CORETAN TERBARU NADH

Part 5: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Deq Deq cuba membuka pintu grill di luar. Tiba-tiba dia sergah. "Opocot anak siapa jatuh?" Terlatah. 

Kedengaran suara asing menggelakkannya. Ady dan Putera. Putera merupakan kawan baik Ady. Deq Deq pelik. Kenapa Ady datang rumah sedangkan Sunah sudah pergi bercuti dengan kakaknya, Cik Epal. 

"Sunah mana kak?" Sengih Ady. Putera tak habis-habis merenung Deq Deq. Dari dulu dia cuba ayat Deq Deq tapi tak dilayan. Tak tahu kenapa. Deq Deq musykil. Takkan Sunah tak beritahu kat TTMnya (Teman Tapi Mesra).

"Kak, o kak," Putera menyampuk. "Siapa kakak kau? Tua ada hati nak panggil aku akak," Deq Deq geram. Sibuk mahluk tuhan ni.

"Dy, takkan si Sunah tak bagitau kau kot," Deq Deq membuat muka seribu satu persoalan.

"Ady tak tau apa-apa. Kenapa kak? Dia buat hal ke?" Muka makin cuak. Ady menyesal. Patut semalam dia pergi tapi dek kerana kepenatan. Dia malas nak keluar rumah.

"Takkanlah. Sunah ada otak lagi. Tak adalah akak dia dah culik dia," Deq Deq sengih. Tasha kemudiannya sampai. Dihadiahkan senyuman kepada tiga orang yang terpacak di rumahnya. Oh bukan rumah Tasha, Deq Deq dan Sunah.

"Kenapa you all? Sunah kan tak ada?"Tasha seperti tahu apa yang jadi.

"Sunah pergi mana sha? Kenapa aku call tak angkat. Kakak mana pulak nak culik si kecil tu," Ady bertanya soalan. Si Putera masih lagi tersengih-sengih. Tasha angkat bahu. Dia membuka pintu grill kemudian masuk ke dalam. Dia bengang dengan tindakan Ady. Seperti yang Sunah ceritakan dulu.

"Memang patut Sunah hilangkan diri," Itulah kata terakhirnya. Dia menutup pintu kuat. Deq Deq hanya menggeleng. Orang muda. Hati memang selalu panas.

"Akak rasa baik Ady balik. Nanti Sunah akan balik. Cuma tak tahu bila," Deq Deq kesian.

"Kak beritahulah saya. Kemana perginya dia?Takkan merajuk sampai bawa diri?" Suaranya bergetar. Sebak tiba-tiba.

"Akak tak boleh beritahu. Akak dah janji dengan dia lah Ady," Deq Deq menunjukkan riak simpati.

"Kak bagilah hint ke apa sekalipun. Saya nak jumpa dia jugak. Important!" Ady tak boleh sabar. Dia takut masa tak sempat.

"Akak kesian kat kamu tapi..." Dia terhenti.

"Tapi tak apa, akak bagi hint je," Lantas sengihan Ady melebar. Hilang muram durja di ruang wajahnya.

"Terima kasih kak, akak the best!" Ady senyum. Bersinar matanya.

"Yelah, nanti dah jumpa bawaklah bunga ke coklat ke apa ke," Bebel Deq Deq.

"Tapi kan Sunah tak suka benda macam tu?" Ady hairan.

"Bukan untuk Sunahlah. Untuk akak," Serentak itu Deq Deq ketawa. Muka Ady bengang dipermainkan. 

"Kalau you nak, i boleh belikan. Cakap je banyak mana," Putera menyampuk. Deq Deq mencebik. Rimas dengan kawan baik Ady seorang ni. Merenyam sokmo.

"Cepat kak beritahu hintnya," Ady tak sabar. TTMnya jiwa halus. Sensitif. Dia takut betul-betul Sunah lari jauh dari dia. Takut sangat.

"Dia suka melihat pemandangan kan?" Deq Deq berteka teki.

"Ya betul," Angguk laju.

"Dia suka pantai kan?" Angguk lagi.

"Dia suka balik kampung kan?" Ady naik hairan. "Apa kaitan kampung?" Laju dia bertanya. Deq Deq senyum lantas masuk ke dalam. Dibiarkan Ady tertanya-tanya.

"Susah perempuan ni," Putera merungut.

"Aku kena fikir tempat mana si Sunah dengan akak dia menghilang," Ady berkata dan berjalan laju ke arah lift.
xxxxx
"Kak, akak tak nak rancang nak ada anak?" Sunah berpaling. Melihat kanak-kanak kecil bermain pasir.

"Akak mestilah nak. Tapi abang kamu," Sedih raut wajahnya.

"Kahwin lainlah kak," Laju mulut Sunah. Lantas lengannya terasa bisa. Cubitan Cik Epal tiada tandingan.

"Ingat akak laki ke? Boleh kahwin empat?" Geram dengan lawak adiknya yang tak berapa lawak.

"Ala kak orang gurau. Abang Cikali nak campak mana ye tak?" Sunah cuba mengaitkan ingatan kakaknya dengan abang iparnya yang nun di sana. Kalau boleh dia memang tak nak kakaknya bercerai.

"Akak tak tahulah dik," Cik Epal memandang ke pasir.

"Kak kalau akak pergi call abang Cikali lagi baik," Saran Sunah.

"Akak kena call dia?" Cik Epal angkat keningnya.

"Yalah, akak kan isteri. Ingat kak, syurga isteri di tapak kaki suaminya. Bukan suami orang lain," Sempat Sunah menambah. Pipinya pula jadi sasaran sengatan berbisa.

"Sunah, walaupun akak lagi tua dari Sunah. Tapi Sunah lagi matang bila berbicara tentang agama," Senyum ikhlas dihadiahkan buat adiknya.

"Ala kakak juga yang ajar Sunah dari kecil ke besar. Ye tak?" Sunah senyum.

"Jomlah kak kita call abang Cikali,"Pujuk Sunah lagi.

"Kejap lagilah," Dalih Cik Epal. Laju Sunah menarik beg tangan kakaknya. Dia tahu turun ke pantai masih kakaknya membawa telefonnya. Tunggu panggilan mungkin. Dia terus klik butang hijau bila mana nakpak nombor abang iparnya.

Cik Epal terperangkap. Nak tak nak dia memegang telefonnya. Telefonnya menggunakan simkad yang boleh menembusi talian luar negara.

"Assalamualaikum," Cikali memberi salam. Cik Epal terkedu. Mahu pula suaminya menjawab panggilannya.

"Awak ke tu?" Cikali bertanya. Cik Epal kaku. 'Mana dia tahu?'

"Sampai hati awak balik Malaysia tak ajak saya, puas saya call tak berjawab. Selamat Sunah bagitau," Panjang omelannnya.

"Awak bukan busy ke?" Cik Epal cuba membendung rasa. Kolam air matanya hampir tumpah. Sunah berlari ke air. Dia tak nak curi dengar. Dia juga ingin melayan rasa yang di bawa bersama ke pulau indah ini.

"Isteri saya balik Malaysia. Takkan saya nak busy kat sini. Lagipun saya dah beli tiket. Esok saya sampai," Kata Cikali laju. Air mata Cik Epal tumpah jua. Tak sangka Cikali mahu mengikut jejaknya ke sini.

"Awak tak payahlah. Susah je datang sini," Jawab dalam sendu.

"Hei, jangan kata awak dah berair mata. Isteri saya. Takkan tak nak jumpa. Lagipun saya memang nak balik Malaysia. Tup-tup awak yang balik dulu," Cikali memujuk.

'Dahlah sayang, nantikan saya di KLIA okey. Saya tak boleh tak ada isteri di sisi," Perlahan suaranya. Dan Cik Epal terduduk.

Kepada yang belum baca part 1, 2, 3, 4. Bacalah ye=) Harap semua puas hati. Tak ada idealah.
Pelakon tambahan kali ini:
Post by,
Miss Ran 

10 comments:

Sunah Sakura said...

wah, makin mantap penulisan dan idea! teruskan! hish, rasa cam nak carik penerbit untuk bukukan...:D

CiKaLi said...

hahaha... ak pulak jd abg ipar.. cik sunnah kiter... hahahahaha..

Anonymous said...

terjun kt blog sni jap n follow marsmellow awk n na bgtw yg cik ieja adew wat contest n giveaway . sudy2 la join yea . .

puteraduyong said...

hahaha...akhirnya berjaya jadi pelakon tambahan... :)

shahjiehan said...

nk jugak jadi pelakon


jom baca dan komen Contest jom edit gmbr kenangan!! dan Besday si ehem3

Salim Harmanain said...

kreatif ni...best plak saya bace .. :) pastu terus terpikat utk follow... :)

Ask said...

Dtg sini gegar!! Nice story.. Aku suka nie.. hehe..
Follow u~ Jom tgk Aku Anak Mak =)

http://renunganask.blogspot.com/

Cik Pulau said...

kembar2 cik pulau beripar rupanya... lalala~

aliarosli said...

amboi kak sunah semangat

Kira Sakura said...

so sweet.... :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers