Suami sy seorang ahli perniagaan.. sy mencintai sifatnya yg semulajadi dan sy menyukai perasaan hangat yg muncul dihati sy ketika bersandar dibahunya..
3 tahun dlm masa perkenalan dan 2 tahun dlm masa pernikahan, sy harus akui bahawa sy mulai merasa letih, lelah, alasan-alasan sy mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yg menjemukan. Sy seorang wanita yg sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Sy merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yg sentiasa mengharapkan belaian. Tapi,semua itu tidak pernah sy perolehi. Suami sy jauh berbeza dari yg sy harapkan, rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dlm mencipta suasana romantis dlm perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan sy terhadap cinta yg ideal.
Suatu hari, sy beranikan diri untuk mengatakan keputusan sy kepadanya, bahawa sy inginkan perceraian.
"Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Alya letih, abang tidak pernah cuba memberikan cinta yg Alya inginkan. "Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya. Kekecewaan sy semakin bertambah, seorang suami yg tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yg boleh sy harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yg Abang boleh lakukan untuk ubah fikiran Alya?" Sy merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Alya ada 1 soalan,kalo Abang temui jawapannya di dalam hati Alya, Alya akan mengubah fikiran Alya."
"Seandainya Alya menyukai sekuntum bunga cantik yg ada di puncak gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Adakah Abang akan sanggup lakukan demi Alya?"
Dia termenung dan akhirnya berkata,"Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati sy terus menjadi gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yg berisi susu hangat yg bertuliskan...
"Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya. "Kalimah pertama itu menghancurkan hati sy. Namun,sy masih terus ingin membacanya.
"Alya boleh menaip-naip di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Alya memperbaiki program tersebut."
"Alya selalu lupa membawa kunci rumah ketika Alya keluar dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Alya ketika pulang."
"Alya suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat baru yang Alya kunjungi, Abang harus mencari Alya dari satu lot kedai ke satu lot kedai yg lain dan membawa Alya pulang."
"Alya selalu sengal-sengal badan sewaktu 'ABC' Alya datang setiap bulan dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Alya yg sengal itu."
"Alya lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Alya akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yg dapat mengiburkan Alya di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal yg kelakar yg Abang alami."
"Alya selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk mata Alya , Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, Abang dapat menolong memotong kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Alya, membimbing melusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yg indah.Menceritakan warna-warna bunga yg bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati kerana Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yg boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintaimu. "Untuk itu sayang, jika semua yg telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Alya. Abang tidak akan menahan Alya dari mencari tangan, kaki dan mata lain yg dapat membahagiakan Alya."
Airmata sy jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi sy tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Alya telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Alya puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Alya." "Tetapi,jika Alya tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah sayang, bahagia Abang bila Alya bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu sy segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan sy.
Oh!! Kini sy tahu, tidak ada org yg pernah mencintai sy lebih dari dia mencintai sy. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam kewujudan yg kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam kewujudan yg tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
ARTIKEL INI DIPETIK DARI BLOG::::
www.solihinzubir.com
2 comments:
awk bagi link silap la.. hehe..
da betolkan..mahap2
Post a Comment