nak juga panggilan Achik bukan Usu. Maka panggilan Achie yang melekat.
“Baik. Maaf Achie diterima. Orang dah bosan tunggu tau” Elly meletakkan gula lagi ke dalam airnya dengan harapan pahitnya berkurang.
“Air untuk Achie mana?” Elly hanya sengih. Lantas dia memesan bagi pihak. Dia tahu lelaki itu mempunyai citarasa yang bagaimana. Sudah lama mereka berdua berkawan baik. Kadang orang akan salah anggap tentang mereka berdua. Orang lain yang memandang takkan percaya mereha hanya kawan baik. Masyarakat sekeliling akan tetap kata yang mustahil lelaki dan perempuan dapat berkawan baik. Achie tak pedulikan kata orang. Lain pula dengan Elly.
“Achie, nak rasa kek tu,” Elly sengih. Comel pula jika dipandang lama. Masakan tidak, anak kacukan arab memang cantik belaka.
“Achieeee!” Elly tak dilayan. Geram pula hatinya.
“Ye…ye kenapa ni Elly?” Achie tergagap. Pandangannya mati di situ.
“Achie ni! Orang nak sikit pun tak bagi. Merajuklah macam ni,” Muncung itik pun sudah keluar. Achie ketawa. Lantas diambil sepotong kek dan disuakan ke mulut muncung itu. Comot!
“Achie ni kan, mengadalah,” Elly mengelap mulutnya. Giliran dia pula mencalit krim kek kegemarannya, Blueberry Cheese Cake ke hidung lelaki itu.
“Apa ni balas-balas? Ni nak merajuk 44 hari ni,” Lantas keduanya ketawa. Elly gembira. Begitu juga Achie. Dialog merajuk 44 hari menjadi trademarknya. Tak lekang dari meniti mulutnya. Entah apa yang istimewanya tentang merajuk 44 hari. Tapi setiap kali Elly mendengarnya, hatinya terusik. Seolah membisik kata cinta. Hal itu hanya Elly yang tahu yang pastinya.

Xxxxx

Malam itu dingin sekali. Ingin saja Elly menjenguk ke luar tingkap. Ramai yang datang. Entah kenapa hatinya berasa tidak enak. Ketukan di pintu mengganggu emosinya kala ini. Segera dia membuka pintu.

“Sayang, pakai tudung. Tukar baju kurung please,” Elly terpinga-pinga. Kakaknya dipandang pelik.
“Apasal Wana?” Elly sememangnya benci pakaian itu. Dia lebih gemar bergaya santai. Bukan tomboi cuma baginya leceh memakai baju kurung. Boleh bilang berapa kali dia memakai baju kurung dalam setahun.
“Ada orang datang merisik. Cepatlah siap weh,” Kelibat Elly Syazwana hilang entah ke mana. Dengan malas Elly mengorak langkah ke almari pakaian.

Xxxxx

Hati mana yang tak parah melihat cinta hati pergi tanpa berpaling lagi. Malah bukan jauh perginya. Depan mata. Terlalu dekat. Cinta yang dia dambakan takkan lagi memihak pada dia. Dia kecewa sendiri. Elly Syazwani kecewa. Lelaki bernama Muhammad Fahrin telah jauh darinya. Mungkin takkan pernah kembali.

“Aku terima nikahnya Elly Syazwana binti Tajul dengan mas kahwinnya RM 5000 tunai,” Air mata berjurai sukar ditahan. Hanya jari laju menyeka. Seakan tahu tanggungjawabnya kala ini. Dalam hati hanya dia saja yang mengerti. Dia melihat kakaknya, Wana tersenyum bahagia bersama Achie. Ya, Achie yang telah lama tertanam subur di hatinya. Makin lama makin mekar seakan bunga yang dibaja. Tapi kini bunga itu menjadi duri dalam diri. Pedih teramat sangat.

“Aik Elly kenapa nangis beria ni? Wana bukan pergi mana pun,” Ketawa Syazwana seakan belati menghiris. ‘Kau perampas!’ ujarnya dalam hati.
“Wana kau kahwin tak tunggu aku. Kita kan janji nak kahwin sama-sama,” Sengaja dia mengingatkan janji lama. Syazwana terkesima. Achie datang menyampuk.
“Jodoh kami sampai awal nak buat macam mana wahai adik iparku?” Tawa mereka berdua sungguh menjelikkan hatinya.

Elly Syazwani terseksa. Perit sekali rasa cinta tak berbalas. Malah kalah sebelum bertanding. Cinta yang dibaja kini dirampas orang lain. Bukan orang lain, kakak sendiri. Kakak kandung yang berkongsi darah dan berbintikan ayah yang sama. Dalam hati penuh benci. Benci dengan percaturan cinta yang tak kesampaian. Cinta tak berbalas sungguh menyeksakan.

Dua tahun dia menanam benci dalam diri. Dua tahun dia terpaksa berdepan dengan pasangan bahagia. Dua tahun dia terpaksa bersabar dengan permainan cinta kakak sendiri. Bukan sekali Elly berniat tinggal jauh dari kakaknya. Bukan sekali dia cuba memadamkan Achie dalam hatinya. Semuanya sukar baginya. Rasa itu membunuh dia berkali-kali. Elly cuba membunuh diri gara-gara cinta yang kejam itu. Namun, gagal kerana dia takut akan hukum Allah. Sebab itulah dia masih di sini. Masih menguatkan jiwa melihat kebahagiaan yang menyakitkan.

Xxxxx

Deruman kereta mematikan segala kenangan lalu. Elly Syazwani tahu suaminya sudah balik. Dia tahu lelaki itu rindu akan cinta. Cinta seorang wanita. Sebab itulah dia sendiri laju menawarkan menjadi emak kepada anak kakaknya. Ramai setuju. Kata orang dulu-dulu ganti tikar. Memang ini yang dia mahukan sedari dulu. Cuma setelah dua tahun berlalu barulah dia mencipta bahagia dalam dendam. Bencinya belum luput. Masih berbaki biarpun Elly Syazwana tiada lagi di dunia.

“Abang dah balik?” Achie hanya memandang. Lantas kakinya ke arah anak kecil yang terbaring di karpet. Kesian pula hatinya melihat anak kesayangan tertidur di situ. Entah mengapa dia rindu arwah isterinya.
“Abang nak minum?” Dia mencuba meraih cinta Achie. Dia tahu sukar. Cintanya masih membara. Belum pernah padam. Cuma benci membelenggu diri menutupi rasa cintanya selama ini. Sebulan sudah mereka bergelar suami isteri. Namun, semuanya hanya atas kertas semata-mata.
“Saya tak nak apa-apa. Elly, saya nak bawak Alia naik,” Elly terduduk. Sukarnya dia mencapai cinta walaupun dekat tapi jauh sungguh tak tercapai.
“Achie…” Suaranya perlahan memanggil. Achie memandang semula. Di tangannya masih ada si kecil.
“Elly, Achie minta maaf. Tapi Achie perlu masa…” Kakinya terus melangkah ke setiap satu anak tangga. Air mata jatuh tanpa ditahan. Hati wanitanya terhiris lagi. lama sudah cinta ditunggu. ‘Achie, fahamilah hati orang. Cinta orang hanya untuk awak je’ Monolog hati bermula lagi.

Xxxxx

Diarinya hilang. Elly tak tentu arah. Rahsia hatinya bertahun lama tersimpan rapi didalam itu. Mungkin orang akan kata dia kolot. Tapi dia tetap rasa diari adalah barang paling berharga. Dia rela hilang wang namun tak rela kehilangan buku. Umpama separuh jiwanya pergi. Dia takut. Takut isi hatinya terbongkar. Malah lebih teruk pasti tanggapan Achie, suaminya berubah tatkala membaca luahan dan rintihan hatinya.

“Elly…” Suara Achie. Suara yang dirindu.
“Aaa…ada apa wak?” Dia dah lama berbaik semula dengan Achie. Malah mereka sepakat untuk tak menggunakan perkataan ‘abang’ atau ‘sayang’. Panggilan mereka sama seperti sewaktu dulu-dulu.
“Cari ni ke?” Achie merenung tepat ke mata Elly. Elly tergamam. Tak tahu hendak bereaksi bagaimana. Yang nyata, dia malu kala ini. Berbaur dengan rasa takut.
“Aah. Mana Achie jumpa?” Pura-pura kuat padahal dalam hati gelodak jiwa maha kuat melanda.
“Achie kenal Elly lama dah. Takkan tak tahu. Cuma Achie tak sangka…” Kata-katanya mati. Elly hanya menunduk. Dia hanya menanti kata yang diluah. Dia redha.
“Kenapa tak pernah bagitau?” Achie berdiri dekat. Elly tak berani membalas pandang. Lama dia berfikir sebelum beri jawapan.
“Tiada sebab untuk tahu,”
“Siapa kata?” Achie benar-benar menyesakkan jiwanya.
“Achie, benda tu dah lama. Awak tak payah ungkit balik,” Air mata mula membasahi wajahnya. Achie segera menyeka. Enggan melihat wajah itu dihujani kesedihan lampau.
“Hei kenapa nangis ni? Elly please, Achie tak suka awak nangis. Ingat janji kita dulu?” Suaranya benar-benar menenangkan. Tangisan terhenti seketika.
“Jangan ada setitik pun air mata antara kita,” Hampir serentak mengatakannya. Elly tersenyum dalam sendu. Dia rindu saat itu.
“Kenapa kita terlalu diam? Kenapa kita takut luahkan rasa hati sendiri? Achie ingat Elly anggap Achie kawan je. Sebab tu bila Wana kata dia sayang Achie. Achie cuba terima dia. Sayangi dia. Hinggalah saat nyawanya di hujung. Hati ini letih memupuk rasa cinta. Tapi gagal. Sayang Achie pada Wana cuma sebagai kawan. Wana tahu hal itu. Siapa di hati Achie dia tak tahu. Kalaulah kita terus terang dulu…” Elly meletakkan jari di bibir lelaki pujaannya itu.
“Achie jangan. Wana dah pergi. Jangan seksa dia dengan perkataan itu. Cukuplah seksa yang kita tanggung bersama. Mungkin dah tertulis jodoh Achie dengan Wana. Jangan salahkan takdir atau salahkan diri. Achie…” Achie memeluk erat isterinya. Terdiam seketika Elly Syazwani.
“Apa ni?” Terkejut Elly.
“Saya lama dah nak peluk macam ni. Dulu tak boleh. Ego tinggi sangat. Takut Achie je suka kat Elly,” Elly membalas pelukan itu. Lama.
“Sayang…”
“Sayang…” Makin kuat suara Achie bagai memaksa Elly melepaskan pelukan. Namun, hatinya berat.
“Hai sayang, takkan sekali peluk tak nak lepas kot. Dah-dahlah, abang awak ni takkan ke mana-mana. Jangan risaulah,” Meledak ketawanya.
“Abang ni!!!” Geram hatinya dipermainkan. Sekelip mata semua rasa bencinya hilang. Bukan salah Wana. Bukan salah sesiapapun. Cuma benarlah kata orang jodoh rahsia Allah. Cinta, jodoh dan pertemuan semua di tanganNya. Malah kita sendiri tak akan dapat menjangka apa yang terjadi. Biarlah Allah jalankan tugasNya. Kita hanya perlu berusaha mencari jodoh itu dan terima apa yang ditentukan dengan redha.

Alia Syazwana dilimpahi kasih sayang tak berbelah bagi. Hanya itu peninggalan kakak tunggalnya. Dia rindu kakaknya. Hingga ke saat kematian dia menanam benci. Kini dia sesali. Hanya kerana cinta seorang lelaki, benci dibawa hingga ke saat nyawa ditarik semula. Dia mula menginsafi diri.

“Achie, saya sayang awak sangat-sangat,” Perlahan saja suaranya.
“Saya juga,” Achie tersengih. Keduanya ketawa lagi dan lagi. senyuman menghiasi wajah keluarga bahagia itu.
Tamat!

NOTA IFFAH: Nama Achie untuk kawan maya aku. Alasan dia munasabah. Jadi aku abadikan nama dia pulak. Nama aelly Syazwani tu nama anak murid darjah 1 yang sangat comel! Korang rasa manis ke benci dalam cerita ni?
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 comments:

Sunah Sakura said...

erm..menarik..dan menyedihkan juga...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

sweet....tapi benci tu tak terasa sangat.....

;)

reenapple said...

err... mula2 aku baca memang sedey ah... aku tetiba je faham perasaan elly alami.. kikiki.

but thenbila dah nak part last... rasa cam sweet... manis dalam kebencian.. hehehe

Woofer Storm said...

jujur jarang baca sampai abis cerpen on9 ni..perghh hebat la..sampai tak larat nak merajuk 44 hari^^

Unknown said...

woahh kacukkan arab :D

Nong Andy said...

akhirnya :)

masam.. manis.. dan terselit pahit.

wah.. guna diari gak!

'rasa' masa aku baca cerpen ni?

masam-masam manis!! :)

*Adoi.. aku yg masih tersekat. Iffah.. tolong!!

Kira Sakura said...

bukan Achie tue kacukan sabah ke? hihihihi ..

ada kalanya perit jugak menyimpan rasa kan... sbb tue akak selalu luahkan ape yg akak rasa,, tp bab cinta tue mmg malu nk diluah ;)

CikUna said...

Owh baru faham kenapa suka merajuk 44hari.. hehe dah macam orang dalam pantang..

** 1st time baca cerpen kat blog terus jatuh cinta.. waahhh..

** Hope dapat jumpe orang yang suka merajuk 44 hari tu lagi.. eceh..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers