CORETAN TERBARU NADH

Betulkah???

Orang selalu cakap macam ni.
Hidup sekali je, buat apa nak ikut sangat peraturan. Yang penting hati kita enjoy. Betulkah??? Habis kau tak nak ikut peraturan dunia, peraturan dalam agama ikut tak?


Orang selalu cakap macam ni.
Kalau kawan putus cinta, kita pun cakaplah rilekslah, kumbang bukan seekor. Ko tu cantik, dia je lelaki tak sedar diri.  Betulkah??? Setakat nak sedapkan hati baik tak payah!


Orang selalu cakap macam ni. 
Alang-alang dah buat jahat, biarlah jahat terus. Betulkah??? Habis dosapun makin bertambahlah ye?


Orang selalu cakap macam ni.  
Orang selalu cakap kita pandang dia sebelah mata. Betulkah??? Habis kalau mata kita satu je macam mana?


Orang selalu cakap macam ni. 
Setakat perempuan macam kau ni, kat club sana berderetlah. Betulkah??? Habis dia tu kaki Clubbing ke?


Orang selalu cakap macam ni. 
Asyik-asyik minta duit. Ingat kita cop duit ke? Betulkah??? Habis duit korang itu hak siapa sebenarnya.


Orang selalu cakap macam ni
Asyik aku je beralah. Betulkah??? Habis orang lain yang lagi banyak mengalah dari ko tak kecoh pun.


Orang selalu cakap macam ni. 
Hidup kalau tak nak dibenci orang, ringankan tulang bila orang minta tolong. Betulkah??? Tapi banyak je orang yang minta tolong tapi sendiri tak buat. Harap orang yang buatkan pulak. Pe kes???


Orang selalu cakap macam ni. 
Kecoh perempuan ni sibuk bergebang pasal pakwe belajar oversea. Betulkah??? Dah dia tak ada famili pergi belajar oversea sebab tu bangga dengan pakwe. Macamlah pakwe kompom kahwin.


Orang selalu cakap macam ni. 
Perempuan tak payah belajar tinggi-tinggi, nanti duduk dapur juga. Betulkah??? Kalau dah kena tinggal dek laki, anak-anak dan kita nak makan apa? Pasir?


PS: Aku mengarut je ni~~~~Maaf pada sesiapa yang terasa disindir~~~~Have FUN!

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers