CORETAN TERBARU NADH

Part 6: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Ady kau ingat senang ke nak terjah pulau kat Malaysia ni?" Putera geram. 'Ady ni memang tak makan saman. Ikut suka dia aje'

"Kau jangan bising boleh? Aku nak call kawan aku kat agency. Dia boleh tolong rasanya," Ady serius. Hint yang diberikan Deq Deq membuatkan dia terbuka mata. Putera duduk bersandar tepi kereta. Mana taknya Ady yang bawa kereta. Kalau tak lama si Putera blah macam tu je. Debu semua berterbangan. Pedih mata.

"Eh Ady kot iye pun bagilah aku masuk kereta.Aku takkan larilah. Ni debu masuk mata tau!" Suaranya dikuatkan. Bertali arus kenderaan di jalan raya. Ady buat kerja gila. Dia memberhentikan kereta di tepi highway semata-mata mahu memikirkan pulau yang tinggi kebarangkaliannya Sunah pergi. Sunah betul-betul membuatkan dia sasau. Dia pernah juga bercinta dahulu tapi sayang jodoh tak ada. Kini Sunah menghiasi sanubari namun tetap ada batasan. Mereka berdua sepakat menjadi teman tapi mesra. Ady ingat lagi kata Sunah dulu.

"Ady, kalau ada jodoh antara kita, insyaallah saya akan jadi permaisuri hidup awak. Inikan kerja yang di atas sana," Kata-kata itulah yang dipegang oleh Ady. Sepanjang berteman dengan Sunah tak pernah sekalipun dia berasa menyesal. Bahkan ilmu tentang agama makin meningkat. Segalanya merubah hidupnya yang dulu. Jika dulu dia adalah mangsa sepuntung rokok. Kini tidak lagi. Terima kasih tak terhingga buat Sunah. Hilangnya Sunah umpama hilangnya sebutir mutiara menghiasi laut hatinya.

"Ady, mana kawan kau tu?" Putera makin bengang. Panas terik. Kunci kereta ada pada Ady. Bajunya sudah dipenuhi debu. Seorangpun rakyat tak berhenti kereta melihat mereka tersadai di tepi jalan.

"Eh takkan seorangpun taknak berhenti. Tumpangkan aku balik weh!!!" Jeritan Putera mengejutkan Ady. Kus semangat.

"Kau apahal? Macamni ke kawan?"Ady berpaling.

"Yalah, kau cari buah hati. Aku makan debu kau tak fikir?" Geram Putera.

"Kau nak balik, baliklah," Ady membalas. Putera seakan anak manja.

"Alamak Dy. Sentap ke?" Putera cuak.

"Yelah, kau tu bising je. Sunah entah ke mana. Kawan aku kata pulau kat Malaysia ni banyak,"

"Hah kau tahukan. Susah nak cari weh. Jom kita balik nak?" Putera mencuba lagi.

"Kau ni sibuk nak balik kenapa?" Aku nak ajak kau pergi kampung Sunah," Putera tersentak.

"Kau jangan Dy," Putera cuak. Dia panjat bonet kereta.

"Kenapa pulak?" Bagi Ady memujuk Sunah misi utamanya.

"Kang orang ingat kita nak meminang Sunah pulak," Putera laju jawab.

"Weh kau ni bangang sangat kenapa Putera oi?" Ady pula menyusul dan duduk di bonet kereta Toyota Viosnya.

"Apasal kau kata aku bangang pulak? Sedap je kan?" 

"Yelah, orang meminang guna orang tua sebagai orang tengah. Kau tua ke?" Ady bengang. 'Bebal betul kawan aku ni'

"Ye tak ye jugak," Sengih.

"Dah jom kita balik. Aku nak online dulu," Ady membuka lock kereta.

"Yes akhirnya," Sambil menepuk-nepuk baju Piere Cardinnya yang berdebu.
xxxxx
"Deq, kau cakap apa dengan mamat dua ekor tu?" Tasha bersuara di malam hari. Tadi dia letih sangat. Tak sempat bergosip.

"Ala, jangan risau aku tak bocorkan pun. Sunah dah minta kita dua janji kan?" Deq Deq matang dalam segala perkara. Umurnya dua tahun tua dari housematenya. Tapi hanya Ady menggedik memanggilnya kak. Padahal Ady lebih tua.

"Deq, aku tak suka mamat sekor tu. Dia macam gatal je," Tasha mengomen. Deq Deq sentap. 

"Er si Putera?" Deq Deq suka akan Putera tapi perangainya kebudakan tak kena dengan jiwa.

"Yalah, dia suka kau ye?" Tasha serkap jarang.

"Eh mana ada Sha. Pandai je," Deq Deq berlalu ke dapur. 

'Malu tapi mahu' Tasha gelak sendirian.
ps: Cukuplah kan? Haha para pelakon. Nama siapa yang tak terselit lagi bagitau eh. Takut aku tak perasan=P Meh kita komen hasil karya aku yang tak seberapa ni ye=)
Baca part sebelum ni dulu:
part1
part2
part3
part4
part5
 Post by,
Miss Ran 

7 comments:

Sunah Sakura said...

best, best, best!!!

aliarosli said...

hahhahha,nak lagi

~..Lesung Batu..~ said...

waaaa suke3!

Farhan Zulhusmi said...

ulang2 aku baca.....nasib baek faham juga..emm...menarik gak cerita nie.......

Cik Pulau said...

hahahaha..
giler best..^^,
suka2

Tasha said...

like....... i found my name

Kira Sakura said...

bising jer mlut putera tue... hihi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers